XM FOREX: XM Forex Penipu Percaya Atau Tidak? Wajib Baca!
Sejak akhir ini ramai yang berminat untuk belajar berniaga dalam forex. Antara platform forex yang popular di Malaysia ialah XM forex.
Masalahnya ialah adakah anda yakin dengan satu-satu platform forex itu? Ini penting kerana jika anda tersilap, akibatnya mungkin tidak begitu baik.
Ramai tanya, XM ini penipu atau tidak? Kita tiada jawapan tuntas tetapi kami ada buat sedikit penelitian mengenai perkara ini.
Jika anda ada masa, bolehlah baca sedikit hasil penelitian kami untuk memberi gambaran mengenai XM Forex Malaysia.
XM Forex Penipu Percaya Atau Tidak? Perkataan “forex penipu” atau “penipuan forex” sering muncul jika anda taip perkataan ‘forex’ dalam carian google.
Persoalan utama di sini ialah, apakah benar broker-broker forex penipu atau isu ini sebenarnya timbul disebabkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab membuat penipuan dan berselindung di sebalik nama forex?
Anda dipelawa untuk menyertai XM Forex Malaysia Partner Program di mana anda akan berpeluang menjana pendapatan melalui online sebagai XM Affiliates. Daftar di sini
Sebenarnya siapa yang menjadi penipu?
Jika semua broker forex dianggap penipu, siapakah yang benar?
Silakan baca sampai habis semua bukti-bukti di bawah untuk membuktikan perniagaan pasaran forex yang sebenar tidak menipu malah sebenarnya pasaran forex adalah lubuk wang kepada mereka yang mempunyai pengetahuan dan maklumat yang betul.
Ramai yang sedar bahawa pernah di viral di Facebook dan online media tentang penipuan Forex di Malaysia yang melibatkan jumlah yang agak besar, jutaan ringgit.
Melihat berita tersebut tentu kita akan kecut perut dan berfikir, adakah perniagaan forex ini boleh dipercayai dan selamat atau tidak.
Soalan pertama yang kita perlu tanya ialah adakah penipuan itu didalangi oleh broker forex atau oleh pihak-pihak yang cuba mengaut keuntungan dan kekayaan menggunakan sistem piramid tetapi berselindung di sebalik nama forex?
Berita seperti ini sering muncul dari masa ke semasa, tetapi kepada yang tahu apakah forex yang sebenar tentu anda mempunyai pernilaian tersendiri.
Buat masa ini blog ini tiada list atau daftar forex penipu kerana belum membuat penelitian secara menyeluruh setiap broker forex yang ada di Malaysia (saya akan tulis mengenai topik ini nanti) untuk semua broker-broker forex yang ada di Malaysia.
Antara yang sering ditanya ialah apakah Insta Forex penipu, adakah XM Forex penipu? Ini antara soalan-soalan yang sering ditanya oleh mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia forex.
Saya sendiri adalah forex trader selama berberapa tahun dan setakat ini belum pernah pula saya rasa tertipu. Mungkin sebab saya trade dengan jumlah yang banyak.
Tetapi sama ada jumlah besar atau tidak jika ada unsur penipuan kita tetap kata itu adalah penipuan dan ianya akan dapat dikesan jika ada unsur penipuan.
Baca juga: Mengapa XM Forex Malaysia Adalah Yang Terbaik Untuk Trader Baru
Sebenarnya kita tidak perlu terlalu fobia atau takut dengan forex kerana walaupun banyak penipuan berlaku, ianya terjadi kerana anda tidak membuat research/penyelidikan terlebih dahulu.
Ada masanya anda fikir pelaburan yang anda sertai itu adalah pelaburan forex tetapi anda tidak sedar sebenarnya anda sedang terlibat dengan sistem piramid dan bukannya dalam pasaran forex.
Bagaimana anda boleh kena tipu dalam Forex?
