Permohonan & Semakan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN
Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN permohonan dan semakan status. Mesti ramai yang nak tahu pasal WPP nie.
Baru-baru ini keputusan UPU telah pun dikeluarkan dengan rasminya iaitu keputusan penempatan bagi pelajar-pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Kepada yang telah mendapat tempat di universiti walau apa bidang sekalipun kami ucapkan tahniah dan selamat menempuh dunia pengajian yang seterusnya.
Sebelum ini untuk membantu memudahkan anda kami ada membuat himpunan senarai biasiswa terkini di Malaysia untuk pelajar.
Anda digalakkan untuk membacanya, manalah tahu ada antara scholarship tersebut yang sesuai dengan anda.
Bila bercerita mengenai kemasukan universiti ini pasti setiap pelajar sedia maklum dengan yuran pendaftaran yang perlu dibayar oleh pelajar apabila memasuki universiti.
Berita baik kepada pelajar-pelajar yang bakal melanjutkan pengajian di luar sana, anda kini tidak perlu bimbang dengan yuran pendaftaran bagi kemasukan universiti anda dengan adanya wang pendahuluan pinjaman PTPTN (WPP).
Wang pendahuluan ini boleh membantu anda untuk membiayai yuran pendaftaran universiti anda.
Untuk menjelaskan lagi, berikut kami kongsikan beberapa maklumat berkenaan dengan kemudahan bantuan dari PTPTN ini.
Apa Itu Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN?
Wang pendahuluan pinjaman PTPTN selepas ini kita akan rujuk sebagai WPP adalah sejumlah wang pendahuluan yang ditawarkan kepada pelajar IPTA yang berkelayakan bagi memudahkan proses kemasukan pelajar ke IPTA.
WPP PTPTN ini adalah wang pendahuluan yang berjumlah RM1,500.
Bukan itu sahaja, wang tersebut juga akan diberikan kepada pelajar yang layak sebelum mereka mendaftarkan diri di institut pengajian tinggi.
Untuk pengetahuan anda, pemotongan RM500 bagi setiap semester akan dibuat daripada jumlah pinjaman PTPT secara automatik bagi Pinjaman yang diluluskan.
Permohonan WPP
Permohonan WPP dibuat berdasarkan pengesahan setuju terima WPP yang telah dibuat semasa permohonan kemasukan ke IPT sama ada melalui portal UPU atau IPT itu sendiri.
Sila rujuk portal rasmi PTPTN berkenaan WPP untuk maklumat lebih terperinci.
Syarat Kelayakan Permohonan
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang diperlukan bagi melayakkan pelajar menerima WPP.
- Penjaga ataupun pelajar mestilah merupakan penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR).
- Pelajar hendaklah merupakan warganegara Malaysia.
- Pelajar telah mendapat tawaran pengajian bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di mana-mana universiti awam dan politeknik.
- Pelajar tidak mempunyai hutang WPP.
Cara Semakan WPP
Berikut dikongsikan langkah mudah cara check Wang Pinjaman Pendahuluan PTPTN berkenaan status permohonan WPP bagi memudahkan anda.
Semakan boleh dibuat melalui online di portal rasmi PTPTN pada pautan berikut: www.ptptn.gov.my
Selain itu makluman melalui SMS dan emel juga dibuat berdasarkan nombor telefon dan alamat emel yang didaftarkan semasa permohonan kemasukan ke IPT.
Cara Mengambil WPP PTPTN
Bagaimanakah kaedah penunaian WPP? Kalau dah dapat tawaran dan perlukan wang tersebut mesti nak tunaikan, betul tak?
So, macam mana caranya mengambil WPP PTPTN tersebut?
WPP boleh ditunaikan oleh pelajar di mana-mana kaunter Bank Islam. Bawa bersama dokumen berkaitan dengan WPP.
Tak susah bukan. Apapun jika anda tidak wang tersebut, lebih baik jangan tunaikan kerana ianya nanti akan menjadi sebahagian dari hutang PTPTN anda.
Cara Menolak Wang Pendahuluan PTPTN
Terdapat segelintir pelajar yang mengalami masalah di mana mereka tidak memerlukan WPP ini tapi telah pun mendapat tawaran.
Terdapat beberapa sebab mengapa pelajar ingin menolak tawaran WPP ini antaranya ialah tidak ingin berhutang dengan PTPTN ataupun tidak ingin melanjutkan pengajian.
Jadi bagaimanakah cara sebenar untuk menolak tawaran WPP?
Mudah sahaja sebenarnya, apa yang anda perlu lakukan adalah dengan tidak menghiraukan tawaran tersebut dengan cara tidak menunaikan surat tawaran WPP tersebut.
Lebih-lebih lagi untuk menunaikannya di bank Islam. Pastikan anda tidak melakukan hal tersebut jika anda ingin menolak tawaran WPP.
Mudah bukan? Berikutlah sedikit penjelasan berkenaan WPP yang ditawarkan untuk membantu pelajar membiayai pengajian mereka.
Semoga sedikit informasi mengenai permohonan dan semakan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN ini membawa manfaat kepada anda.
Kepada mereka yang bakal melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi kami ucapkan All The Best!