Sky Mirror di ‘Pulau Rahsia’ Kuala Selangor Pemandangan Paling Epik!

Pernah dengar tak tentang Sky Mirror Kuala Selangor? Mesti ramai yang masih kurang tahu tentang tempat yang menakjubkan ini.

Cermin Langit Pantai Sasaran adalah ibarat sebuah permata yang tersembunyi di Kuala Selangor!

Ia juga digelar sebagai ‘Salar de Uyuni of Malaysia’ kerana keunikan bentuk muka buminya yang menyerupai dataran garam di Bolivia.

SkyMirror salar de uyuni malaysia
Photo: klook.com

Sky Mirror juga dikenali sebagai Pulau Rahsia tau! Pantai di pulau ini seperti cermin langit kerana pantulan imej yang terhasil di pantai ini sangat jelas seperti anda sedang bercermin.

READ: Pulau Ketam Wajib Lawat Di Selangor

Tempat yang menakjubkan ini menjadi tempat tarikan ramai pelancong terutama buat para juru gambar profesional menangkap gambar-gambar yang sangat epik!

Sky Mirror hanya boleh dikunjungi ketika air surut sahaja kerana ia sebenarnya tenggelam di bawah laut sepanjang tahun.

Sebab itulah destinasi yang misteri ini tidak terdapat di peta dunia.

Dahulu, Sky Mirror hanya menjadi satu tempat rahsia terpelihara dan hanya diketahui oleh penduduk tempatan di perkampungan nelayan tersebut.

Tapi sekarang, sesiapa pun boleh saja datang ke pulau rahsia tersebut untuk rasai sendiri pengalaman yang sangat menakjubkan.

Nak tahu lebih banyak tentang Sky Mirror, teruskan membaca dengan kami!

Lokasi Sky Mirror di Kuala Selangor

Sky Mirror di Kuala Selangor sememangnya salah satu tempat tarikan yang menakjubkan di Malaysia.

Mesti ramai yang belum tahu lokasi Sky Mirror kan? Kalau anda lihat di dalam peta dunia, anda tidak akan akan jumpa ‘pulau rahsia’ ini.

Sky Mirror sebenarnya terletak 1.74 batu nautika dari pantai perkampungan nelayan Jeram, Selangor di tengah Selat Laut Melaka.

Anda tahu tak kenapa pulau ini tidak dapat dilihat di peta dunia sekalipun?

Inilah uniknya tempat ini, pulau ini tenggelam di bawah laut, ia hanya dapat dilihat ketika air surut sahaja.

Jika anda berdiri di atas pulau ini, ia akan mencipta imej cermin langit yang sangat jelas!

Saiz tebing pasir pulau ini sangat besar tau! Jadi anda kenalah juga berhati-hati ketika meneroka tempat ini dan sentiasa bertanya kepada operator pelancongan anda ya!

Masa Terbaik Melawat Sky Mirror

Nak lihat pemandangan cermin langit di pantai ini pun ada masa tertentu tau!

Kalau boleh tengok setiap hari mesti hari-hari nak pergi, tapi pemandangan yang menakjubkan ini hanya terjadi 6 hari sahaja setiap bulan mengikut kalendar lunar masyarakat Cina iaitu pada hari pertama, ke-2, 14,15, 16, dan 30.

Mungkin ada yang tidak seberapa pasti dengan kalendar Cina kan?

Anda boleh sahaja buat rujukan melalui Google tentang haribulan mengikut kalendar Masihi.

Waktu air surut di pulau rahsia ini pula selalunya antara pukul 10.30 pagi hingga 11 pagi.

Jadi, kalau anda nak pergi ke Sky Mirror untuk lihat keajaiban landskap di pantai ini secara langsung, anda kenalah perhatikan masa bulan ya!

Book Tiket ke Sky Mirror Dengan Klook, Ini Caranya!

Book Tiket Klook

  1. Pertama sekali, anda perlu layari laman web Klook ataupun muat turun sahaja melalui telefon pintar anda.
  2. Di Klook memang banyak pilihan jenis percutian, jadi anda carilah destinasi Sky Mirror Kuala Selangor.
  3. Pilihan pertama sekali yang anda kena tentukan adalah tarikh anda nak pergi ke sana. Tekan saja butang ‘Check availability’ kemudian keluarlah tarikh dan masa yang tersedia, anda tinggal pilih saja.
  4. Klook ada tawarkan beberapa pakej pengalaman di Sky Mirror dengan masing-masing potongan 10%. Anda pilihlah salah satu pakej yang anda berminat iaitu:
    • Pakej Sky Mirror (Tanpa makanan)
    • Pakej Sky Mirror bersama makanan ringan
    • Pakej Sky Mirror bersama hidangan mini hotpot makanan laut
  5. Seterusnya, pilih bilangan kuantiti yang anda nak tempahkan tiket. Anda pilihlah berapa bilangan orang dewasa dan kanak-kanak. Selepas itu, ia akan automatik kirakan jumlah keseluruhan tiket yang anda perlu bayar.
  6. Selepas dah lengkapkan semua maklumat, tekan saja butang ‘Book now’ untuk ke proses tempahan selanjutnya.
  7. Langkah terakhir sebelum buat bayaran, anda kena lengkapkan maklumat untuk orang-orang yang anda tempahkan.
  8. Kemudian yang paling penting, pastikan anda isi bahagian ‘Contact info’ dengan tepat ya! Sebab mereka akan hubungi dan hantarkan pengesahan tempahan anda melalui alamat e-mail yang anda berikan. Kalau dah hantar tempahan, dah tak boleh ubah apa-apa lagi tau!

