Syarat Buka Akaun Maybank Bawah 18 Tahun

Syarat buka akaun maybank bawah 18 tahun. Bagi yang berkemampuan, adakah anda ingin membuka akaun simpanan di bawah bank Maybank bagi anak-anak anda yang berumur bawah 18 tahun?

Bina sifat menabung dalam diri anak anda sejak kecil. Ianya baik untuk masa depan mereka nanti.

Kami sangat mengesyorkan anda untuk membuka akaun simpanan Yippie bagi kanak- kanak kerana ia memberikan dividen yang agak tinggi.

Kali ini nak bagi info sedikit mengenai syarat untuk membuka akaun bagi pengguna bawah 18 tahun.

Manalah tahu info ini ada yang berguna atau anda sedang tercari-cari maklumat mengenainya.

Syarat Kelayakan

Actually,  akaun jenis ini terbuka kepada semua golongan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dan kanak-kanak ini perlu mempunyai penjaga di bawah umur 60 tahun.

So, jika ada anak anda yang bawah 18 tahun dan nak buka akaun bank bolehlah buka akaun Yippie.

Nak buka itu tidaklah susah, senang jer.

Dokumen Penting

Terdapat beberapa dokumen penting yang perlu diberikan semasa membuka akaun di Maybank.

Maksudnya sebelum pergi buka akaun tu, sediakanlah dulu dokumen-dokumen yang perlu.

Berikut merupakan senarai dokumen yang diperlukan.

  • Sijil kelahiran kanak- kanak
  • Kad pengenalan MyKid / MyKad
  • Kad pengenalan ibu bapa/ penjaga
  • Bagi ibu bapa yang bukan warganegara Malaysia, anda perlu menyediakan passport seperti permit bekerja / belajar, visa yang sah serta surat pengesahan majikan/ institusi pengajian.
  • Surat indemniti yang ditandatangani oleh ibu bapa/ penjaga untuk membuka akaun Yippie baharu serta mengakses kemudahan perbankan Internet melalui Maybank2u.com dan Maybankard.

Manfaat Akaun Simpanan Yippie

Nak buka akaun perlu menyediakan wang tunai sebanyak RM 100 untuk membuka akaun ini bagi kanak-kanak.

Terdapat pelbagai manfaat yang boleh diperoleh daripada akaun ini. Mesti nak tahu apa kelebihannya bukan? Tentulah

Berikut merupakan senarai manfaat pembukaan akaun Yippie.

  • Kanak-kanak boleh mendapat anugerah tunai bagi gred cemerlang di peperiksaan PT3, SPM, STPM serta di peringkat ijazah.
  • Mempunyai perlindungan takaful kemalangan diri (PATC) secara percuma sehingga RM 70, 000.
  • Mempunyai akses akaun melalui Maybank2u.com serta boleh memperoleh tambah nilai prabayar.
  • Simpanan ini menggunakan konsep kontrak Murabahah Komoditi.
  • Mempunyai pilihan fleksibel sama ada untuk membuat kad ATM atau tidak.
  • Mempunyai akses kepada lebih daripada 5,800 MEPS ATM di seluruh negara serta rangkaian PLUS di seluruh dunia.
  • Boleh menikmati kadar Deposit Tetap-i Islam bagi satu bulan daripada akaun simpanan ini. Ini tertakluk pada satu pengeluaran sebulan selama enam bulan berturut- turut.

Anugerah Tunai (Cash Award)

Berikut merupakan anugerah tunai yang boleh diperoleh melalui akaun Yippie jika pengguna berjaya mencapai keperluan minima yang ditetapkan.

Anugerah ini tertakluk pada syarat di mana pengguna perlu mempunyai minimum amaun sebanyak RM 1000 dalam akaun simpanan sehingga tarikh penyerahan anugerah tunai.

  • PT3 (7A)- RM 100
  • SPM (8A/ A+)- RM 200
  • STPM/ A-LEVELS (5A/ 4A & Muet Band 6)- RM 300
  • Ijazah sarjana muda kelas pertama dengan kepujian- RM 500

Kadar Faedah Akaun Yippie

Terdapat faedah yang boleh dinikmati oleh para pengguna dengan membuka akaun simpanan Yippie.

Bagi jumlah simpanan lebih daripada RM 50,000, anda boleh menikmat faedah sebanyak 1.75% per tahun.

Manakala, bagi wang simpanan di bawah RM 50,000, anda boleh menikmati faedah sebanyak 0.25% per tahun.

Cara Buka Akaun

Terdapat dua cara yang boleh digunakan bagi membuka akaun simpanan ini. Yang pertama ialah dengan membuka akaun secara manual di mana-mana cawangan Maybank yang berhampiran.

Anda boleh minta borang untuk membuka akaun dan menghantar borang yang lengkap di cawangan tersebut.

Cara seterusnya ialah dengan membuka akaun secara atas talian. Kaedah ini lebih mudah, menjimatkan masa serta tenaga pengguna.

Anda boleh membuka akaun di portal web www.maybank2u.com.my . Pastikan anda melengkapkan segala borang dengan maklumat yang betul.

Semak semula maklumat yang diisi sebelum menghantar permohonan anda.

Baiklah, harap sedikit informasi mengenai syarat buka akaun maybank bawah 18 tahun ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama tanamkan sikap dan semangat rajin menyimpan dalam diri anak-anak kita untuk masa depan mereka.