Tiket Bas Ke Kelantan: Jadual Bas & Harga Tiket
Tiket bas ke Kelantan barmula dari RM34.00 sehala dari Kuala Lumpur. Sekarang nie kalau nak check harga tiket dan jadual bas boleh buat melalui applikasi online. Rasanya semua ada kemudahan internet sekarang nie.
Kota Bahru merupakan ibu kota negeri Kelantan. Bandar ini terkenal untuk penduduk yang ramah dan tempat-tempat yang unik dan menarik.
Rugi kalau tidak ambil peluang melawat negeri ini.
Penumpang boleh book tiket bas secara online >>> DI SINI.
Sekarang nie dah boleh ke sini ke sana. Industri pelancongan dan pengangkutan awam adalah antara sektor yang paling terjejas teruk sebelum ini dah boleh menarik nafas lega.
Perniagaan kembali normal, orang awam dah boleh naik bas ke mana-mana.
Jika anda guna bas, dari masa ke semasa, mungkin ada berlaku perubahan-perubahan harga tiket dan jadual waktu perjalanan bas ke destinasi tersebut.
Untuk menyenangkan anda, boleh gunakan applikasi online yang ada seperti busonlineticket.com, easybook.com dan redbus.my untuk info terkini tentang perkhidmatan bas express.
Bagi sesiapa yang teringin mengunjungi Kota Bahru dengan bas ekspres, di sini kami berkongsi info berkaitan harga tambang bas ke Kota Bahru dari pelbagai destinasi.
Harga Tiket Bas Ke Kelantan
Harga tiket bas ini boleh berubah dari semasa ke semasa terutama ketika musim perayaan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk Easybook.com, sejenis portal online untuk menempah tiket bas.
Harga tiket di bawah adalah untuk ke Kota Bharu Kelantan dari pelbagai destinasi utama di seluruh Semenanjung Malaysia.
Sila semak senarai harga tiket bas ke Kelantan (sehala) mengikut syarikat bas express di bawah;
A. Harga tambang bas dari TBS ke Kota Bahru
Ini adalah anggaran harga tiket bas ke Kota Bharu dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk 6 syarikat bas express yang beroperasi ke destinasi tersebut.
- Sani Express – dari RM 34.00
- NAZA Express – dari RM 44.00
- Queen Express – dari RM 44.00
- Ekspress Mutiara – dari RM 44.10
- Perdana Express – dari RM 44.20
- Ekspres Musafir – dariRM 34.00
B. Harga tambang bas dari Melaka ke Kota Bahru
Senarai anggaran harga di bawah adalah untuk perjalanan dari terminal bas Melaka Sentral ke Kota Bharu Kelantan.
- Cepat & Cekap Express – dari RM 50.10
- Ekspress Mutiara – RM 57.00
- Maraliner – dari RM 58.90
- Mayang Sari – dari RM 56.10
- Perdana Express – dari RM 57.20
C. Harga tambang bas dari Terengganu ke Kota Bahru
Anggaran harga tiket bas untuk ke Kota Bharu dari terminal bas express di bandaraya Kuala Terengganu. Terdapat 3 bas express yang menawarkan regular services ke destinasi tersebut dari Kuala Terengganu.
- Sani Express – dari RM 15.00
- Ekspress Mutiara – dari RM 15.80
- Perdana Express – dari RM 17.20
D. Harga tambang bas dari Johor ke Kota Bahru
Berikut pula adalah senarai harga tiket bas ke Kelantan dari Johor Bahru. Untuk route ini ada 4 bas express yang menawarkan regular services setiap hari ke destinasi tersebut.
- Agensi Pelancungan D & Adik Beradik S/B – dari RM 65.00
- Cepat & Cekap Express – dari RM 66.00
- Ekspress Mutiara – dari RM 65.00
- Perdana Express – dari RM 65.20
E. Harga tambang bas dari Kuantan ke Kota Bahru
Sebenarnya terdapat juga perkhidmatan bas express dari Kuantan Pahang menuju ke Kota Bharu. Penumpang dari lokasi tersebut boleh rujuk senarai tambang di bawah sebagai panduan.
- Sani Express – dari RM 35.00
- Ekspress Mutiara – dari RM 35.20
- Perdana Express – dari RM 35.20
F. Harga tambang bas dari Kedah ke Kota Bahru
Perjalanan dari pantai barat Semenanjung Malaysia ke mana-mana destinasi di pantai Timur kini semakin mudah. Terdapat bas-bas express yang menawarkan perkhidmatan menghubungkan dua wilayah tersebut iaitu dari Alor Setar ke Kota Bahru.
- Ekspress Mutiara – dari RM 39.60
- Perdana Express – dari RM 39.70
- Konsortium E-Mutiara – dari RM 39.50
G. Harga tambang bas dari Shah Alam ke Kota Bahru
Senarai di bawah adalah anggaran harga tambang bas dari Shah Alam Terminal ke Kota Bharu. Untuk laluan ini 6 syarikat bas express menawarkan regular services ke destinasi tersebut. Bolehlah semak senarai harga tiket di bawah.
