Peluang Kerjaya Graduan Diploma Seni Bina Landskap Boleh Anda Ceburi

Landskap yang cantik sangat memainkan peranan penting dalam pembangunan sesuatu kawasan. Anda pernah tak merasa kagum apabila melihat pemandangan landskap di mana-mana tempat yang anda pernah pergi?

Tidak kiralah sama ada di rumah sendiri, sekolah, perumahan, universiti, hospital, dan banyak lagi tempat yang dihiasi pepohon rimbun, kolam air pancuran, rumput hijau, taman mini, dan pelbagai lagi elemen yang menyejukkan mata memandang.

Bidang seni bidang landskap inilah yang mereka landskap cantik yang anda selalu lihat tu!

 

Peluang kerjaya Diploma Seni Bina Lanskap

READ: Peluang Pekerjaan Graduan Diploma Seni Reka Dalaman

Hebatkan orang yang membina landskap-landskap tersebut!

Kalau adik-adik ialah seorang yang kreatif, minat seni dan lukisan, dam berminat dengan pembangunan luar seperti taman, kemudahan rekreasi, dan kawasan lapang, bidang ini memang sangat sesuailah untuk adik-adik.

 

 

 

 

 

Melalui program pengajian inilah adik-adik akan memberi tumpuan dalam pembelajaran seni bina
landskap. Jika adik-adik nak tahu lebih banyak tentang program diploma ini, teruskan membaca artikel ini.

Syarat Kemasukan Bagi Lepasan SPM Diploma Seni Bina Landskap:

  1. Adik-adik mestilah memiliki sijil SPM ataupun setaraf.
  2. Keputusan SPM adik-adik mestilah lulus Bahasa Melayu.
  3. Jika adik-adik mengambil SPM pada tahun 2013 dan ke atas, keputusan SPM mestilah lulus mata
    pelajaran Sejarah.
  4. Selain lulus mata pelajaran tersebut, adik-adik juga perlu lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris.
  5. Adik-adik juga perlu mendapatkan TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    a) Matematik
    b) SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional/Elektif STEM
    c) SATU (1) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya

Kursus ini banyak melibatkan latihan amali, jadi adik-adik boleh mengikuti kursus ini sekiranya tidak
mempunyai masalah ketidakupayaan seperti masalah penglihatan (buta), pendengaran, masalah fizikal lain ataupun masalah pembelajaran.

10 Universiti Awam di Malaysia yang Menawarkan Diploma Seni Bina Landskap:

  1. UITM Shah Alam
  2. Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
  3. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  4. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  5. Universiti Malaya (UM)
  6. Universiti Sains Malaysia (USM)
  7. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  8. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  9. Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)
  10. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Tempoh Pengajian

  •  6 semester

Politeknik yang Menawarkan Diploma Seni Bina Landskap:

  • Politeknik Ungku Omar (Politeknik Premier)
  • Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
  • Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Adzam Shah
  • Politeknik Port Dickson
  • Politeknik Merlimau
  • Politeknik Sultan Idris Shah

Prospek Kerjaya

Jika adik-adik telah bergelar sebagai graduan seni bina landskap, adik-adik mempunyai beberapa pilihan dalam memilih laluan kerjaya masing-masing.

Adik-adik boleh memilih pekerjaan sama ada di sektor swasta ataupun kerajaan dengan menceburi profesion sebagai arkitek landskap, penyelia tapak, perunding landskap di Pejabat Kerajaan Tempatan, pegawai pemasaran dalam bidang landskap, kontraktor reka bentuk, dan penyelenggara landskap.

Walau bagaimana pun, jika adik-adik belum ingin memasuki alam pekerjaan kerana masih berhasrat
untuk menyambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi, adik-adik boleh meneruskan pengajian dengan mengambil sijil profesional seperti Arkitek Landskap (LAr).

Peluang Kerjaya Bagi Arkitek Landskap

Kalau adik-adik nak tahu, pembangunan negara yang sangat pesat masa kini menyebabkan peranan
seorang arkitek menjadi sangat penting.

Jadi peluang adik-adik dalam alam pekerjaan sememangnya sangatlah luas.

Perkhidmatan arkitek lanskap dalam Malaysia ini sangatlah diperlukan terutama oleh
organisasi-organisasi seperti berikut:

Sektor Awam Dan Berkanun

  • Jabatan Landskap Negara
  • Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
  • Jabatan Alam Sekitar
  • Jabatan Pertanian
  • Jabatan Pengairan dan Saliran
  • Jabatan Perhutanan
  • Dewan Bandaraya
  • Majlis Perbandaran
  • Majlis Kerajaan Tempatan
  • Lembaga Pembangunan Bandar
  • Perbadanan Kemajuan Negeri
  • Institusi Pengajian Tinggi
  • Institusi Penyelidikan
  • Agensi-agensi berkaitan

Sektor Swasta

  • Firma Perunding Senibina Landskap
  • Kontraktor Landskap dan Senitaman
  • Firma Arkitek dan Perancangan Bandar

Kesimpulannya, bidang seni bina landskap adalah bidang yang mempunyai prospek kerjaya yang sangat luas.

Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh sepanjang pengajian pun sangat berguna sehingga sepanjang hayat.

Kalau anda tidak ingin bekerja di bawah orang lain, anda boleh sahaja mengusahakan agensi arkitek seni bina landskap anda sendiri dengan mengaplikasikan segala yang anda telah pelajari dan latihan amali yang pernah anda dijalankan sepanjang pengajian.

Jadi, bagi anda yang berhasrat untuk menyambung pengajian diploma seni bina landskap, teruskan dengan pilihan anda!