Harga Tiket Sky Mirror Melalui Klook

Harga tiket adalah berbeza mengikut umur, ia ada 2 kategori iaitu kategori dewasa dan kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun.

Menariknya lagi, mereka ada menawarkan 3 jenis pakej dan jika anda tempah melalui Klook, anda akan dapat harga diskaun 10% daripada harga asal tau!

Jom lihat senarai harga pakej yang ditawarkan.

Jadual operasi untuk rancang perjalanan anda!

Sebagai pengunjung, anda kenalah tepati masa mengikut jadual yang mereka telah tetapkan untuk elakkan sebarang masalah dan kelewatan.

Sebaiknya anda sampai lebih awal 15 minit daripada masa perjalanan anda.

Jika perjalanan ditunda disebabkan kelewatan pengunjung sendiri, mereka tak akan bertanggunjawab tau!

Jadi tak seronoklah kalau seperti itu kan, sebab itulah anda mesti datang ke destinasi lebih awal.

Untuk pengetahuan anda juga, lumrah air laut ada pasang surutnya, jadi masa bertolak ke Sky Mirror juga boleh berubah bergantung keadaan paras air laut semasa.

Selalunya ia boleh jadi 15 minit lebih awal ataupun bertolak lewat 15 minit.

Selain itu, sekiranya cuaca tidak baik sehingga lawatan terpaksa dibatalkan, mereka akan memberitahu pengunjung lebih awal untuk mengatur perjalanan yang baru ataupun pulangkan semula duit bayaran pengunjung.

Anda boleh rujuk jadual perjalanan ke Skymirror di website Klook juga. Ini kerana mereka biasanya akan publish jadual perjalanan ke sana untuk 3 bulan akan datang di website mereka.

Selain membuat tempahan melalui Klook, anda boleh juga membuat tempahan di agensi lain seperti Sky Mirror World Tour Sdn Bhd, Sky Mirror World Trading, dan Wonderfly.

Jeti ke Sky Mirror

Jika anda nak ke Sky Mirror, anda perlu menaiki bot kerana pulau rahsia tersebut terletak 1.74 batu nautika dari pantai perkampungan nelayan Jeram, Selangor di tengah Selat Laut Melaka.

Kalau anda menaiki bot, kira-kira dalam masa 30 minit dah boleh sampai ke Sky Mirror.

Ada banyak jeti yang menyediakan perkhidmatan bot ke sana, anda boleh rujuk saja beberapa senarai jeti dan alamat mereka di bawah:

  1. Jeti Pelangi Sky Mirror

Jalan Pawang Ghaffar,
Kampung Bagan, Sg, Buloh,
Sasaran, 45 800 Jeram,
Selangor Darul Ehsan
Malaysia.
Tel: +6012-555 1628 / +6016-266 0628

Rujuk harga servis bot di sini.

2. Jeti Sky Mirror di Kuala Selangor

Jeti Sky Mirror Kuala Selangor,
Jalan Sultan Mahmud,
45000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +60107785555 / +60193809722 / +60105091007
Email: skymirrortour@gmail.com / admin@skymirrortour.com

Rujuk harga servis bot di sini.

3. D Tour Sky Mirror Jetty di Pasir Penambang

No 1. Jalan Bagan Sungai Yu,
Pasir Penambang, 45 000 Kuala Selangor.
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Tel: +019-668 8828
Email: dtours.ksel@gmail.com

4. Sky Mirror Fun Life Jetty

No. 215, Jalan Besar PT20,
Pasir Penambang, 45 000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel:+6010-435 7792(Rong Yong) / +6014- 337 8310(Eric)
Email: funlifeatkualaselangor@gmail.com

Rujuk harga servis bot di sini.

5. 1188 Sky Mirror Kuala Selangor
1B Jalan Bagan Sungai Yu,
Pasir Penambang, 45 000 Kuala Selangor,
Selangor, Malaysia.
Tel: +6019 666 1128 /+6017 348 9332

Sebaik sahaja anda melangkah ke Sky Mirror, keindahan dan keajaiban pemandangan di pulau rahsia yang tiada tandingannya akan membuat anda terpegun dan terpesona.

Anda boleh berjalan di atas pantai yang diibaratkan cermin langit dan merakam setiap detik-detik yang epik dan menakjubkan.

Jadi pastikan anda melawat ke tempat ini dengan kawan-kawan ataupun dengan keluarga