Semakan Penempatan Kolej Kediaman UiTM & Contoh Surat Rayuan (e-Kolej UiTM)

Jika sambung pengajian di mana-mana IPT, perkara yang sering menyulitkan pelajar ialah mengenai tempat tinggal semasa belajar.

Sering kali masalah ini menjadi penghalang kepada pelajar untuk sambung pengajian, atau terpaksa berhempas pulas mengatasi masalah tempat tinggal.

UiTM adalah antara IPTA di Malaysia yang memandang serius mengenai masalah ini dan telah cuba mengatasinya dengan pelbagai cara.

Antaranya menyediakan tempat tinggal yang sering dirujuk sebagai Kolej Kediaman UiTM.

UiTM dilaporkan ada menyediakan 107,000 tempat di kolej-kolej kediaman, yang mana 34,000 ditawarkan kepada pelajar baru peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Manakala 52,000 tempat kepada pelajar yang layak secara merit berasaskan polisi penempatan UiTM dan seterusnya 21,000 tempat untuk pelajar yang merayu mendapatkan kolej kediaman.

Ramai berpendapat, bahawa agak susah untuk mendapat tempat di Kolej Kediaman UiTM.

Tetapi ada juga berpendapat, ianya tidaklah sesukar seperti yang dikata.

Satu artikel pernah dikeluarkan di surat khabar The Star bertajuk “Memang susah tapi ada cara! Bekas pelajar UiTM kongsi tip mudah dapat kolej kediaman tanpa perlu maki universiti” mungkin boleh anda baca.

Ianya mengenai tips mudah cara memohon kolej kediaman UiTM dengan mudah. Jika anda ada masa bolehlah baca.

Kepada yang sudah buat permohonan Kolej Kediaman UiTM anda kini boleh membuat semakan permohonan anda melalui portal rasmi e-Kolej UiTM.

Semakan penempatan kolej kediaman UiTM seluruh Malaysia

Cara Buat Semakan Penempatan Kolej Kediaman UiTM

Permohonan kolej kediaman UiTM kini boleh disemak bagi penempatan Mac-Ogos 2023 telah dibuka.

Untuk buat semakan ikuti 4 langkah mudah di bawah:

  • Log masuk ke Student Portal
  • Pergi ke bahagian eHEP System
  • Klik di bahagian Keputusan Permohonan / Rayuan Kolej
  • Cetak Slip Pra-Pendaftaran

Surat Rayuan Kolej Kediaman UiTM

Bagaimana jika selepas buat semakan, anda gagal mendapat tempat? Jangan bimbang kerana anda masih boleh membuat rayuan.

Permohonan rayuan boleh dibuat melalui sistem e-Rayuan kolej dari 25 Ogos hingga 1 September 2023

Keputusan pula akan dapat diketahui pada 5 September.

Jangan lambat sebab jika tengok tarikh yang diberi ianya hanya berberapa hari.

Anda juga boleh tulis surat rasmi kepada pihak UiTM.

Di bawah adalah contoh isi surat rayuan untuk anda jika diperlukan.

Tuan,
Permohonan Rayuan Penempatan Kolej Semester 1 Sesi _____________

Berhubung perkara di atas, saya _______________ No. KP _______________ No. Matrik IET _____________ ingin membuat rayuan untuk tinggal di asrama Kolej Kediaman ________________ bagi kemasukan Semester 1 Sesi ___________ setelah gagal mendapat kelayakan menduduki kolej yang dipohon iaitu Kolej Kediaman _____________ melalui online dan juga kolej-kolej lain.

2. Kegagalan permohonan ini telah menyukarkan saya bagi mendapatkan penempatan di luar kerana ia memerlukan kos yang tinggi dan kenderaan sendiri.

3. Untuk makluman tuan, permohonan ini saya ajukan kerana saya merupakan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Usuluddin (Sejarah dan Tamadun Islam) yang mana hanya berbaki satu semester pengajian sahaja. Tambahan pula, sebagai pelajar tahun akhir sarjana muda saya sangat memerlukan penempatan di asrama Kolej Kediaman dalam menyiapkan ‘final year paper project’ dan memenuhi kuliah yang berbaki 21 Jam Kredit lagi.

4. Oleh yang demikian, saya memohon jasa baik pihak Tuan untuk memudahkan saya bertemu pensyarah-pensyarah bagi membantu saya dalam pembelajaran juga dalam mencari bahan menyiapkan ‘final year paper project’ yang memerlukan banyak masa di perpustakaan dan di fakulti. Ini kerana, kemudahan yang terdapat di dalam asrama seperti ruang belajar dan internet juga amat diperlukan dan membantu saya dalam pembelajaran. Selain itu, kemudahan kenderaan iaitu bas juga diperlukan untuk berulang alik ke kuliah.

5. Untuk pengetahuan pihak Pengurusan Kolej, saya telah membuat carian rumah sewa tetapi semuanya penuh. Saya hanya menjumpai rumah yang masih kosong terletak agak jauh. Setelah membuat tinjauan, pergerakan dari lokasi tersebut menggunakan kemudahan awam ‘LRT’ yang memakan masa selama 45 minit dan perlu menukar bas untuk sampai ke fakulti.

Saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan rayuan saya dengan sebaik mungkin tanpa sebarang keraguan. Saya berjanji akan mematuhi peraturan kolej sewajarnya. Respon positif daripada pihak tuan amatlah saya harapkan dan saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Terima Kasih.

Yang Benar,

Keputusan rayuan anda boleh semak di laman website iStudent UiTM https://istudent.uitm.edu.my/ atau di sini https://hep.uitm.edu.my/main/

Jika berjaya anda cetak slip Pra-Pendaftaran untuk kegunaan semasa mendaftar nanti.

Yuran Kolej Kediaman UiTM

Jika dapat tempat di kolej kediaman, apakah ianya percuma atau berbayar? Ada pelbagai informasi mengenai yuran kolej kediaman UiTM ini.

Ada yang melaporkan ada yuran seperti senarai di bawah.

  • Bilik 4 orang RM210
  • Bilik 3 orang RM315
  • Bilik 2 orang RM400

Ada juga berita seperti yang disiarkan di Berita Harian bertarikh 13 Ogos 2019 bertajuk ” Tidak semua pelajar diploma UiTM dikenakan caj bayaran kediaman – Naib Canselor”

Dalam berita itu ada perincian berkenaan bayaran harian kolej kediaman iaiti RM2, RM 3 dan RM 4 sehari bergantung kepada jenis bilik.

Apa pun untuk maklumat terkini berkenaan yuran yang dikenakan, anda kenalah berhubung terus dengan pihak UiTM di mana anda sambung pengajian anda.

Gunakan contact number informasi di bawah untuk berhubung.

Unit Kemudahan Kolej
Aras 3, Kompleks Budisiswa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor
Tel: (+603) 5544 3520
Faks: (+603) 5544 3221
Emel: unitkemudahankolej@uitm.edu.my
Whatsapp Business : https://wa.me/message/ULX73D2HNRSJC1

Kami mengucapkan All The Best! kepada anda.