Cara Book Tiket Bas Online Di Easybook.com

Book tiket bas online di Easybook.com kini semakin popular di Malaysia. Ada juga baiknya kewujudan portal-portal beli tiket bas secara online seperti ini kerana ianya lebih memudahkan para pengguna bas.

Di sini kami kongsikan info cara-cara beli tiket bas melalui applikasi online dengan portal tersebut di bawah sebagai panduan anda.

Satu kelebihan beli tiket bas online ini ialah penumpang boleh check harga tiket dan jadual bas, seterusnya beli lebih awal, pilih tempat duduk, memilih jadual perjalanan bas dan mudah membuat perbandingan harga antara syarikat bas.

Book Tiket Bas Online

Beli tiket bas secara online guna apps Easybook.com

Teruskan membaca untuk panduan step-by-step menggunakan applikasi online.

Selain Easybook.com, terdapat berberapa applikasi lain yang menawarkan perkhidmatan yang sama seperti Redbus.my, Busonlineticket.com, eticketing.com, Catchthatbus.com dan juga syarikat-syarikat bas itu sendiri.

Kami biasa menggunakan Easybook.com kerana portalnya yang mesra pengguna dan pilihan bas yang lebih banyak ke semua destinasi di Malaysia.

Selain itu portal ini juga menyediakan kemudahan bayaran secara online banking seperti CIMB Clicks dan Maybank2u.

Ada yang tanyakan soalan seperti… “portal easybook.com ini bukan portal scam ke?” Persoalan ini juga kita akan jawab.

Sebelum itu mari kongsikan info lengkap cara-cara membeli tiket bas melalui applikasi online tersebut.

Cara Beli Tiket Bas Online Easybook.com

Sebenarnya pengguna portal ini tidak perlu risau kerana portal tersebut mesra pengguna. Senang sahaja untuk menggunakannya.

Jika anda ikut langkah-langkah yang diberikan dalam portal tersebut, anda tidak akan silap. Ambil masa untuk membuat pembelian dan jangan terburu-buru.

Hanya perlu ikut langkah-langkah di bawah.

#Langkah 1 – Layari portal Easybook.com

Langkah pertama, layari portal Easybook.com untuk mulakan proses booking tiket bas anda secara online.

Portal di bawah akan dipaparkan. Pilih ‘Bus Ticket’ masukkan info di ruangan ‘From’ dan ‘To’ di kotak yang disediakan dan klik ‘Seach for bus’.

Paparan mungkin akan sedikit berbeza jika menggunakan mobile phone tetapi maklumat yang perlu dimasukkan untuk beli tiket adalah sama.

Portal rasmi easybook.com untuk beli tiket bas online di Malaysia

#Langkah 2 – Pilih Bas (Depart Time / Seat / Harga Tiket Bas)

Selepas itu anda akan dibawa ke paparan yang seterusnya seperti di bawah. Untuk contoh katakan anda pilih bertolak dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Pulau Pinang (Penang).

Maklumat jadual perjalanan bas, nama syarikat bas dan harga tiket akan dipaparkan seperti di bawah.

Anda hanya perlu pilih masa perjalanan, syarikat bas dan harga tiket yang sesuai dengan anda dan klik butang ‘Select’.

Sila rujuk gambar contoh di bawah untuk lebih jelas.

Jadual perjalanan bas

#Langkah 3 – Pilih Tempat Duduk Dalam Bas

Selepas klik ‘Select’ anda akan dibawa ke paparan berikut seperti di bawah untuk pilihan tempat duduk anda nanti. Warna merah ‘occupied’ dan warna putih ‘available’.

Anda akan dapati bahawa anda berpeluang untuk pilih tempat duduk pada peringkat ini. Pilihlah tempat duduk yang anda rasa sesuai dengan anda.

Pilihlah tempat duduk yang anda suka dan klik ‘Continue’

#Langkah 4 – Maklumat Penumpang dan Pembayaran

Selepas anda klik butang ‘Continue’ anda akan dibawa ke paparan berikutnya iaitu mengisi maklumat penumpang di ruangan yang disediakan seperti di bawah.

Sila isikan semua maklumat yang diperlukan dengan tepat dan teruskan ke ruangan pembayaran seperti di bawah.

Pilihan pembayaran beli tiket bas online

Portal ini menyediakan 8 pilihan (option) pembayaran termasuklah menggunakan online banking, grabpay dan juga melalui outlet kedai 24 jam 7Eleven.

Ini menjadikan easybook salah satu applikasi online yang paling diyakini dan popular di Malaysia untuk tujuan pembelian tiket bas, feri dan KTM.

Selepas semua maklumat penumpang telah diisi dengan tepat dan anda dibawa ke paparan seperti di atas, anda hanya perlu klik ‘Pay Now’ untuk selesaikan proses pembelian tiket bas anda.

Nota: Sila pastikan anda masukkan email yang sah dan masih aktif di bahagian email address kerana maklumat tiket anda akan dihantar ke email tersebut.

Selepas anda mendapat email dari Easybook.com anda print (cetak) untuk rujukan di kaunter tiket di terminal bas nanti untuk dapatkan boarding pass (tiket).

Beli Tiket Bas Online Di Portal Syarikat Bas

Era IT yang semakin berkembang di Malaysia menyebabkan syarikat-syarikat bas juga ada menyediakan perkhidmatan pembelian tiket online di portal mereka sendiri.

Syarikat bas seperti Transnasional, Mutiara Express, Perdana Express dan Adik Beradik Express adalah antara syarikat bas yang ada menyediakan perkhidmatan tersebut.

Jika anda masih ragu-ragu untuk membeli tiket secara online, anda boleh sahaja beli di kaunter syarikat bas pilihan anda di terminal. Masalah yang mungkin akan timbul ialah kehabisan tiketĀ  terutama semasa musim perayaan.

Adakah Portal Easybook.com Scam?

Sekarang mari kita ke topik yang seterusnya. Untuk membuat semakan sama ada sesuatu portal itu scam atau tidak anda boleh melayari berberapa portal seperti website scamadviser.com dan scam.my.

Setakat ini tiada report atau laporan yang menjurus kepada kesimpulan yang easybook.com adalah scammer.

Memang ada berberapa aduan pengguna seperti tertinggal bas, bas tidak seperti yang diiklankan dan sebagainya tetapi itu bukan bermakna ianya scam. Itu lebih kepada kelemahan pengurusan pihak syarikat bas itu sendiri.

Perlu kita ingat easybook.com hanyalah portal tempahan tiket menghubungkan penumpang dan syarikat bas atau ferry. Yang akan sediakan perkhidmatan itu selepas menerima bayaran ialah syarikat bas tersebut.