Cara Tukar Nama Kereta Di JPJ Tanpa Pemilik Asal
Cara tukar nama kereta di JPJ tanpa kehadiran pemilik asal atau jika pemilik asal telah meninggal. Ada yang pernah ada pengalaman melalui situasi ini? Ramai yang ada masalah nie kan.
Kali ini kami ingin kongsikan dengan anda sedikit informasi cara tukar nama hak milik kenderaan di JPJ tanpa kehadiran pemilik (owner) asal atau jika owner asal telah meninggal.
Proses thumbprint JPJ tanpa pemilik baru atau lama ini penting kerana ramai yang tidak tahu mengenai tatacara urusan tukar nama kenderaan yang terkini.
Kalau tidak tukar nama nanti menyukarkan proses renew insurans kereta dan roadtax nanti.
Baca juga: Semakan Saman JPJ & Polis Trafik Online
Tahukah anda satu ketika dahulu jika anda ingin tukar nama kenderaan, kedua-dua pihak pemilik baru dan pemilik asal perlu hadir ke kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tandatangan borang pindah hak milik?
Kini proses telah ditambah baik.
Bukan senang untuk pastikan kedua-dua pihak pemilik baru dan pemilik asal dapat meluangkan masa bersama ke JPJ untuk proses tukar nama bukan.
Apatah lagi jika tinggal berjauhan.
Cara Tukar Nama Kereta Di JPJ
Pada masa kini untuk tukar nama pemilik kenderaan anda boleh pilih salah satu proses di bawah.
- Cara #1 – Membuat urusan pertukaran hakmilik kereta atau motosikal secara berasingan atau bergilir-gilir.
- Cara #2 – Membuat urusan pertukaran hakmilik kereta atau motosikal bersama, kedua pemilik asal dan baru hadir bersama.
Sila baca proses atau cara bagaimana proses pertukaran hak milik kenderaan tersebut di bawah.
Sebenarnya ianya tidaklah rumit sangat, yang penting tenang dan sabar menghadapi prosesnya.
Untuk kali ini kita cerita mengenai Cara #1 tadi. Anda akan melalui 6 langkah (steps) untuk proses tukar nama cara ini.
Langkah #1
Membuat proses pertukaran nama kenderaan secara berasingan atau bergilir-gilir.
Proses ini lebih mudah dan sesuai untuk pemilik baru dan pemilik asal yang sibuk atau berjauhan lokasi.
Melalui cara ini selepasa proses jual beli kenderaan selesai pemilik asak hanya perlu dapatkan salinan Kad Pengenalan (MyKAD) pemilik baru secara photocopy atau anda ambil gambar Kad Pengenalan (depan & Belakang) pemilik baru menggunakan mobile phone anda.
Selepas itu anda bolehlah serahkan geran / Kad kenderaan kepada pemilik baru.
Untuk kereta pemilik asal perlu menjalankan pemeriksaan PUSPAKOM terlebih dahulu dan kemudian selepas itu pemilik asal bawa salinan PUSPAKOM ke kaunter JPJ.
Langkah #2
Kunjungi kaunter JPJ yang terdekat dengan anda (tanpa kehadiran pemilik baru) dan dapatkan Borang JPJK3(Pind. 1/2014) – Borang Penyata Pertukaran Milikan Kenderaan Motor secara sukarela oleh Pemunya Berdaftar / Pemunya Baru.
Rujuk gambar di bawah.
Langkah #3
Isikan borang tadi dengan lengkap. Isikan maklumat pemilik asal pada ruangan atas dan maklumat pemilik baru pada ruangan bawah.
Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat.
Langkah #4
Ambil nombor giliran dan serahkan borang yang telah lengkap diisi dan Kad Pengenalan kepada pegawai JPJ. Maklumkan bahawa anda hendah tukar hak milik kereta / motorsikal.
Pegawai JPJ tersebut akan minta anda untuk THUMB PRINT untuk pengesahan dan setelah selesai slip Rujukan Tukar Hak Milik akan diberikan kepada anda.
