Tempat Menarik Di Pasir Gudang 10 Pilihan Terbaik

Tempat menarik di Pasir Gudang 10 tarikan wajib dilawati jika anda melawat daerah ini. Sebut sahaja Pasir Gudang pasti gambaran bangunan kilang dan pelabuhan tergambar di fikiran anda. Tetapi sebenarnya ramai tidak sedar bahawa dearah ini menawarkan lebih dari sekadar pelabuhan dan kilang, tetapi juga destinasi yang semakin meningkat naik dalam bidang pelancongan tempatan.

Pihak berkuasa tempatan Pasir Gudang juga sekarang ini sedang giat meningkatkat prasarana dan mempromosi industri pelancongan di daerah tersebut.

Ini adalah lanjutan kepada artikel yang kami tulis sebelum ini mengenai perkhidmatan bas express ke Pasir Gudang.

Di Johor banyak sangat tempat yang menjadi daya tarikan pelancong antaranya di Kota Tinggi, Batu Pahat, Kluang dan di Pontian tetapi kali ini kita akan cerita apa yang menarik di Pasir Gudang.

Tempat ini menjadi daya tarikan pelancong kerana makanan disini sangat sedap, tempat yang sesuai untuk beriadah sekeluarga dan bermacam lagi aktiviti yang boleh dibuat di Pasir Gudang ini.

Rugi bagi sesiapa yang jejak di Johor tetapi tidak singgah di tempat ini. Nak tahu apa yang menarik sangat dekat sini? Jom kita teroka!

1. Galeri Pasir Gudang

Destinasi menarik Galeri Pasir GudangTempat ini sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang tidak tahu lagi penubuhan Pasir Gudang ini.  Mengapa, sebab disinilah ada penerangan mengenai sejarah penubuhan Pasir Gudang, kawasan pentadbiran, dan pembangunan industri yang ada disekitar Pasir Gudang ini.

Selain daripada itu juga, kalau nak tahu tempat apa yang menarik lagi yang ada di Pasir Gudang ini yang masih belum habis lagi di teroka boleh sahaja kunjungi galeri ini juga tau!

Pelbagai informasi menarik yang boleh dapat dekat sini. Galeri ini terletak di aras 1 Menara Aqabah, Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

2. Muzium Layang-Layang

Muzium Layang-Layang di Pasir GudangTak lengkaplah tempat di Pasir Gudang kalau tidak singgah ke sini, iaitu Muzium Layang-layang. Dengar sahaja nama layang-layang mesti kita semua sudah tahu apa yang ada didalam muzium ini, betul kan?

Layang-layang ataupun dikenali sebagai ‘Wau’ adalah permainan yang sangat digemari oleh kanak-kanak kerana reka bentuknya dan warna yang menarik.

Layang-layang ini jugalah menjadi daya tarikan pelancong untuk datang ke sini. Muzium ini mempunyai pelbagai jenis layang-layang yang dapat kita ketahui dan pelbagai jenis corak yang kita dapat melihatnya sendiri.

Semua rekaan di Muzium Layang-layang ini sangat unik dan jarang dijumpai. Harga tiket dan juga waktu beroperasi di tempat ini boleh sahaja rujuk dibawah.

Waktu Operasi

  • Tutup pada waktu makan (1 – 2 ptg) dan solat Jumaat
  • Isnin – Khamis : 8:30 pg – 5:00 ptg
  • Jumaat: 9 pg – 5 ptg

Bayaran Masuk

  • Dewasa RM 2.00
  • Kanak -Kanak (5-12 tahun) RM1.00
  • Bukan WarganegaraRM3.00

3. Bukit Layang-Layang

Photo: johorfoodie.com

Selain di Muzium Layang-layang, tempat ini selalu dipenuhi dengan ramai pengunjung yang bermain layang-layang.

Tempat ini juga berada dekat dengan sekitar Muzium Layang-Layang. Selalunya, tempat ini akan diadakan festival layang-layang yang dimana mereka akan menaikkan layang-layang mereka ke udara.

Di sinilah mereka juga boleh mempamerkan hasil seni kreatif masing-masing dalam pembuatan layang-layang.

Tempat ini sangat cantik saat layang-layang dinaikkan dan juga sangat sesuai untuk bersantai-santai mahupun melakukan aktiviti rekreasi yang lain.

4. Pantai Pasir Layar

Photo: Johor Destinasi Permata Selatan

Disinilah tempat yang sangat cantik dengan kawasannya yang strategik dan bersih. Pantai ini dinamakan Pasir Layar kerana disinilah tetapnya tempat yang selalu melalukan aktiviti Perahu Layar.

Tempat ini tidak berapa sesuai jika hendak bermandi-manda kerana mempunyai banyak batu-batu besar. Jadi, jika hendak singgah kesini hanya sesuai untuk bergambar sahaja.

5. Masjid Jamek Pasir Gudang

Masjid Jamek di Pasir Gudang JohorUntuk para muslim jangan lupa singgah di Masjid Jamek Pasir Gudang kerana tempat ini adalah masjid pertama yang dibina di Pasir Gudang.

Masjid ini penuh dengan reka bentuk yang menarik serta landskapnya yang indah.

Setiap yang singgah ditempat ini pastinya tak lepas dari mengambil gambar disini.

6. Sarang Buaya Tanjung Langsat

Disini terletaknya dimana hampir semua 529 ekor buaya dan juga terdapat sebanyak 12 kolam khas untuk menempatkan buaya ini.