Berita penipuan forex di Malaysia yang sering dilaporkan oleh media massa menyebabkan saya membuat penyelidikan agak mendalam ke atas XM Forex Malaysia sebagai study case.
Perlu saya jelaskan saya adalah pengguna broker XM Forex ini untuk trading forex sejak 3 tahun lalu.
Masa itu saya juga sering terfikir dan was-was adakah forex ini adalah penipuan.
Walau bagaimanapun terima kasih kepada tunjuk ajar yang banyak saya pelajari dari buku-buku seperti dari Hunter’s Field Guide To Forex dan juga 50 PIPS A Day Forex Strategy yang banyak membantu saya memahami pasaran forex dan menjadi forex trader sehingga sekarang.
Saya sempat bertanyakan seorang kawan yang juga merupakan forex trader sudah bertahun-tahun dan beliau memberi ulasan seperti berikut:
Recently, there have been a number of “money-scheme” companies which have been in the news for cheating people out of their hard-earned money. All these companies are said to be involved in forex investment.
I am posting this just to set the record straight because these companies are giving legitimate forex trading a bad name.
Firstly, illegal money schemes have been around since 1899. All these schemes share the same characteristics:
– Absurdly high rate of return (30% per month, some even 12% per day!)
– Different background stories of how they make money (gold, casino, forex trading, share trading, internet business, etc) but they do not do any business at all.
– Need to recruit new members all the time. This is because all the money comes from new members to pay the previous members.Stay away from this kind of companies if you want to keep your money and sanity.
Next there is the MLM (multi level marketing) or direct selling industry. Not everyone likes this business model but at least, this one is a legitimate business that has actual sales of products. I have a few friends doing well in this and it is a good way to earn part-time income if you like this.
Next there is real forex trading. How do you differentiate this from the money schemes supposedly to be investing in forex? Real forex traders have all these characteristics:
– They do not give money to a company but do their own trading (buy and sell orders) through licensed brokers.
– No fixed monthly dividends.
– No guarantee of making money. You can lose as easily as you win. However, skilled traders win more than they lose consistently, hence making long-term profits. I know at least two friends who are professional forex traders doing this full-time as a living.Last but not least, there is the internet business model. Again, you don’t need to give money to a company to “invest” for you.
Selain itu mari lihat apa yang dilaporkan di ABS-CBN News mengenai isu yang sama dan bagaimana mengenal pasti pihak-pihak yang berselindung di sebalik nama baik pasaran forex.
Menurut Mr.Salve Duplito, seperti yang dilaporkan dalam ABS-CBN News, terdapat 3 ciri utama forex broker tersebut penipu (scam) atau tidak.
Menurut beliau ciri disenaraikan di bawah adalah ciri utama broker forek yang penipu atau bertujuan untuk menipu.
Hanya 3 ciri utama dan tidaklah susah sangat untuk mengingati ciri-ciri ini. Semasa saya mendaftar untuk menjadi forex trader saya memerhati dan meneliti ketiga-tiga ciri di bawah.
1. High fees for seminars and high commission fees.
Disini kita boleh melihat dengan jelas bahawa forex broker tersebut memang dari awal hendak mengaut keuntungan yang tinggi terhadap anda kerana forex broker penipu biasanya tidak merancang untuk kekal lama dalam pasaran.
2. Brokers are promising guaranteed returns.
Dalam perniagaan forex (forex trading) tiada istilah keuntungan tetap atau pendek kata sentiasa untuk.
Bergantung kepada kepakaran dan perubahan semasa pasaran saham, sentiasa turun naik tidak menentu dan ada kalanya berlaku kerugian mendadak dalam jangka masa yang amat singkat tanpa dijangka.
Mana-mana forex broker yang menjanjikan keuntungan pasti sudah tentu susah dipercayaai memandangkan pasaran matawang (forex) adalah pasaran yang amat kerap berubah, malah berubah setiap saat.
