Pos Motor Guna Poslaju: Cara & Harga Penghantaran
Pos motor guna poslaju ke mana-mana destinasi di seluruh negara. Ada sesiapa pernah bercadang menghantar motor guna perkhidmatan pos laju?
Sebenarnya anda boleh pos motor poslaju ke mana-mana destinasi pilihan anda.
Mengapa menggunakan poslaju?
Namanya pun pos laju, tentu perkhimatan penghantarannya cepat sampai. Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Pos Malaysia.
Baca juga: Penghantaran motor guna Bas Express.
Sebelum ini kami juga ada tulis sedikit info mengenai kos post kereta ke Sabah Sarawak guna kapal laut.
Ianya mengenai cara dan kos untuk hantar kereta ke Sabah Sarawak atau Semenanjunga Malaysia. Boleh baca jika berkenaan.
Anda juga sebenarnya boleh hantar motor guna bas express.
Walau bagaimanapun penghantaran motor guna bas setakat ini hanya ditawarkan oleh bas Intercity. Service bas Intercity ini pula terhad di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia.
Mungkin perkhidmatan ini mereka perluaskan pada masa akan datang, bergantung kepada peraturan semasa pihak berkuasa.
Penghantaran motor ke mana-mana destinasi di pantai timur, Sabah dan Sarawak terpaksa gunakan cara lain. Cara yang paling popular ialah guna perkhidmatan pos laju.
Cara Pos Motor Guna Pos Laju
So kalau hendak pos motor bagaimana pula prosesnya? Sebenarnya proses penghantaran motor guna pos laju ini tidaklah susah.
Anda hanya perlu bawa motor anda berserta dokumen pemilikan yang lengkap ke pejabat pos.
Penghantaran motor ini biasanya banyak dilakukan oleh pelajar universiti atau kolej.
Lepas menghabiskan pengajian, tentu ramai yang berhasrat untuk bawa motorsikal anda balik kampung. Cara yang terbaik ialah menggunakan perkhidmatan poslaju.
Di bawah adalah proses atau cara pos motor guna poslaju untuk panduan anda.
Untuk kepastian, dinasihatkan anda bertanyakan proses secara terperinci semasa berada di kaunter pos laju.
Manalah tahu mungkin dari masa ke semasa ada sedikit perubahan process.
- Anda hanya perlu bawa motor ande ke pejabat poslaju, pergi ke kaunter untuk mengambil borang pos barang
- Anda akan diberikan 2 borang iaitu
- Borang pos barang seperti yang biasa anda isi
- Borang senarai semak kondisi motor yang akan di pos. Penting kerana keadaan motor anda harus jelaskan dalam borang tersebut.
- Selepas kedua-dua borang tersebut lengkap diisi, buat pembayaran mengikut kos atau harga yang ditetapkan ke destinasi di mana motor anda akan dihantar. Harga bergantung kepada jarak destinasi dan CC motorsikal anda.
- Jika pembayaran telah dilakukan, bawa motor anda ke kawasan yang dikhaskan oleh pihak pos laju untuk tujuan membuka No. Plat dan ‘Cermin Pandang Sisi’ atau ‘ Side Mirror’. Selepas itu balut motor anda
- Selepas selesai dibalut bolehlah anda tinggalkan motor anda untuk pihak poslaju jalankan proses penghantaran.
Dokumentasi Yang Diperlukan Untuk Pos Motor
Pastikan anda membawa dokumen seperti yang disenaraikan di bawah untuk proses pos motor guna poslaju.
Geran Motosikal (kad pemilikan motor) dan juga MyKad (IC) anda. Ini untuk menunjukkan motor yang ingin anda pos itu bukan motorsikal curi.
Jika tidak membawa dokumen yang lengkap, besar kemungkinan pos laju tidak akan menguruskan penghantaran motor anda.
Semakan Status Penghantaran (Pos Laju Tracking)
Mungkin selepas pos motor anda teringin untuk mengetahui status penghantaran yang telah anda buat.
Sebenarnya anda boleh membuat semakan status atau pos laju tracking secara online.
Anda boleh gunakan pos laju tracking no di salinan dokumen penghantaran anda dan masukkan nombor tracking tersebut ke laman portal di bawah.
Layari Pos Laju Tracking >> https://www.tracking.my/poslaju
Status penghantaran motor anda akan dipaparkan. Boleh nampak status terkini penghantaran yang telah anda buat.
Semoga perkongsian info mengenai pos motor guna poslaju ini bermanfaat kepada anda. Bookmark page ini, manalah tahu ada keperluan untuk baca semula pada masa akan datang.