Harga Pos Motor KTM & Cara Penghantaran
Senarai harga perkhidmatan pos motor tahun 2024 KTM Distribution Sdn. Bhd (KTMD), harga rendah dan tempoh penghantaran yang pantas.
Untuk hantar motorsikal, kunjungi pejabat cawangan KTM yang terdekat dengan anda untuk dapatkan harga terkini pos motor guna KTMD.
Sebelum ini kami ada kongsikan sedikit info cara-cara pos motor guna perkhidmatan bas express, pos laju dan GDEX.
Senarai Harga Pos Motor Guna KTMD
Harga pos motor guna perkhidmatan KTMD terbahagi pada jenis kategori dipilih serta jenis kuasa enjin motorsikal.
Terdapat tiga jenis kategori kadar yang disediakan oleh KTMD kepada para pelanggan.
- Kadar Biasa – ditawarkan kepada semua pelanggan KTMD.
- Pelajar IPT termasuk IPTA, IPTS, matrkulasi, kolej serta institusi perguruan – Para pelajar harus menunjukkan kad pelajar yang sah untuk mendapatkan kadar harga dalam kategori ini.
- Penghantaran dua hala – disedakan untuk semua pelanggan KTMD.
Semak harga pos motor guna KTMD di bawah untuk rujukan anda.
A. Kadar Biasa
- 125cc- RM 160
- 150 cc- RM 180
- 250 cc- RM 200
- 350 cc- RM 250
- 351 cc- RM 300
B. Kategori Kadar Pelajar
- 125cc- RM 155
- 150 cc- RM 170
- 250 cc- RM 195
- 350 cc- RM 230
- 351 cc- RM 285
C. Kategori Dua Hala
- 125cc- RM 290
- 150 cc- RM 330
- 250 cc- RM 350
- 350 cc- RM 450
- 351 cc- RM 550
Bagi mereka yang ingin menghantar motorsikal bersama dengan kunci, tambahan RM 6.00 bagi setiap bungkusan akan dikenakan.
Manakala, bagi penambahan topi keledar, caj tambahan sebanyak RM 9.00 setiap bungkusan akan dikenakan.
Penumpang turut boleh menghantar kedua-dua sekali dengan hanya membayar RM 9.00 per bungkusan sebagai caj tambahan.
Cara Pos Motor Guna KTMD
Untuk pengetahuan pelanggan, perkhidmatan “pick up” dan penghantaran ke rumah tidak disediakan untuk servis penghantaran motorsikal.
Pelanggan hanya boleh menghantar atau menghubungi cawangan KTMD berhampiran sahaja untuk tujuan mengepos motorsikal.
Manakala, pelanggan turut perlu mengambil motorsikal dari cawangan KTMD. Oleh itu, pastikan pelanggan memilih cawangan KTMD terdekat dengan destinasi anda.
Layari laman web KTMD iaitu, www.ktmd.com.my untuk mengetahui info senarai cawangan KTMD.
Selain itu, pelanggan tidak perlu menyediakan sebarang dokumen untuk kategori kadar biasa dan penghantaran dua hala.
Namun, bagi pelajar IPT, anda dikehendaki membawa kad pelajar ketika proses penghantaran.
Sebelum melakukan proses penghantaran, pelanggan dikehendaki untuk membungkus motorsikal bagi mengelakkan motorsikal tercalar.
Pastikan jangan menanggalkan nombor plat kenderaan. Hal ini penting untuk tujuan identifikasi oleh pihak KTMD.
Seterusnya, pastikan bahan api/ petrol dalam tangki minyak hanya berada setengah daripada kandungan tangki kenderaan.
Hal ini penting untuk mengelakkan berlakunya sebarang kebakaran dan kemalangan ketika dalam proses penghantaran motor oleh pihak KTMD.
Pelanggan turut perlu mengisi Nota Konsainan (consignment note) dengan maklumat penghantaran motorsikal. Pihak KTMD akan memeriksa ‘consignment note’ dan akan menurunkan tanda tangan di Borang Pemeriksaan Motorsikal yang disediakan.
Ketika mengambil motorsikal dari cawangan KTMD, pelanggan hanya perlu membawa Mykad. Hanya nama individu yang terdapat di consignment note boleh mengambil motorsikal.
