Tiket Bas Ke Kota Tinggi Harga & Jadual Bas

Tiket bas ke Kota Tinggi Johor RM 35.00 dari Kuala Lumpur dan informasi jadual bas. Siapa yang pernah ke daerah terkenal dengan nama ‘Bandar Pelancongan Bersejarah’ ini sudah tentu setuju bahawa ianya berbaloi untuk dikunjungi. Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah popular dan bersejarah di negeri Johor.

Kawasan ini merupakan hotspot pelancong tempatan serta luar negara terutama yang datang melancong dari Singapura dan Indonesia.

Penumpang boleh book tiket bas secara online >> BUS TICKET ONLINE.

Antara tempat menarik yang perlu dilawati sewaktu melancong di sini ialah air terjun Kota Tinggi, Hutan Lipur Panti, pantai Desaru dan perkampungan asli di Kampung Sungai Selangi.

Ingin pergi ke Kota Tinggi tapi tidak tahu bagaimana caranya? Untuk pengetahuan anda, antara cara mudah dan murah untuk mengunjungi Kota Tinggi ialah dengan menggunakan perkhidmatan bas.

Antara syarikat popular menyediakan servis bas ke Kota Tinggi ialah Transnasional, Maraliner dan Maju Express.

Perkhidmatan Bas Express Ke Kota Tinggi

Harga tambang bas biasanya bergantung pada syarikat bas dipilih. Ketika musim perayaan, harga tiket naik sedikit daripada harga asal. Namun, situasi ini sepenuhnya bergantung pada syarikat bas. Harga tiket bas boleh disemak di portal menempah tiket pada bila-bila masa.

Berikut merupakan anggaran harga tiket bas untuk pergi ke Kota Tinggi dari pelbagai destinasi di Semenanjung Malaysia.

  • Terminal Bersepadu Selatan (TBS) – dari RM 35.00
  • Kuantan – dari RM 26.50
  • Pasir Mas – dari RM 64.30
  • Kemaman – dari RM 30.70
  • Mersing – dari RM 8.90
  • Kota Bahru – dari RM 59.30

Harga ini boleh berubah dari masa ke semasa bergantung kepada keputusan syarikat bas masing-masing.

Jadual Bas

Operator bas biasanya akan mengikuti jadual perjalanan yang ditetapkan. Namun, masa perjalanan masih boleh berubah dan dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti keadaan trafik, cuaca dan musim perjalanan.

Tempoh masa perjalanan boleh menjadi lama ketika musim perayaan. Tambahan pula, sesetengah syarikat bas akan berhenti di beberapa pusat R&R untuk memberi peluang kepada penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan tandas.

Berikut merupakan jadual perjalanan bas ke Kota Tinggi dari pelbagai destinasi.

Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Antara syarikat popular yang menawarkan perkhidmatan bas ke laluan TBS – Kota Tinggi ialah Maraliner, Mayang Sari Express dan Transnasional.

Bas pertama dan terakhir disediakan bagi laluan ini ialah pada pukul 8 pagi dan 4 petang. Sebanyak 16 trip bas beroperasi dari TBS ke Kota Tinggi setiap hari.

Jumlah masa diambil untuk sampai ke destinasi ini ialah dalam anggaran 4 jam 50 minit. Jumlah jarak perjalanan bagi laluan ini ialah sejauh 321 km.

Kuantan

Syarikat Maraliner, Transnasional dan Maju Express merupakan antara syarikat berpengalaman dalam mengendalikan perkhidmatan bas dari Kuantan ke Kota Tinggi.

Biasanya, bas pertama akan bergerak ke Kota Tinggi pada pukul 1 pagi. Manakala, bas terakhir akan beroperasi pada pukul 11.45 malam setiap hari.

Sebanyak 23 trip bas dikendalikan dari Kuantan ke Kota Tinggi. Bas syarikat Maraliner beroperasi dari pukul 1 pagi manakala bas pertama syarikat Transnasional hanya bergerak dari Kuantan ke Kota Tinggi pada pukul 12.30 tengah hari.

Bas pertama Maju Express pulak mula beroperasi pada pukul 9 pagi. Jumlah tempoh masa perjalanan bagi laluan ini ialah dalam 5 jam 20 minit. Jumlah jarak perjalanan ialah dalam 286 km.

Pasir Mas

Antara syarikat bas yang sering menyediakan servis bas bagi laluan dari Pasir Mas ke Kota Tinggi ialah Transnasional dan Adik Beradik Express.

Bas pertama akan bergerak dari Pasir Mas pada pukul 10 pagi manakala bas terakhir meninggalkan destinasi ini pada jam 8 malam setiap hari. Hanya 5 trip bas disediakan bagi laluan ini per hari.

Jumlah masa perjalanan diambil untuk sampai ke Kota Tinggi ialah dalam 11 jam 23 minit. Jarak perjalanan bagi laluan Pasir Mas ke Kota Tinggi ialah sejauh 651 km.

Kemaman

Syarikat Adik Beradik Express, Transnasional, Maraliner dan Konsortium E-Mutiara menawarkan perkhidmatan bas berkualiti dari Kemaman, Terengganu ke Kota Tinggi, Johor.

Sebanyak 14 trip perjalanan ditawarkan untuk laluan ini. Bas pertama dan terakhir disediakan pada pukul 11.30 pagi dan 11.30 malam.