3. The company is registered in tax havens like New Zealand and Indonesia.
Adalah agak menimbulkan sedikit keraguan jika ada broker forex yang ditubuhkan di negara-negara seperti New Zealand dan Indonesia.
Selain dari memerlukan kepakaran yang tinggi, mengurus forex trading platform memerlukan ianya ditubuhkan di negera-negara yang memang terkenal sebagai pusat kewangan antarabangsa.
Menurut Justin Jung, Chief Executive Officer dari MetisEtrade;
“I told my employees, if you come here thinking that I’m going to teach you the trading secret that can make you a millionaire, you’re wrong. I cannot give you that. I don’t think Manny Pacquiao can make someone to be a world champion. They can teach them the way to train and the discipline. But they cannot make them a champion. Same way, no market expert can make other people the expert in trading. They can only give guidelines, more than 90 percent should be done by yourself,”
Ini bermaksud jika ada pihak atau individu yang menawarkan janji pulangan kewangan yang tinggi ke atas pelaburan anda maka dinasihatkan anda berhati-hati dan fikir dua kali sebelum terlibat dengan pelaburan sedemikian.
Adakah XM Forex Malaysia Penipu?
Sebenarnya selain dari 3 ciri-ciri broker forex penipu di atas, kita sendiri juga boleh membuat penyelidikan sebelum mendaftarkan diri sebagai pengguna mana-mana forex broker (platform) untuk trading forex.
Saya juga telah melakukan hal yang sama 3 tahun lalu sebelum membuat pendaftaran dengan XM Forex Malaysia untuk melakukan forex trading online.
Antaranya ialah dengan membuat semakan online melalui www.forexfraud.com dan juga http://scamtest.biz yang selalu menjadi rujukan umum oleh penggunan laman web di seluruh dunia.
Saya selalu merujuk kedua-dua website tersebut sebelum membuat hubungan/perniagaan atau menjadi ahli kepada mana-mana perniagaan online selama ini.
Kajian yang dilakukan oleh www.forexfraud.com ke atas XM Forex amat mengalakkan dan tidak menunjukkan bahawa XM Forex Malaysia adalah penipu.
Berikut adalah hasil/kesimpulan yang telah diambil oleh website tersebut:
The staff at XM (TradingPoint) is committed to satisfying your every need with integrity, transparency, and the determination to serve you well. The firm has quickly passed through its early development stage, as evidenced by the preponderance of favorable reviews, falling into the “7 out of 10” region of the scale, from satisfied customers on Internet review sites. The benefits of choosing this broker are clearly stated on the Home page of their website:
• Licensed in the EU
• Tight Spreads from 1 Pip
• Flexible Leverage up to 888:1
• No Commissions
• $30 + Deposit Bonus up to $5,000
• 24 Hour Support
• No Re-quotes
• Fast and Easy Withdrawals
• Personal Account Managers
• Automated Trading
• Phone Trading
Mereka merumuskan bahawa XM Forex Malaysia bukanlah forex broker penipu malah…“Very very very Great and active support team”. Dan inilah yang kita perlukan dari forex broker yang akan kita sertai untuk forex trading.
Berminat untuk trading forex? Daftar akaun di XM Forex di sini XM FOREX REGISTER
Begitu juga laporan yang dibuat oleh scamtest.biz salah satu penganalisa website yang terkenal dan dipercayai ramai di seluruh dunia.
Demikian menurut laporan analisa yang dibuat oleh scamtest.biz ke atas XM Forex Malaysia;
The broker XM to the merchant opens up a wide range of tradable leverage products, even if the selection is manageable within the categories. Whoever finds his product here has with XM but a solid and serious partner with fair conditions. Additionally, it features a number of security levels, to limit the losses in this risky market segment. This «safety» may be very important for beginners although its use is not mandatory, of course.
