Terminal Bas Batu Pahat: Nombor Telefon & Lokasi

Terminal Bas Batu Pahat adalah sebuah terminal bas yang terbesar dan utama di Batu Pahat, Johor. Terminal ini terletak di bahagian timur bandar utama. Stesen bas ini berperanan untuk memberikan perkhidmatan bas ekspres serta bas antara bandar untuk penumpang di sekitar Batu Pahat dan destinasi lain di Semenanjung Malaysia. Namun, terminal bas ini dianggap kecil berbanding dengan Terminal Bas Larkin Johor.

Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI

Selain itu, laluan perjalanan yang ditawarkan oleh terminal bas ini agak terhad berbanding dengan terminal bas lain di Johor. Namun, terdapat beberapa buah syarikat bas terbesar seperti Transnasional, S & S International dan KKKL Express beroperasi dari terminal ini. Tambahan pula, ibu pejabat syarikat KKKL terletak di Batu Pahat.

Terminal Bas Express Batu Pahat

Terdapat beberapa jenis pengangkutan awam yang boleh digunakan oleh penduduk sekitar Batu Pahat untuk pergi ke stesen bas tersebut. Antaranya ialah dengan menggunakan perkhidmatan bas tempatan dan bas ekspres.

Rasanya cara yang paling senang dan menjimatkan masa ialah menggunakan perkhidmatan teksi atau Grac. Namun, tambang ditawarkan agak mahal bebanding dengan tiket bas. Jika anda mempunyai banyak masa, bolehlah guna bas awam. Jika ada badget lebih dan perlu cepat untuk sampai ke terminal bolehlah mempertimbangkan untuk guna teksi atau grab.

Syarikat Bas Express Beroperasi Di Terminal Tersebut

Terdapat dua jenis perkhidmatan bas yang disediakan di stesen bas ini iaitu bas ekspres dan bas antara bandar seperti bas Batu Pahat ke Kluang.

Terdapat beberapa buah syarikat bas yang mengendalikan perkhidmatan bas dari terminal ini ke pelbagai destinasi di sekitar kawasan Semenanjung Malaysia.

Bas-bas yang dikendalikan oleh syarikat dinyatakan beroperasi hampir setiap hari. Berikut merupakan senarai syarikat bas yang menawarkan perkhidmatan bas ekspres dari terminal ini.

  • KKKL Express
  • Transnasional
  • Mayang Sari
  • Orkid Malaysia
  • Cepat Ekspres
  • S & S International Express
  • Hasry Ekspres Sdn Bhd
  • Causeway Link Ekspres Sdn Bhd

Berikut merupakan senarai syarikat tempatan yang menawarkan servis bas antara bandar.

  • Johore Motor Bus Co, Sdn Bhd
  • Costal Omnibus Co, Sdn Bhd
  • Syarikat Mayang Sari Sdn Bhd
  • Syarikat Pengangkutan Maju Berhad
  • Syarikat Causeway Link Sdn Bhd
  • Syarikat Intra Desa Sdn Bhd
  • Syarikat S & S Sdn Bhd

Destinasi Popular Dari Batu Pahat

Terdapat beberapa laluan perjalanan popular yang dikendalikan oleh operator bas dari terminal ini. Bas-bas akan beroperasi untuk lebih daripada satu trip bagi laluan- laluan ini.

Oleh itu, penumpang berpeluang untuk memilih waktu perjalanan yang sesuai mengikut kesesuaian sendiri.

Berikut merupakan senarai laluan perjalanan popular dan jadual bas Batu Pahat yang dikendalikan dari stesen bas tersebut. Info harga tiket bas serta jadual bas bagi setiap laluan perjalanan turut dinyatakan.

Melaka Sentral

Antara syarikat popular yang menawarkan perkhidmatan bas bagi laluan Batu Pahat-Melaka Sentral ialah Cepat Express, Orkid Express dan S& S International Express.

Bas pertama bagi syarikat Orkid Express dan S& S International Express beroperasi pada pukul 8.15 dan 8.00 pagi.

Manakala, syarikat Cepat Express pulak mengenadalikan bas pertama pada pukul 8 malam. Harga tiket ditawarkan bagi laluan ini ialah RM 9.90. Sebanyak 20 trip bas disediakan bagi laluan perjalanan ini.