Jumlah masa perjalanan diambil untuk sampai ke Kota Tinggi ialah dalam 6 jam 30 minit. Manakala, jarak perjalanan antara Kemaman dan Kota Tinggi ialah dalam 354 km.

Mersing

Syarikat Maju Express, Maraliner serta Transnasional menawarkan perkhidmatan bas ke Kota Tinggi dari Mersing. Hanya 8 trip bas disediakan untuk perjalanan bagi laluan di atas.

Bas syarikat Maju Express mula beroperasi dari pukul 12 pagi. Manakala bas pertama dan terkahir bagi syarikat Maraliner hanya ditawarkan pada pukul 5.30 petang.

Bas pertama syarikat Transnasional beroperasi agak lewat sedikit iaitu pada pukul 4 petang. Jumlah masa diambil untuk sampai ke destinasi ialah dalam 1 jam 45 minit.

Jarak perjalanan antara Mersing dan Kota Tinggi ialah dalam 92 km sahaja.

Kota Bahru

Antara syarikat bas yang menjadi pilihan penumpang untuk perjalanan dari Kota Bahru ke Kota Tinggi ialah Adik Beradik Express, Perdana Express dan Transnasional.

Biasanya, bas pertama dan terakhir beroperasi pada pukul 8.30 pagi dan 8.15 malam. Jumlah trip bas dikendalikan oleh operator bas bagi laluan ini ialah sebanyak 21 trip.

as pertama syarikat Adik Beradik Express dan Perdana Express beroperasi pada pukul 8 malam dan 8.30 malam. Manakala bas syarikat Transnasional mula beroperasi dari 8.30 pagi setiap hari.

Purata masa perjalanan bagi laluan ini ialah dalam 11 jam lebih. Jarak perjalanan antara Kota Bahru dan Kota Tinggi ialah sejauh 641 km.

Terminal Bas Kota Tinggi

Terminal bas di Kota Tinggi dikenali sebagai Terminal Bas Kota Tinggi. Terminal ini menawarkan perkhidmatan bas serta teksi ke pelbagai destinasi untuk penduduk di sekitar Kota Tinggi.

Terminal ini menjadi pusat kaunter-kaunter tiket bas untuk membawa penumpang ke pelbagai destinasi di sekitar Semenanjung Malaysia.

Antara kemudahan disediakan di bangunan terminal bas Kota Tinggi ialah kaunter operator bas, tandas, tempat duduk untuk penumpang serta beberapa buah gerai untuk penumpang membeli barangan.

Selain itu, terdapat restauran dan kedai makanan berhampiran dengan terminal ini. Ini akan memudahkan penumpang yang ingin membeli barangan dan makanan.

Cara Book Tiket Bas

Penumpang boleh menggunakan portal online seperti Easybook.com, RedBus.my, CatchThatBus.com dan BusOnlineTicket.com untuk menempah tiket bas ke Kota Tinggi.

Kami sering gunakan applikasi online Easybook.com mungkin kerana sudah terbiasa menggunakkannya sejak ianya dilancarkan. Setakat ini belum ada pengalaman kurang best gunakan applikasi tersebut.

Selalin itu bas-bas express itu sendiri kebanyakannya memiliki portal mereka sendiri untuk memudahkan proses tempahan tiket secara online untuk penumpang-penumpang mereka.

Menerusi penempahan online, penumpang dibenarkan untuk memilih waktu perjalanan, syarikat bas serta tempat duduk dalam bas mengikut kesesuaian.

Keistimewaan ini tidak boleh dinikmati oleh mereka yang membeli tiket secara “last minute” di kaunter bas.

Kepada anda yang ingin membaca infomasi mengenai Kota Tinggi ‘Bandar Pelancongan Bersejarah’ ini boleh layar laman website rasmi Majlis Daerah Kota Tinggi.

Semoga perkongsian infomasi mengenai jadual bas dan harga tiket bas ke Kota Tinggi ini bermanfaat kepada anda. Marilah kita bersama-sama menyokong dan memperkasakan industri pelancongan dalam negara kita untuk manfaat bersama.

Informasi Berkaitan

Di mana boleh dapatkan jadual bas Larkin ke Kota Tinggi?

Ada berberapa syarikat bas express yang menyediakan perkhidmatan antara Larkin Bus Terminal dan Kota Tinggi antaranya ialah S&S International Express dan Mara Liner serta banyak lagi. Jadual bas boleh disemak secara online melalui applikasi online seperti Easybook.com dan busonlineticket.com.

Adakah terdapat perkhidmatan bas Bandar Penawar ke Kota Tinggi?

Ada. Antara bas yang beroperasi untuk laluan ini ialah Mara Liner. Harga tambang dan jadual bas boleh disemak guna applikasi online.

Adakah perkhidmatan untuk laluan bas Kota Tinggi ke Muar?

Anda boleh menaiki bas dari Kota Tinggi ke Terminal Bas Larkin dan kemudian ambil bas dari Larkin ke Muar.

Berapa harga tiket bas Kota Tinggi ke Seremban?

Bas express Transnasional biasanya menyediakan perkhidmatan untuk laluan Kota Tinggi ke Seremban. Harga tambang bas dari RM 30.00 sehala. Semak jadual bas guna applikasi online busonlineticket.com.

Adakah terdapat perkhidmatan bas dari Kota Tinggi ke Kulai?

Anda boleh ambil bas ke Terminal Bas Larkin dari Kota Tinggi dan kemudian ambil bas dari sana ke Kulai.