Bantuan Tunai Rahmah Bujang Permohonan & Tarikh Bayaran Dibuat

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bujang – Inisiatif kerajaan membantu golongan rakyat kurang berkemampuan

Berita baik untuk anda! Anda tahu tak bahawa dalam pembentangan Belanjawan 2023, kerajaan telah melaksanakan inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bertujuan untuk meringankan beban rakyat Malaysia.

Realitinya, masyarakat kini memang sedang mengahadapi cabaran kos hidup yang tinggi terutamanya golongan B40, jadi inilah salah satu insiatif oleh kerajaan untuk serba sedikit membantu rakyat.

READ: Semakan Bantauan Keluarga Malaysia (BKM)

Semakan dan tarikh bayaran Bantuan Tunai Rahmah untuk bujang

Anda kini boleh mengemaskini data bagi STR secara dalam talian bermula 1 Mac sehingga 31 Mac 2023.

Bagi kategori bujang, nilai bantuan telah dinaikkan kepada RM350 dengan persetujuan pihak kerajaan.

Syarat Kelayakan STR Bujang

Jika anda berstatus bujang, anda perlu memenuhi syarat-syarat berikut untuk layak menerima bantuang STR iaitu:

  • Berumur 21 hingga 59 tahun.
  • Bagi bujang berstatus OKU, had umur adalah 19 hingga 59 tahun.
  • Jumlah pendapatan adalah RM2500 dah ke bawah.

Kadar Bantuan STR Bujang

Menurut nilai yang dipersetujui oleh pihak kerajaan, kadar bantuan adalah RM350 dan akan diberikan secara berperingkat.

Tarikh Pembayaran STR Bujang

Untuk pengetahuan anda, pembayaran STR bukan diberikan secara one-off tau, tetapi dilaksanakan secara berfasa-fasa.

  1. Bayaran Fasa pertama telah diagihkan kepada penerima yang lulus bermula pada 17 Januari 2023.
  2. Bayaran Fasa 1 dan Fasa 2 pula akan menggunakan maklumat penerima BKM 2022.
  3. Bayaran Fasa 2 3 dan Fasa 4 pula akan menggunakan maklumat STR 2023.

Berikut adalah tarikh bagi setiap fasa-fasa bersama jumlah bantuan yang disalurkan.

Fasa 1 – 17 Januari 2023 (RM100)
Fasa 2 – April 2023 (RM100)
Fasa 3 – Julai 2023 (RM150)
Fasa 4 – November 2023 (RM0)

Jumlah keseluruhan bayaran Bujang STR 2023 adalah RM350.

Cara Buat Permohonan Baru / Kemaskini STR Bujang

  1. Anda boleh membuat permohonan baharu ataupun kemaskini STR dengan merujuk Permohonan Baharu STR.
  2. Jika anda adalah pemohon baharu klik pada butang ‘Permohonan Baharu’, tetapi jika anda telah mempunyai akaun sedia ada, terus masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik pada butang ‘Log Masuk’.
    a. Bagi permohonan baharu, pertama sekali anda perlu lengkapkan Maklumat Pemohon. Jika anda melihat ruangan yang bertanda (*) ia bermaksud ruangan tersebut wajib diisi.
    – Setelah mengisi nombor kad pengenalan dan menekan butang SEMAK, maklumat peribadi anda seperti nama, jantina, dan umur akan automatik terpapar pada skin anda.
    – Kemudian, isikan maklumat lain seperti nombor telefon rumah, nombor telefon bimbit, pekerjaan, pendapatan bulanan, status perkahwinan, alamat surat-menyurat, dan nombor poskod.
    – Selain itu, anda juga perlu isikan maklumat perbankan anda seperti nama bank, nombor akaun, dan alamat e-mel.

b. Lengkapkan Maklumat Waris
I.Pilih hubungan dengan waris
-Ibu/bapa
-Anak
-Cucu
-Adik beradik
II.Jenis pengenalan
III.N ombor kad pengenalan
IV.Nama waris
V.Nombor telefon waris

3. Klik TERUSKAN setelah semua maklumat maklumat peribadi anda diisi dengan lengkap dan betul.
4. Setelah itu, anda akan dikehendaki mengisi Kod Captcha yang dipaparkan pada skrin anda.
5. Selepas mengesahkan Kod Captcha, barulah Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Jika maklumat yang anda isi telah benar-benar tepat, tandakan Tick pada butang perakuan.
6. Akhir sekali, klik HANTAR bagi meneruskan permohonan. Jika permohonan anda berjaya dihantar, anda akan melihat paparan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ pada skin anda.

Kaedah Pembayaran STR Disalurkan

  1. Kredit Ke Akaun Bank
    Anda akan menerima bayaran melalui akaun bank secara berperingkat.
  2. Tunai Di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

Penerima melalui kaunter bank ini dilakukan sekiranya anda tidak mempunyai maklumat bank ataupun status pengkreditan gagal kredit.

Info Dan Maklumat Lanjut

Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, anda boleh menghubungi Pejabat LHDN berhampiran anda ataupun hubungi talian Hotline BKK LHDNM di talian 1-800-88-2724.

Kalau anda bujang dan belum memohon, apa kata anda memohon sekarang untuk mendapatkan bantuan ini. Semoga ianya dapat meringankan beban anda.