Permohonan SKAS 2025 – Sumbangan Keperluan Asas Sarawak

Rakyat Sarawak tentu sudah tahu mengenai bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang diberikan oleh kerajaan Sarawak ini.

Jika ada yang belum tahu mengenainya, beritahu mereka supaya mereka tidak terlepas peluang ini.

Tahun ini SKAS sekali lagi ditawarkan.

Yang belum memohon, sila memohon laju-laju.

Apa tu SKAS?

SKAS ini adalah inisiatif kerajaan negeri Sarawak bertujuan membantu mengurangkan beban kos sara hidup dan seterusnya memastikan kebajikan golongan berpendapatan rendah dapat dibantu.

Bantuan SKAS adalah melalui baucar digital, yang boleh diakses melalui Aplikasi S Pay Global (e-dompet) untuk pembelian barangan makanan asas.

Berapa jumlah bantuan SKAS?

Ada 3 kategori

  • Isi rumah – RM800
  • Bujang – RM250
  • Warga emas tiada pasangan tiada anak – RM400

Ini membawa kepada jumlah keseluruhan bantuan SKAS berjumlah RM464.5 juta

Sila rujuk hebahan di bawah untuk lebih terperinci

Syarat kelayakan memohon SKAS

Sebelum memohon, semak syarat kelayakan terlebih dahulu.

Gunakan laman website rasmi SKAS untuk membuat semakan syarat kelayakan memohon http://sarawak.gov.my/skas

Berikut adalah syarat kelayakan umum untuk memohon.

Jika layak apa seterusnya?

Permohonan SKAS

Jika anda layak, bolehlah anda membuat permohonan secara online.

Gunakan link ini https://www.sarawak.gov.my/web/home/p_service_catalogue/757 untuk memohon.

Ikut sahaja semua proses permohonan secara online dengan teliti untuk mengemukakan permohonan anda.

Jangan terburu-buru nanti tersilap.

Semua keperluan dan panduan memohon ada dalam website rasmi tersebut.

Maklumat lanjut

Jika anda perlukan bantuan atau maklumat lebih lanjut anda boleh hubungi talian +6082-555999 atau emel to 555999@sarawak.gov.my

Terima kasih kerajaan Sarawak atas bantuan ini

————————

.

————————

.