Tempat ini juga menjadi daya tarikan pelancong untuk melihat buaya disini. Sesiapa yang berminat atau ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai buaya tembaga yang terdapat di dunia ini boleh kunjungi disini.

Disini juga boleh dijadikan sebagai tempat riadah dan tempat rekreasi. Harga tiket dan waktu operasi boleh rujuk dekat bawah ini bagi memudahkan urusan jika hendak melawat ke tempat ini,

Waktu Operasi

Isnin – Jumaat
9.00 pagi – 5.00 petang
Sabtu, Ahad dan Kelepasan Awam
9.00 pagi – 5.00 petang

Bayaran Masuk

Bayaran masuk ke Sarang Buaya Pasir Gudang

7. Uptown Pasir Gudang

Imej via [uptown PG ]
Di Pasir Gudang juga ada uptown tersendiri. Mana yang suka melihat suasana malam ataupun yang suka membeli belah wajib ke sini!

Selain daripada barang-barang dengan harga yang berpatutan ada juga makanan yang sedap dan menjadi daya tarikan ke situ.

Uptown Pasir Gudang ini dibuka seawal 6 petang. Tempat ini selalu sesak disebabkan ramai orang yang datang untuk melihat apa yang menarik disini.

Kedudukan uptown ini juga sangat strategik kerana dikelilingi oleh penduduk Larkin, Perling, Kempas, Tampoi, Tebrau, Taman Daya, Johor Jaya, Pasir Gudang, Nusajaya dan dari pelbagai daerah lagi.

Mereka bukan sahaja menyediakan juadah dan barang-barang lain malah terdapat persembahan nyanyian yang turut memeriahkan suasana disekitar situ. Setiap minggu juga mereka akan mengadakan aktiviti yang menarik.

8. TS Wonderland Indoor Water Theme Park

Photo: Visit Johor

Inilah taman tema air yang ada di Pasir Gudang. Disebabkan harga tiketnya yang murah membuatkan ramai pengunjung singgah kesini untuk bermandi-manda.

Tempat ini ditutupi dalam kawasan yang berbumbung. Jadi, tidak perlu risau jika hujan turun. Selain daripada kawasan berbumbung disini juga ada menjual makanan disekitarnya.

Jika berasa lapar tiba-tiba sahaja boleh membeli makanan disitu dengan mudah. Tempat ini disarankan pergi selain daripada waktu cuti sekolah, kerana tempat ini selalu sahaja penuh dengan pengunjung.

Selain daripada TS Wonderland Indoor Water Theme Park ini, jika hendak bermandi-manda di Johor boleh sahaja singgah di Legoland dan Desaru Coast.

Ada yang dah tak sabar nak tahu harga tempat yang best macam ini ke? Anda semua boleh sahaja tengok dekat bawah ini harga tiketnya dan waktu operasi tempat ini;

Waktu Operasi

Setiap Hari: 10 pagi – 6 petang

Bayaran Masuk (Tiket) Warganegara

  • Dewasa (RM 25)
  • Kanak-Kanak (RM 25)

9. Char Kuey Teow Sentap

Char Kuey Teow Sentap di Pasir Gudang
Photo: Char Kuey Teow Sentap

Mana pengemar char kuey teow ni?! Ha, disinilah tempat yang patut anda datang makan dan rasa char kuey teow itu sendiri. Jangan terliur bila melihat gambarnya yang nampak kuahnya yang melimpah ruah itu.

Dengar cerita tempat ini adalah salah satu kedai makan yang popular di Pasir Gudang. Char kuey teow ini sedap jika makan pada waktu malam.

Selain daripada char kuey teow, disini juga ada menyediakan sajian lain seperti mee goreng, nasi goreng dan kuey teow goreng.

Harga makanan disini kebanyakkannya serendah rm10 sahaja dan sangat berbaloi dengan rasanya dan saiz yang dihidangkan. Yang mana tak mencuba lagi makan disini sangatlah rugi!

10. Restoran Selera Sambal

Makanan di Restoran Selera Sambal Pasir Gudang
Photo: Foursquare

Selain daripada char kuey teow, kita juga ada restoran yang menghidangkan sajian masakan kampung yang rasanya sangat meletup! Restoran Selera Sambal ini juga salah satu restoran yang sangat popular di Pasir Panjang.

Kenapa letak sambal dalam nama kedai? Terdengar perkataan sambal sahaja mesti sudah tahu ada kena mengena dengan sambal yang dihidangkan.

Ya, betul! Kalau singgah disini rugi tak mencuba rasa sambal yang begitu sedap sekali. Makanan yang sering menjadi tumpuan orang ramai untuk makan disini adalah ayam penyet, udang penyet dan sotong penyet.

Kebanyakkan makanan disini harganya serendah rm20 dan sangat berbaloi sekali.

Pengujung yang makan disini selalunya sudah menjadi pelanggan tetap dan ada juga yang datang dari jauh untuk merasakan masakan disini sahaja.

Sebenarnya selain dari 10 tempat menarik di Pasir Gudang yang tersenarai di atas ada banyak lagi. Tempat rujukan yang paling lengkap ialah senarai dan informasi yang ada dalam website rasmi Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

Marilah bersama membantu memperkasa dan membangunkan industri pelancongan dalam negara kita. Selamat bercuti!