4 Lokasi Hiking Popular Di Selangor Wajib Pergi
Negeri Selangor sering kali terkenal untuk kepelbagaian budaya, bangunan cantik serta kesibukan bandar.
Namun, tahukah anda negeri ini turut menawarkan pengembaraan luar biasa dalam bentuk lokasi hiking yang menarik?
Dari hutan-hutan hijau yang lebat hingga puncak bukit yang menawarkan pemandangan menakjubkan, Selangor mempunyai sesuatu untuk setiap jenis pendaki.
Dalam artikel kali ini, kami akan membawa anda melalui 4 tempat hiking yang popular yang sudah pasti akan memukau para penggemar alam semulajadi.
READ: Pengalaman Mendaki Bukit Tirig (Tirig Hill) Kampung Lapasan Kota Kinabalu
Semua lokasi ini bukan sahaja sesuai untuk para pendaki berpengalaman, malah turut sesuai bagi pemula yang ingin mencari pengalaman baharu.
Bersiaplah untuk menjelajahi keindahan negeri Selangor yang tersembunyi melalui jejak-jejak hiking yang menakjubkan ini.
Bukit Gasing
Bukit ini terletak di antara Petaling Jaya dan Kuala Lumpur dan merupakan salah sebuah destinasi hiking yang amat popular dalam kalangan penduduk setempat.
Salah satu tarikan utama bukit ini adalah pelbagai jenis laluan hiking yang boleh dipilih oleh para pendaki.
Terdapat laluan lebih mudah bagi para pemula serta laluan yang lebih mencabar untuk pendaki berpengalaman.
Anda juga akan melalui jambatan gantung yang menghadap ke hutan, memberi anda perasaan seperti berjalan di atas pepohonan.
Alamat: 1267, Jalan Telok, Bukit Gasing, 46000 Petaling Jaya, Selangor
Sumber: Trip Advisor
Bukit Broga
Bukit ini terletak di kawasan Semenyih dan menawarkan pengalaman hiking menarik serta pemandangan matahari terbit yang memukau.
Bukit ini terdiri daripada tiga puncak, yang boleh dicapai dengan mengikut trail hiking yang tersedia.
Disebabkan kawasan hiking di sini amat luas dan tidak terlalu mencabar, ia sesuai bagi para pemula serta keluarga.
Ramai pendaki seringkali mengunjungi ke sini bagi menyaksikan matahari terbit yang spektakular. Jadi, tempat ini pasti sesuai bagi pelancong yang suka mengambil gambar yang cukup baik untuk Instagram.
Selain itu, caj masuk sebanyak RM 5 seorang akan dikenakan bagi aktiviti hiking sertan RM5 bagi parking di kawasan bukit ini.
Alamat: Jalan Broga, 71750 Semenyih, Selangor
Sumber: Flickr
Bukit Tabur
Bagi anda yang gemar hiking dan suka laluan trail mencabar, Bukit Tabur merupakan pilihan baik untuk anda.
Bukit ini terletak di kawasan Taman Melawati dan kawasan ini sering kali dikenali sebagai Klang Gates Quartz Ridge.
Bukit Tabur mempunyai punggung batu yang tajam dan aktiviti hiking boleh menjadi mencabar di sin. Oleh sebab itu, aktiviti hiking di sini sesuai untuk pendaki yang berpengalaman dan mempunyai tahap kecergasan yang baik.
Anda turut disyorkan untuk hiking dalam kumpulan serta membawa peralatan keselamatan seperti sarung tangan dan kasut mendaki sesuai bagi tujuan keselamatan.
Namun, aktivit hiking di sini amat berbaloi disebabkan anda dapat menikmati pemandangan seluruh Lembah Klang dan Kuala Lumpur, membuat pendakian ini menjadi salah satu yang paling fotogenik di rantau tersebut.
Alamat: Bukit Tabur, Persiaran Bukit Melawati, 68000, Selangor
Sumber: Flickr
Templer Park
Taman Alam Templer, atau dikenali juga sebagai Templer Park, adalah taman semula jadi yang terletak di Rawang, Selangor.
Terdapat beberapa laluan hiking yang boleh anda pilih di Taman Alam Templer seperti laluan Hutan Hujan serta Bukit Takun.
Setiap laluan mempunyai tahap kesukaran yang berbeza, jadi pastikan anda pilih trek laluan sesuai dengan kemahiran.
Laluan ini akan membawa anda melalui hutan lebat, sungai, dan pemandangan semula jadi yang indah.
Alamat: Templer Park, Rawang, Selangor, Malaysia
Sumber: Pixabay
So, the next time anda ada kesempatan untuk buat sedikit aktiviti hiking, pertimbangkan untuk cuba mencabar diri hiking ditempat-tempat yang disebut tadi.
Selain ianya baik untuk kesihatan, hiking juga baik untuk minda kerana boleh lepaskan stress atau tekanan. Hidup ini keras, selalulah untuk kurangkan tekanan dengan aktiviti riadah.