Jelas di sana perkataan “Safety” dan ianya amat dititikberatkan dalam XM Forex. Ini sekali lagi menunjuknan bahawa XM Forex bukanlah penipu seperti mana di jangka dan difikirkan oleh sesetengah orang.
Sepanjang masa saya trading forex menggunakan platform XM Forex Malaysia, saya belum pernah rasa pernah ditipu setakat ini, dan ini menguatkan pendapat peribadi saya bahawa XM Forex bukanlah broker forex yang penipu.
Adakah Forex Adalah Penipuan?
Kita telah melihat berberapa analisa di atas tetapi belum yakin bahawa trading forex bukan penipuan. Sebenarnya sudah ramai orang yang telah berjaya mencipta kekayaan dalam pasaran forex ini.
Walau bagaimanapun tentu ada sahaja pihak yang mengambil kesempatan ke atas pasaran forex yang menguntungkan ini untuk membuat penipuan atas nama forex atau berselindung disebalik nama itu memandangkan forex adalah perniagan terbesar di dunia ketika ini dengan jumlah transaksi berbilion dollar setiap hari/minggu.
John Russell dalam tulisannya di TheBalance.com berkata ..
“Forex is not a scam, but there are plenty of scams associated with forex. Regulators have significantly caught up to the scammers over the years, making them increasingly rare. Scams are a big problem faced by everyone in the forex industry. As with any new industry, there are plenty of people out there looking to take advantage of newcomers.
Forex itself is a legitimate endeavor. Forex trading is a real business that can be profitable, but it must be treated as such”.
Jelas memang forex bukanlah penipuan tetapi ada pihak mengambil kesempatan ke atas individu yang berminat dengan forex yang kurang maklumat mengenainya.
Hasilnya ramai yang terjebak dengan penipu-penipu yang berselindung di sebalik nama forex.
Bagaimana Mengelak Dari Penipuan Forex?
Kita telah berbincang panjang mengenai adakan XM Forex penipu atau tidak dan kita telah melihat berberapa analisa dan pandangan dari pakar dalam bidang pasaran forex.
Sekarang bagaimana pula untuk mengelak dari terjebak atau terjerumus ke dalam penipuan atau supaya tidak ditipu atau tertipu?
Jawapannya adalah cukup senang. Anda kena berhati-hati dan buat kajian sebelum terlibat dengan mana-mana broker forex.
Sebelum saya menyertai XM Forex Malaysia, saya telah membuat penyelidikan/reserach yang mendalam dan menyeluruh.
Berikut adalah berberapa tips untuk mengelak dari tertipu dalam bidang pasaran forex.
a. Semak/check dimana lokasi ibupejabat (headquarters) forex broker tersebut.
Dalam tempoh 5 hingga 10 tahun ini berlaku banyak perubahan dan peraturan baru untuk mengawal operasi sistem pasaran saham terutamanya di negara-negara seperti US dan UK.
b. Berhubung dan berbual secara langsung dengan wakil broker yang ingin anda sertai.
Biasanya semua broker yang sah seperti XM Forex Malaysia mempunyai staff khas yang anda boleh chat secara LIVE untuk bertanyakan apa-apa maklumat yang anda perlukan.
Anda boleh tanyakan soalan-soalan seperti berapa lama sudah mereka beroperasi, berapa negara mereka mempunyai operasi dan ahli. Sebaiknya sertai forex broker yang mempunyai wakil di negera anda supaya senang berhubung dan berurusan.
XM Forex adalah salah satu forex broker yang amat popular di Malaysia dengan ahli yang amat ramai dan mempunyai wakil tetap yang boleh anda hubungi.
Aku Rasa Telah Ditipu, Apa Harus Dibuat?
Ini soalan yang baik dan sudah tentu ramai antara kita yang pernah rasa tertipu dan ingin tahu apa tindakan yang perlu dibuat.
