Bantuan Pinjaman Pendidikan Untuk Anak Negeri Pulau Pinang

Jika anda adalah anak Negeri Pulau Pinang, bantuan pinjaman penuntut ini adalah untuk anda jika memerlukan.

READ: Tawaran Dermasiswa Zakat IPT Pulau Pinang Untuk Pelajar Cemerlang

Tawaran pinjaman pelajaran penuntut Pulau Pinang

Anda mestilah memenuhi syarat permohonan Sistem Pinjaman Penuntut Pulau Pinang.

  • Pemohon dilahirkan di Pulau Pinang atau sekurang-kurangnya bersekolah selama 5 tahun di Pulau Pinang.
  • Ditawarkan tempat di Universiti / Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan sahaja. Bagi pemohon dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta, kursus yang diikuti hendaklah diluluskan oleh MQA (Malaysian Qualification Agency /Agensi Kelayakan Malaysia).
  • Pinjaman untuk kursus yang bertaraf Sijil, Diploma, Diploma PJJ, Ijazah Pertama, Ijazah PJJ, Sarjana dan PHD.
  • Pemohon yang sedang mengikuti kursus PraUniversiti / Matrikulasi / KPLI / Sijil Kemahiran / Kolej Vokasional tidak layak memohon.
  • Pinjaman kali ke-2 hanya ditawarkan kepada peminjam yang telah menyelesaikan bayaran balik pinjaman pertama.
  • Tempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun (Cth: Jun 2019 – Jun 2020).
  • Penerima pinjaman penaja lain tidak layak memohon. (PTPTN/MARA/JPA/Mybrain dan sebagainya).
  • Permohonan adalah secara online.

Cara Memohon

Jika berminat dan memerlukan, permohonan boleh dibuat secara online. Ada portal khas yang disediakan untuk menghantar permohonan anda.

Permohonan dibuka bermula 1 Julai 2024 hingga 31 October 2024.

Untuk memohon layari https://eppn.penang.gov.my/syarat