Senarai Program & Syarat Kemasukan Asasi UITM

Senarai program dan syarat kemasukan Asasi UiTM untuk pelajar lepasan SPM tahun ini. Tentu ramai yang ingin ikut program asasi.

Foundation Programmes (Asasi) ialah antara laluan sambung belajar yang popular dan digemari oleh para pelajar selain ambil diploma, matrikulasi atau Tingkatan 6.

Adakah anda baru menamatkan peperiksaan SPM?

Kenapa tidak mengambil program asasi yang ditawarkan UiTM.

Sebelum itu jika anda masih tercari-cari peluang biasiswa, boleh layari senarai tajaan pendidikan dan pinjaman pelajaran terkini di Malaysia.

Program asasi ini khusus ditawarkan bagi pelajar lepasan SPM. Tetapi bukan senang juga nak layak untuk ikut foundation programmes ini.

Anda kena memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan.

Apa Itu Program Asasi (Foundation Programmes)

Program asasi adalah progam yang dirangka khusus bagi pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM.

Jika anda mempunyai keputusan yang baik semasa SPM, memasuki program asasi adalah pilihan yang perlu anda pertimbangkan.

Mungkin ramai yang tidak sedar sekarang nie Program Asasi TVET juga ada ditawarkan di berberapa IPT.

Pelajar yang berminat dalam bidang kemahiran boleh ambil program tersebut.

Dengan mengambil program asasi ini, para pelajar boleh melangkau terus ke Ijazah Sarjana Muda tanpa melaui peringkat diploma/ STPM.

Program ini dirangka untuk tempoh satu tahun yang bersamaan dengan dua semester.

Syarat AM Kemasukan UiTM

Nak apply program asasi tentulah ada syarat-syarat kemasukannya. Anda boleh baca dan fahami dengan teliti syarat-syarat yang diberi sebelum memohon.

Berikut merupakan syarat umum yang wajib dipenuhi untuk memasuki program asasi di UiTM.

  • Calon mesti berumur sekurang- kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Calon mesti merupakan warganegara Malaysia dan takrifan Melayu/ Anak Negeri Sabah/ Anak Negeri Sarawak/ Orang Asli mengikut Perlembagaan Malaysia.
  • Calon perlu memenuhi syarat kelayakan minima bagi program dimohon.
  • Calon perlu mempunyai rekod jenayah yang bersih dan tidak pernah disabitkan sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya.
  • Pelajar lepasan SPM perlu lulus dalam SPM dengan mendapat sekurang- kurangnya 5 kepujian
  • Calon perlu mendapat kepujuan dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan Sejarah dalam peperiksaan SPM.

Kursus Asasi

Terdapat empat jenis kursus asasi yang boleh dipilih oleh para pelajar. Antaranya ialah asasi sains, asasi perundangan, asasi kejuruteraan dan asasi TESL.

Setiap program ini mempunyai syarat kelayakan yang spesifik.

Syarat Kelayakan Asasi (Akademik)

Berikut merupakan syarat kelayakan bagi mengikuti semua program asasi di UiTM.

Asasi Sains Dan Kejuruteraan

  • Calon mesti mempunyai keputusan SPM yang cemerlang dengan memperoleh minima A- dalam satu mata pelajaran dan tiga B dalam mana- mana 3 mata pelajaran (Fizik, Kimia, Biologi, Matematik tambahan).
  • Calon perlu mendapat minima gred B dalam mata pelajaran bahasa Inggeris dan C bagi mata pelajaran bahasa Melayu.

Asasi TESL

  • Calon perlu mendapat minima gred A dalam matapelajaran bahasa Inggeris di peringkat SPM.
  • Calon perlu mendapat A- dalam mana- mana 3 mata pelajaran selain bahasa Inggeris.
  • Calon perlu mendapat minima gred C dalam subjek Matematik atau Matematik Tambahan.
  • Calon perlu lulus dalam ujian tulisan dan temuduga yang dilaksanakan.

Asasi Perundangan

  • Calon mesti mendapat keputusan SPM yang cemerlang dengan memperoleh minima gred A- dalam mana- mana tiga mata pelajaran (selain subjek bahasa Inggeris dan Matematik).
  • Calon mesti mendapat sekurang- kurangnya gred A- dalam mata pelajaran bahasa Inggeris dan lulus dengan kepujian dalam Matematik/ Matematik Tambahan.

Cara Permohonan

Permohonan bagi mengikuti program asasi UiTM boleh dilakukan secara atas talian di portal UiTM Portal Kemasukan Pelajar Universiti Teknologi MARA (uitm.edu.my).

Sebelum itu, pastikan anda membeli Nombor Pin dari Bank Simpanan Nasional (BSN). Pastikan anda membaca dan memahami arahan dan pilih kategori asasi/diploma yang tertera pada borang permohonan.

Pilih program pengajian yang diminati dan boleh mula mengisi borang. Pastikan semua maklumat diisi dnegan betul dan tepat dalam borang permohonan tersebut.

Semua ruangan yang bertanda (*) adalah wajib untuk diisi. Semak dahulu sebelum menekan butang (Sah & Hantar) bagi menghantar borang.

Anda boleh mencetak borang tersebut sebagai bukti permohonan.

Baiklah harap sedikit informasi umum mengenai senarai program dan syarat kemasukan asasi UiTM ini dapat membantu anda sedikit sebanyak. All the best!