Syarat Kelayakan & Permohonan Jawatan Penolong Pegawai Sains Gred C29

Syarat kelayakan permohonan Pegawai Sains

Adakah anda berminat dengan jawatan Penolong Pegawai Sains? Jawatan ini menawarkan cabaran dalam bidang Sains dan Teknologi Nuklear serta pelbagai tanggungjawab menarik.

Sudah tentu ramai yang berminat, tetapi apakah anda layak untuk memohon?

Sebelum itu semak syarat kelayakan umum di bawah untuk panduan permulaan anda.

READSyarat Kelayakan Polis Lepasan SPM Konstabel Polis YA1

Syarat Kelayakan

Terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh calon untuk melayakkan diri ke jawatan penolong pegawai sains gred C29.

Berikut merupakan syarat kelayakan yang perlu dipatuhi:

  • Calon wajib merupakan warganegara Malaysia.
  • Calon perlu berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Calon perlu memperoleh Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dengan principal dalam subjek Matematik atau Sains pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
  • Diploma dalam bidang sains atau teknologi makmal yang diiktiraf oleh kerajaan atau  kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Diploma dalam bidang kimia industri atau mikrobiologi yang diiktiraf atau  kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Calon perlu memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Bagi calon yang mengambil diploma, institut pengajian sama ada tempatan atau antarabangsa mestilah diiktiraf oleh kerajaan.

Gaji

Gaji minimum  untuk Gred C29 adalah bergantung pada kelulusan minimum yang dicapai. Berikut merupakan senarai gaji yang ditawarkan bagi setiap kelulusan dicapai.

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia: RM1,505.00
  • Diploma dalam bidang sains atau teknologi makmal: RM1,782.91
  • Diploma dalam bidang kimia industri atau mikrobiologi: RM1,858.12

Gaji maksimum bagi jawatan ini ialah RM5,696.00. Selain itu, terdapat kenaikan gaji diberikan bagi setiap penjawat sebanyak RM145.00 per tahun.

Tugasan

Penolong Pegawai Sains Gred C29 diarahkan untuk melakukan pelbagai jenis tanggungjawab menarik seperti disenaraikan di bawah ini:

  • Membantu Pegawai Penyelidik dalam kerja-kerja penyelidikan Sains dan Teknologi Nuklear.
  • Melakukan perancangan, penyelarasan dan pengurusan operasi penyelenggaraan makmal.
  • Mengurus aktiviti berkaitan penyelenggaraan berkala dan peralatan khusus.
  • Bertanggungjawan untuk mengawasi rekod pembelian peralatan saintifik.
  • Membantu aktiviti perhubungan awam berkaitan dengan penyelidikan dan pembangunan penggunaan teknologi nuklear.
  • Jawatan ini memberi peluang kepada calon untuk terlibat secara langsung dalam perkembangan dan penggunaan teknologi nuklear yang semakin penting.

Cara permohonan:

Permohonan untuk jawatan ini boleh dilakukan secara atas talian melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dengan mengunjungi pautan berikut: https://spa9.spa.gov.my/login.

Selepas permohonan dibuat, calon yang berjaya dipilih akan dihubungi untuk menjalani ujian online.

Setelah berjaya melepasi ujian tersebut, calon akan dijemput untuk menghadiri sesi temuduga sebagai langkah seterusnya dalam proses pemilihan.

Proses ini memberikan peluang kepada calon untuk menunjukkan kebolehan dan potensi mereka dalam menangani tanggungjawab yang berkaitan dengan jawatan Penolong Pegawai Sains Gred C29.