Pihak KTMD akan menghubungi pelanggan untuk mengambil motorsikal setelah motorsikal selamat sampai ke destinasi cawangan KTMD dipilih.
Ada yang tanya, pos motor guna KTM berapa lama baru sampai?
Tempoh penghantaran biasanya tidaklah terlalu lama. Paling lama 5 hari pasti motorsikal kesayangan anda sudah sampai dengan selamat.
Tetapi ingat selepas anda dihubungi berkenaan ketibaan motor anda, bayaran tambahan akan dikenakan ke atas motor anda.
Pelanggan yang gagal mengambil balik motorsikal dalam tempoh 3 hari selepas dihubungi oleh pihak KTMD, akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM 4.50 sehari. Caj ini dikira termasuk hari bekerja, cuti mingguan serta cuti umum.
Perkhidmatan Membalut Motor
Agensi KTMD turut menawarkan perkhidmatan membalut motorsikal untuk para pelanggan. Caj tambahan akan dikenakan bagi setiap kerja membalut dan caj ini bergantung pada jenis motorsikal dihantar (kuasa enjin).
Berikut merupakan caj perkhidmatan membalut motorsikal bagi pelbagai jenis motorsikal.
- 150 cc ke bawah- RM 15 per unit
- 151 cc hingga 250 cc- RM 20 per unit
- 251 cc hingga 350 cc- RM 30 per unit
- 351 cc ke atas- RM 50 per unit
Maklumat Penting Penghantaran Dua Hala
Untuk maklumat anda, antara kelebihan menggunakan kategori dua hala ialah, kadar penghantaran yang ditawarkan adalah lebih murah berbanding kadar biasa.
Selain itu, pelanggan turut dihendaki menyimpan resit pembayaran bagi hala pertama sebagai bukti pembelian. Resit tersebut perlu ditunjukkan kepada kakitangan kaunter di cawangan KTMD yang dipilih.
Manakala, tempoh penghantaran dua hala mempunyai tempoh sah laku dalam enam bulan sahaja dari tarikh pembayaran. Selain itu, pelanggan tidak dibenarkan untuk menghantar motorsikal yang berbeza serta ke cawangan KTMD yang berbeza.
Jenis motorsikal serta cawangan KTMD asal dan dituju perlu sama seperti dalam resit.
Maklumat Perhubungan
Mungkin anda perlukan maklumat tambahan dan terkini. Untuk tujuan itu anda boleh menghubungi nombor talian KTMD di bawah.
- Nombor telefon: 1- 800-22- 5863
- Laman web: www.ktmd.com.my
Pengalaman Pos Motor Guna KTM Distribution Sdn. Bhd
Pengalaman menggunakan KTMD untuk pos motorsikal kesayangan anda mungkin berbeza-beza. Kami sendiri ada mengalaminya dan rasanya tiada masalah apa-apa.
Mungkin ada pengguna yang pernah ada pengalaman yang berlainan menggunakan perkhidmatan KTMD, bolehlah kongsikan di ruangan komen.
Di sini ada satu blog iaitu https://ridzwanzones.blogspot.com/ yang menceritakan pengalaman beliau secara details semasa menghantar motor beliau.
boleh hubungi saya utk saya tau mcm mna urusan utk saya mnghntar moto dr klang ke k.terengganu?klau bole saua nak kirim pd 18 ari bulan 3 ni…
Ada banyak agent penghantaran motor yang menawarkan perkhidmatan penghantaran motor. Boleh contact terus mereka untuk prosedur penghantaran dan kos terkini.
Salam… saya nak hantar basikal dari Arau, Perlis ke Kluang, Johor. Boleh bagi info detail? Terima kasih.
Tuan boleh berhubung atau contact terus pihak KTMB untuk maklumat terkini dan terperinci. Masa pandemik ini mungkin ada perubahan jadual penghantaran dan harga post untuk apa-apa barang guna perkhidmatan KTM.
Geran motorsikal saya takada disebabkan saya Masih membayar ansuran.Dengan IC dan no. Kad pengenalan yg diperlukan boleh membayar dan Menghantar Kan.