Peluang Kerjaya Graduan Diploma Seni Reka Dalaman

Anda tahu tak bahawa Malaysia menyediakan pendidikan dan kursus yang baik untuk bidang seni reka dalaman? Kursus ini semakin menjadi kegemaran para pelajar kerana prospek kerjaya masa depan yang agak banyak dan luas.

Seni reka dalaman adalah amalan profesional yang mewujudkan persekitaran dalaman berdasarkan seni, sains, kekreatifan, dan kemahiran teknikal untuk mencipta ruangan yang selamat, sejahtera, dan mempunyai gaya serta nilai estetika.

Peluang kerjaya graduan Diploma Seni Reka Dalaman

READ: Peluang Kerjaya Diploma Seni Bina

Kalau adik-adik ingin bekerja dalam bidang ini, banyak syarikat yang akan menawarkan ganjaran lumayan kepada para pereka dalaman.

Pasti ramai yang masih tertanya-tanya, bagaimana nak mulakan kerjaya ini kan?

Sebagai permulaan, adik-adik mestilah menimba ilmu pengetahuan, mencari pengalaman, dan
mempelajari pengetahuan asas tentang bidang seni reka dalaman.

Tentang masa depan pekerjaan bidang ini tidak perlu dirisaukan, kerana Malaysia memang memerlukan ramai pereka dalaman untuk pejabat-pejabat syarikat besar.

Profesion sebagai pereka dalaman memang menjadi salah satu profesion yang hebat tau! Mari kita lihat lebih lanjut tentang menyambung pengajian dalam bidang ini.

Syarat Kelayakan Kemasukan Diploma Seni Reka Dalaman

Jika adik-adik seorang yang kreatif dan minat menghias ruang dalaman agar kelihatan lebih teratur dan estetik, bidang ini memang sesuai untuk adik-adik.

Untuk mengambil bidang kursus ini, terdapat beberapa syarat kelayakan yang adik-adik mesti penuhi. Jika adik-adik akan mengambil peperiksaan SPM, anda boleh lah mempersiapkan diri untuk mencapai syarat-syarat kelayakan bidang kursus ini.

Berikut adalah beberapa syarat jika adik-adik ingin mengambil diploma melalui politeknik:

  1. Syarat yang paling umum sekali ialah adik-adik mestilah seorang warganegara Malaysia.
  2. Memiliki sijil SPM ataupun setaraf.
  3. Lulus subjek bahasa Melayu.
  4. Jika adik-adik mengambil SPM pada tahun 2013 dan ke atas, maka keputusan SPM adik-adik
    mestilah lulus subjek Sejarah.
  5. Bidang ini akan banyak melibatkan kerja-kerja amali, jadi syarat kelayakan bidang ini mestilah
    mempunyai pengelihatan yang baik iaitu tidak buta atau buta warna, boleh mendengar dan
    bertutur dengan sempurna, dan tidak cacat fizikal.

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian sebenarnya bergantung di mana anda menyambung pengajian, jika anda menyambung pengajian di politeknik, tempoh pengajian adalah selama 4 semester.

Politeknik Yang Menawarkan Diploma Seni Reka Dalaman

Kemahiran yang akan diperolehi:

  • Dengan kemahiran dan pengetahuan yang ada, anda boleh memahami konsep hiasan yang
    pelanggan inginkan untuk memenuhi cita rasa mereka.
  • Mudah berkomunikasi dengan pelanggan dan pihak kontraktor untuk menerangkan konsep hiasan
    yang ingin dihasilkan.
  • Di pasaran kan terdapat pelbagai jenis bahan kemasan, andalah orang yang mahir dalam menilai
    bahan-bahan hiasan yang terbaik di pasaran untuk didekorasikan kepada pelanggan.
  • Anda boleh mrnguruskan projek pendekorasian dari segi pengurusan masa, sumber bahan, dan
    kos yang diperlukan untuk menghias.

Peluang Kerjaya Graduan Seni Reka Dalaman

Anda tahu tak, reka bentuk dalaman adalah salah satu profesion yang paling berjaya tau! Anda pun lihatkan, semakin hari semakin banyak pembinaan yang memerlukan ramai pereka dalaman yang
berkemahiran.

Idea-idea inovatif dan kreatif dari golongan pereka dalaman inilah yang membuatkan
rumah-rumah dan pejabat-pejabat lebih cantik.

Profession ini memang merupakan profesion yang boleh menjana wang, lebih-lebih lagi di negara Malaysia yang sangat maju dengan urbanisasi ini.

Berikut adalah beberapa profesion sebagai pereka dalaman:

  • Penghias dalaman
    Sebagai penghias dalaman, anda boleh membantu pelanggan memilih perabot dan aksesori yang
    sesuai untuk rumah mereka. Maklumlah, banyak sangat pilihan perabot yang cantik-cantik di pasaran, pasti pelanggan pun tak tahu nak pilih yang mana satu kan. Anda bolehlah membantu mereka memilih perabot mungkin dari segi pemilihan warna, saiz, fabrik, serta susun atur perabot dalaman.
  • Perunding reka bentuk
    Kebanyakan pelanggan menginginkan dekorasi rumah yang kelihatan estetik dan kemas, tidak mahir dalam menghias. Anda bolehlah menjadi perunding untk mencipta paparan bilik pameran yang menarik bagi dekorasi kediaman dan komersial pelanggan dari segi jenis perabot, warna cat dinding, dan sebaginya.
  • Penggubal reka bentuk
    Demi memastikan kelancaran kerja-kerja hiasan, penggubal reka bentuk akan membuat dan
    menyemak pelan lantai, lukisan 3D, dan lukisan ketinggian untuk reka bentuk kabinet.
  • Pereka Perabot
  • Pereka Peruncitan
  • Pereka Jualan
  • Pakar Perabot, Lekapan & Peralatan (FFE).
  • Pereka Acara
  • Merchandiser Visual
  • Visualizer 3D

Kesimpulannya, kerjaya dalam seni reka bentuk dalaman memerlukan pendidikan dan latihan yang
formal, disiplin, keazaman, dan kemahiran dalam perniagaan dan pemasaran yang kukuh.

Reka bentuk dalaman yang baik juga perlu sentiasa memastikan kefungsian, keselesaan dan keselamatan pengguna dalam keadaan yang terjamin.

Jadi, adik-adik yang bercita-cita menjadi pereka dalaman harus mengikuti kursus reka bentuk dalaman untuk membangunkan dan mengasah kemahiran yang diperlukan untuk pekerjaan ini.