- Ekspres Musafir – dari RM 37.30
- Ekspress Mutiara – dari RM 47.40
- NAZA Express – dari RM 47.50
- Perdana Express – dari RM 47.70
- Queen Express – dari RM 47.50
- SANI Express – dari RM 34.00
Nota: Harap ambil perhatian bahawa anggaran harga tiket bas ini boleh berubah dari masa ke semasa.
Untuk harga tiketĀ yang terkini ke Kelantan anda dinasihatkan membuat semakan dan tempahan tiket melalui applikasi online Easybook.com.
Tarikan Pengunjung Di Kota Bahru
Kota Bahru merupakan bandar yang terkenal di Kelantan dalam kalangan pelancong tempatan dan asing. Bandar ini kaya dengan pelbagai destinasi pelancongan seperti tempat-tempat bersejarah, makanan, kraf tangan serta pusat membeli-belah.
Terdapat beberapa tempat menarik dan unik yang perlu dilawati oleh para pelancong di Kota Bahru.
1. Kampung Kraftangan
Kelantan merupakan salah sebuah negeri yang terkenal untuk industri kraftangan dan pelancongan. Bagi para pelancong yang mengunjungi Kota Bahru, kampung kraftangan ialah tempat yang anda perlu lawati.
Muzium kraftangan terletak di kawasan ini mempamerkan pelbagai jenis hasil kraftangan halus seperti ukiran kayu, songket dan batik.
Para pelancong turut boleh mempelajari teknik menghasilkan kraf tangan seperti teknik menenun songket dan mencanting batik daripada demonstrasi penduduk di kawasan ini.
2. Menara Rehal
Menara Rehal atau dikenali sebagai pintu gerbang Kota Sultan Ismail Petra merupakan mercu tanda bandar Kota Bahru.
Hampir semua pelancong yang mengunjungi Kota Bahru pasti akan melawati pintu gerbang ini kerana banyak tempat menarik seperti Istana Jahar terletak berhampiran dengan lokasi ini.
3. Istana Jahar
Istana ini terletak berhampiran dengan menara Rehal di Kota Sultan Ismail Petra. Istana ini dibina oleh Sutan Muhammad II pada tahun 1855.
Istana ini terkenal untuk reka bentuk dan seni bina yang cantik yang memaparkan pengaruh seni bina Islam.
Istana ini telah dijadikan sebagai Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan.
4. Pasar Siti Khadijah
Pasar ini telah diberi nama isteri Rasullah s.a.w yang merupakan salah seorang usahawan berjaya.
Majoriti peniaga di sini terdiri daripada golongan hawa dan ia menjadi keunikan tempat ini.
Terdapat pelbagai jenis hasil produk tempatan telah dijual di pasar ini.
Di sini, barang -barang seperti tudung, kain batik dan baju boleh didapati dengan harga murah berbanding di tempat lain. Makanan kering seperti keropok lekor dan kerepek turut dijual.
5. Menara Jam Tambatan Diraja
Pengunjung boleh menikmati pemandangan bandar Kota Bahru dan Sungai Kelantan dari menara ini. Menara ini boleh didapati di tebing Sungai Kelantan dan sangat popular dalam kalangan pelancong.
6. Wakaf Che Yeh
Wakaf Che Yeh merupakan pasar malam yang terbesar dan paling meriah di Kota Bahru. Pasar ini dikenali sebagai Uptown Kota Bahru dan beroperasi setiap hari dari petang higga awal pagi.
Kebanyakkan pelancong pasti akan melawati wakaf Che Yeh yang terkenal untuk aktiviti membeli-belah.
Gerai-gerai di kawasan ini menjual barangan keperluan harian, produk tempatan serta barangan buatan Thailand dengan harga yang murah.
7. Pantai Geting
Pantai ini merupakan salah satu pantai yang tercantik di Kelantan selain Pantai Cahaya Bulan dan terletak bersebelahan dengan Pantai Sri Tujuh. Pantai ini turut menjadi tempat rekreasi yang popular dan terkenal untuk pemandangan laut yang cantik.
Terdapat pusat penginapan seperti homestay dan resort yang cantik disediakan untuk para pengunjung.
Kalau perlu lebih banyak info mengenai ‘what to do’ di Kota Bharu Kelantan bolehlah juga rujuk website rasmi Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan.
Di sana terdapat senarai tarikan pengunjung lengkap dengan informasi yang boleh anda explore di Kota Bharu dan sekitar negeri Kelantan yang terkenal dengan jolokan ‘Serambih Mekah’ ini.
Semoga perkongsian mengenai tiket bas ke Kelantan ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama kita menyokong dan memperkasakan industri pelancongan dalam negara kita.