Saman Ekor Perlu Bayar Ke? Baca Kenyataan Dari Polis Trafik Bukit Aman
Ramai yang tanya adakah ‘Saman Ekor’ atau juga dikenali sebagai saman pos perlu dibayar atau tidak.
Mungkin ramai yang masih meragui sama ada saman ekor ini perlu diambil perhatian atau abaikan sahaja.
Kalau sudah kena saman, tentulah terpaksa selesaikan. Sama ada bayar atau cara penyelasaian lain seperti melalui proses mahkamah.
Apa Kata Bahagian Polis Trafik.
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar, penguatkuasaan untuk kesalahan memandu laju bagi pengeluaran notis K170A telah dikuatkuasa bermula Isnin.
Penguatkuasaan ini akan dijalankan secara berterusan di semua kontinjen dan daerah.
Penguatkuasaan ini dilakukan secara berterusan untuk mengingatkan orang ramai untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dalam negara.
Maksudnya persoalan perlu bayar atau tidak itu tidak timbul sebab saman ekor ini perlu dibayar jika telah dikeluarkan ke atas anda.
Ulasan Pakar Undang-Undang
Apa pula kata pakar undang-undang berkenaan hal saman ekor ini? Sudah tentu ada ulasan mereka tersendiri.
Mengikut pakar undang-undang, Profesor Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood penerima notis atau pemilik kenderaan yang tidak melakukan kesalahan boleh mempertikaikan saman tersebut di mahkamah.
Menurut beliau ianya boleh dipertikaikan jika tidak selaras dengan peruntukan undang-undang khususnya Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mana-mana peraturan di bawah akta tersebut.
“Untuk saman ekor, pemilik kenderaan akan menerima saman melalui pos dan perlu buat bayaran.
“`Sekiranya gagal, penerima notis boleh dihadapkan ke mahkamah,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Maksudnya saman ekor ini perlulah dibayar dan tidak boleh diabaikan sahaja.
Kadar kompaun yang dikenakan biasanya RM300.
Untuk lebih jelas, baca siaran akhbar Astro Awani di bawah
KUALA LUMPUR: Saman secara pos atau ‘saman ekor’ akan dihantar ke rumah kepada mana-mana pengguna jalan raya di seluruh negara yang memandu melebihi had laju.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar berkata, penguatkuasaan terhadap kesalahan memandu laju bagi pengeluaran notis K170A telah dikuat kuasa bermula Isnin.Menurutnya, penguatkuasaan ke atas kesalahan memandu melebihi had laju ini akan dijalankan secara berterusan di semua kontinjen dan daerah.
“Sebanyak 8,718 saman K170A telah dikeluarkan pada semalam (Isnin).
“Pecahan saman mengikut kenderaan adalah 8,352 kereta, motosikal (44) manakala kenderaan perdagangan dan perkhidmatan sebanyak 322,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.Beliau berkata, penguatkuasaan saman bagi kesalahan memandu melebihi had laju akan dijalankan secara berterusan bagi memberi peringatan kepada semua pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan yang ditetapkan di dalam negara.
Ujarnya, memandu melebihi kelajuan ditetapkan adalah salah satu punca utama kemalangan jalan raya di negara ini di mana pemandu gagal mengawal kenderaan hingga berlaku hilang kawalan.
“Notis pemberitahuan saman K170A bagi kesalahan memandu melebihi had laju akan disampaikan kepada pemilik kenderaan mengikut alamat lesen memandu secara pos surat berdaftar,” ujarnya.Tambahnya, JSPT akan menggunakan kamera tembak laju bagi merakam mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar had laju yang ditetapkan.
“Saman kompaun sebanyak RM300 akan dikenakan kepada mereka yang dikesan,” katanya.
Katanya lagi, adalah menjadi tanggungjawab pemilik kenderaan memberi butiran pemandu kenderaan yang telah melakukan kesalahan tersebut dalam tempoh tujuh hari dari penerimaan notis pemberitahuan kesalahan.“Semua kesalahan memandu melebihi had laju boleh dikompaun dan dijelaskan di mana mana bahagian trafik daerah di seluruh negara,” jelasnya. – Astro Awani
Jadi, saman ekor PDRM ini perlu dibayar ya.