Shah Alam

Syarikat KKKL Sdn Bhd dan Transnasional mengendalikan servis bas ekspres dari stesen bas ini ke Shah Alam.

Bas pertama syarikat KKKL Sdn Bhd dan Transnasional beroperasi pada pukul 8 dan 8.30 pagi. Manakala, tambang bas ditawarkan bagi laluan perjalanan ini ialah dari RM 25.30.

Sebanyak 15 trip bas dikendalikan dari terminal ini ke Shah Alam.

Klang

Syarikat Transnasional dan KKKL Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan bas ekspres dari terminal bas ini ke Klang.

Bas pertama syarikat Transnasional mula beroperasi dari terminal ini pada pukul 8.30 pagi. Manakala, bas pertama syarikat KKKL Sdn Bhd mula bergerak ke Klang pada pukul 8 pagi.

Jumlah trip bas disediakan bagi laluan ini ialah sebanyak 15. Harga tiket bas bagi laluan ini ialah dalam anggaran RM 26.

Kuala Lumpur

Antara syarikat popular yang mengendalikan servis bas bagi laluan perjalanan KL-Batu Pahat ialah Cepat Express, KKKL Sdn Bhd, S& S International Express serta Transnasional.

Bas pertama bagi syarikat KKKL Sdn Bhd dan S& S International Express beroperasi pada pukul 7 pagi setiap hari.

Manakala, bas pertama syarikat Cepat Express dan Transnasional dikendalikan dari terminal bas tersebut pada pukul 10.30 pagi dan 8.15 pagi. Sebanyak 129 trip bas disediakan bagi laluan perjalanan ini.

Tiket bas dikenakan bagi laluan ini ialah dari RM 22.70.

Bas juga bertolak dari terminal ini ke Muar. Jadual bas Batu Pahat ke Muar boleh anda semak secara online di applikas online. Easybook.com misalnya dari masa ke semasa menawarkan diskaun sehingga 41% untuk perjalanan antara dua destinasi tersebut.

Kemudahan

Walaupun terminal bas tersebut dianggap kecil, namun terdapat pelbagai kemudahan disediakan untuk keselesaan para penumpang yang menggunakan servis bas dari sini.

Terdapat kaunter tiket disediakan di bangunan terminal untuk memudahkan para penumpang membeli tiket bas. Harga tiket bas serta jadual perjalanan bas turut boleh disemak di kaunter di sini.

Selain itu, terminal bas ini turut mempunyai tempat menunggu untuk penumpang.

Kemudahan lain seperti tandas dan bilik solat untuk penumpang muslim turut disediakan di bangunan terminal.

Bagi mereka yang ingin membeli makanan dan minuman sebelum perjalanan, anda boleh bersinggah di kedai- kedai sekitar terminal.

Maklumat Perhubungan

Stesen bas di bandar Batu Pahat

Bagi mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan info seperti waktu operasi kaunter tiket bas Batu Pahat, berikut merupakan nombor telefon (contact number) pejabat stesen bas ini.

Alamat stesen bas tersebut turut disertakan sekali.
Nombor telefon: 07- 433 8430
Alamat: Terminal Bas Ekspres Batu Pahat, Jalan Rugayah Kampung Pegawai, 83000 Batu Pahat, Johor.

Jika perlukan maklumat lebih terperinci boleh layari laman website rasmi Majlis Perbandaran Batu Pahat.

Hotel Berhampiran

Terdapat beberapa buah hotel dibangunkan di sekitar kawasan terminal bas tersebut. Penumpang yang datang dari jauh boleh berehat dan menginap di hotel- hotel tersebut.

Berikut merupakan senarai hotel terdekat dengan stesen bas. Anda boleh menghubungi nombor telefon ofis hotel-hotel tersebut di bawah untuk booking hote rooms atau sebarang pertanyaan.

  • Batu Pahat Hotel – nombor telefon 07- 438 3186
  • Garden Hotel – nombor telefon 07- 431 5999
  • 888 Boutique Hotel – nombor telefon 07- 434 9999
  • B & S Hotel – nombor telefon 07- 434 8000
  • Pinetree Hotel – nombor telefon 07- 439 3450

Semoga informasi mengenai Terminal Bas Batu Pahat Johor ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama menyokong dan memperkasakan industri pengangkutan awam dan pelancongan di negara kita.