Tarikh Permohonan & Syarat Biasiswa Yayasan Bank Rakyat: Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU)

Tahun ini Yayasan Bank Rakyat sekali lagi menawarkan bantuan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) kepada pelajar Malaysia yang layak.

Jika anda masih belum mendapat bantuan kewangan untuk sambung pengajian, mungkin pilihan ini boleh anda cuba terokai dan fikirkan.

PPBU dibuka kepada pelajar IPT dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh KPT, Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

READ: Pengurangan Bayaran Premium Tanah Perak Untuk Golongan Miskin Tegar & OKU

Bidang Pengajian Yang Diberi Keutamaan

Ini adalah bidang kursus yang diberi keutamaan untuk pembiayaan PPBU.

  • Perakaunan
  • Perbankan
  • Pengurusan Perniagaan
  • Sumber Manusia
  • Ekonomi
  • Komunikasi Media
  • Undang-Undang
  • Sains Aktuari

Syarat Kelayakan Memohon

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Mengikuti pengajian secara sepenuh masa sahaja.
  3. TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa permohonan dan menerima tawaran pengajian.
  4. Pengesahan kemasukan daripada Universiti awam ATAU swasta ATAU Pusat Latihan.
  5. Pemohon mesti memiliki Diploma dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0 atau Matrikulasi dengan PNGK minimum 3.0 atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan PNGK minimum 3.0 atau
  6. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan kelayakan Jayyid Jiddan atau Mumtaz iaitu setaraf dengan STPM.
  7. KEUTAMAAN KEPADA PELAJAR KELUARGA B40.

Menariknya mengenai PPBU ialah pelajar yang mendapat keputusan atau pencapaian CGPA yang baik akan mendapat insentif pengurangan bayaran pinjam.

Sila rujuk jadual pembayaran semula di bawah pembiayaan PPBU mengikut keputusan CGPA anda.

Syarat kelayakan biasiswa PPBU

Pelajar yang mendapat CGPA 3.50 – 4.00 tidak perlu membayar balik wang pembiayaan kerana ianya akan berubah menjadi biasiswa.

Layari website rasmi Yayasan Bank Rakyat – PPBU untuk maklumat lebih terperinci.

Jadi pastikan anda mendapat pencapaian yang baik agar jumlah bayaran balik pembiayaan dari PPBU Yayasan Bank Rakyat dikecualikan atau dikurangkan mengikut pencapaian CGPA anda.

Untuk ambilan tahun ini, sila pastikan anda menghantar permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 18 September hingga 17 Oktober 2023.

All the best!