Semakan Sijil SKM Tahap 3 Secara Online Di MySPIKE

Cara semak SKM Tahap 3 secara online

Apa itu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah satu sistem pengiktirafan kemahiran yang diperkenalkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di Malaysia.

Peranan utama SKM adalah untuk membantu mengiktiraf kemahiran individu dalam pelbagai bidang, termasuk industri, perkhidmatan, dan lain-lain.

Kalau anda mempunyai SKM, barulah majikan dan pelanggan akan percaya dengan kemahiran dan kebolehan anda!

Anda mungkin dah ada SKM, tetapi nak semak semula untuk cetak semula sijil ataupun ada perkara lain yang anda nak semak.

READ: Peluang Pekerjaan SKM Tahap 3 Yang Boleh DiCeburi Selepas Tamat Kursus

Bagaimana caranya?

Untuk semakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

1. Layari Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia (MySPIKE)

Anda boleh mula dengan melayari MySPIKE di alamat https://www.myspike.my/index.php?r=skm%2Fform-semak-skm ataupun di alamat https://www.myspike.my/index.php?r=site%2Findex-pelajar.

2. Masukkan nombor Kad Pengenalan 

Setelah melayari pautan tadi, anda akan melihat paparan seperti ini pada skrin anda.

Masukkan nombor kad pengenalan anda dengan betul dan tekan pada butang ‘Semak SKM‘.

Sekiranya nombor kad pengenalan anda telah berdaftar dengan SKM, anda akan melihat paparan seperti berikut:

Maklumat anda akan tertera seperti gambar di atas.

Anda boleh melihat kod program yang anda ambil, tahap sijil SKM, tarikh sijil, nombor sijil, nombor siri sijil, nama institut kemahiran anda belajar, jenis tauliah, dan sebagainya.

Anda juga boleh lihat terdapat pilihan untuk ‘Slip Pengesahan Persijilan‘ dan ‘Cetak Sijil‘.

Anda boleh mencetak sendiri slip dan sijil SKM anda dengan hanya memuat turun dari laman tersebut.

Sebagai tambahan, tak kiralah SKM anda tahap berapa sekali pun, nak semak gunakan cara yang sama sahaja.

Sekiranya terdapat sebarang aduan ataupun masalah, anda boleh menyalurkannya melalui modul Aduan Pengguna MySPIKE. Jika terdapat masalah email dan katalaluan pula, anda boleh emailkan masalah kepada myspike@mohr.gov.my.