Langkah #5
Pemilik Baru akan dapatkan borang yang sama untuk memohon pertukaran nama / hak milik kenderaan. Serahkan Rujukan Tukar Hak Milik kepada pegawai JPJ.
Pemilik baru akan diarahkan untuk THUMB PRINT untu pengesahan sebagai pemilik baru. Setelah selesai Sijil Pemilikan Kenderaan akan dicetak oleh pegawai JPJ.
Langkah #6
Selepas anda mendapat Sijil Pemilikan Kenderaan, anda bolehlah beli insurans kereta / motorsikal yang baru atas nama anda sendiri.
Anda juga boleh terus minta pegawai JPJ tadi untuk buatkan insurans kereta dan roadtax yang baru pada ketika yang sama.
Mudah sahaja sebenarnya prosesnya. Proses tukar nama kenderaan lebih mudah sekarang ini berbanding sebelumnya.
Semoga perkongsian mengenai cara tukar nama kenderaan di JPJ dan juga proses thumbprint JPJ tanpa pemilik baru atau lama ini bermanfaat kepada anda.
Kalau masih bermasalah, eloklah mendapatkan nasihat dari JPJ elok-elok dan terperinci agar masalah tukar nama kenderaan anda dapat diselesaikan.
Ramai juga yang malas atau tidak mempunyai masa yang terluang untuk berurusan dan lebih gemar menggunakan khidmat ‘runner’.
Informasi Berkaitan
Boleh runner atau atau tidak? Anda boleh berhubung terus dengan runner yang anda kenal jika mereka boleh uruskan untuk anda.
Kosnya bergantung kepada sama ada anda uruskan semua proses sendiri atau guna runner. Ini kerana sebelum tukar nama, kederaan anda mestilah menjalani pemeriksaan PUSPAKOM terlebih dahulu.
Untuk sesi pemeriksaan PUSPAKOM kereta anda mestilah dalam keadaan tip-top (bebas dari masalah kerosakan dan teknikal).
Jika ada kerosakan / modifikasi anda perlulah hantar ke bengkel kereta terlebih dahulu untuk membaikinya sebelum ke PUSPAKOM.
Kos dari pemeriksaan PUSPAKOM, bayaran tukar nama, beli insurans dan roadtax baru itu terpulang kepada keadaan semasa kederaan dan juga CC / model kenderaan anda.
Pemilik asal dan pemilik baru perlu ke JPJ untuk tandatangan (thumb-print).
Boleh tetapi tinggi risiko kepada pemilik asal dan pemilik baru. Contoh, jika pemilik baru gunakan kereta anda untuk perkara-perkara yang menyalahi undang-undang anda yang akan dicari pihak berkuasa kerana kereta tersebut masih berdaftar atas nama anda.
Ada banyak sebab lain lagi selain dari itu. Biasanya bank tidak galakkan anda menjual kereta atas nama anda yang belum habis bayar.
Walau bagaimanapun banyak kes semasa pemilik kereta menjual kereta kepada orang lain atau dalam erti kata lain ‘sambung loan’.
Bermaksud, pemilik baru sambung bayar kereta anda seperti biasa tetapi kereta tersebut masih atas nama anda (pemilik asal) di bank.
Untuk proses tukar nama, biasanya kenderaan mestilah sudah habis bayar dengan bank.
Bank biasanya akan keluarkan release letter / makluman kepada JPJ selepas kereta tersebut sudah habis dibayar.
Mungkin atas kes-kes tertentu ada kelongaran tetapi anda mestilah berhubung terlebih dahulu dengan pihak bank yang membiayai pembelian kenderaan anda sebelum tukar nama pemilikan kenderaan yang bolehm habis bayar
Biasanya boleh. Tetapi jika anda ingin memandu kereta anda, maka anda perlulah memiliki lesen memandu yang masih aktif dan sah.