Berberapa ketika dulu semasa baru berjinak-jinak dengan dunia forex sebenar, saya juga pernah mengalami perasan sedemikian bilamana semua trade yang saya buat semua rugi kerana pasaran tidak bergerak menurut apa yang saya harapkan akan berlaku.
Posisi trading forex saya pada awal-awal bermain forex semua rugi sehingga beribu-ribu dolar.
Memang pedih dan berat tetapi kerugian-kerugian awal itu juga yang mendidik saya mengenai teknik forex yang sebenar dan membina keyakinan untuk trade forex selepas itu.
Berbalik kepada apa yang perlu dibuat, sebenarnya tak banyak yang anda boleh buat selain bersabar dan redha dengan apa yang sudah berlaku dan tidak mengulangi kesilapan terdahulu.
Bergantung kepada dimana anda berada atau di negara mana anda tinggal, anda kena melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Kalau di Malaysia, anda boleh membuat laporan polis, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau juga kepada kepada pihak Bank Negara untuk membuat siasatan terperinci.
Ini untuk membolehkan pihak berkuasa sentiasa memantau broker-broker forex supaya mereka beroperasi dengan teratur dan tidak menipu pelanggan mereka.
Apakah Trading Forex Menguntungkan?
Semua hasil analisa dan hujah di atas menjurus kepada kesimpulan bahawa XM Forex Malaysia bukanlah penipu dan antara broker forex yang paling boleh dipercayai di Malaysia setakat ini, berdasarkan laporan pengguna antarabangsa dan juga reputasinya di Malaysia.
Setakat ini XM Forex adalah satu-satunya forex broker di Malaysia yang banyak memberi latihan dan kursus teknik forex kepada orang ramai.
Sekarang persoalannya ialah apakah trading forex menguntungkan? Ini soalan yang sering ditanya oleh mereka yang baru berkenalan dengan dunia trading forex.
Ramai pengguna di negara Indonesia sering bertanya soalah ini dan tentu sekali jawapannya juga banyak dibincangkan.
Jawapan saya ialah YES! trading forex menguntungkan dan adalah satu kerugian jika anda tidak mencuba nasib dalam lubuk menjana wang dari trading forex.
Tunggu dulu! Anda perlukan skill, kemahiran, pengetahuan dan kawalan mental yang tinggi jika ingin trading forex. Paling penting ialah disiplin diri.
Adakah perdagangan atau trading Forex menguntungkan? Soalan ini telah dibahaskan sejak sekian lama dan ianya masih dibahas dan ditanya sehingga hari ini.
Ini adalah disebabkan oleh hakikat bahawa ramai pelabur mengalami kerugian dan kejayaan Forex tidak seperti yang mereka bayangkan, dan pengalaman ini telah menciptakan keraguan mengenai fungsi trading forex sebagai sebagai pilihan pelaburan.
Walau bagaimanapun, bagi pasaran yang berdagang dengan jumlah sekitar $ 5 trilion setiap hari, ini memberi gambaran yang amat jelas dan besar bahawa terdapat forex trader yang mencipta keuntungan dari Forex, jika tidak, pasaran Forex akan menjadi tidak popular dan akhirnya lenyap begitu sahaja.
Sebenarnya soalan yang harus ditanya ialah bukan sama ada Forex menguntungkan atau tidak, tetapi bagaimana untuk trading Forex yang menguntungkan dan bagaimana untuk menjadikannya konsisten menguntungkan.
Mengapa XM Forex Malaysia Menjadi Pilihan?
Mungkin anda tertanya-tanya mengapa saya dan beribu-ribu pengguna atau forex trader di Malaysia menggunakan XM Forex Malaysia berbanding broker forex yang lain.
Seperti mana yang tersenarai di bawah, 12 keistimewaan ini yang telah menarik minat saya untuk mendaftar sebagai forex trader di XM Forex.
Pada mulanya memang agak sukar memahami terutama untuk orang baru tetapi broker ini mempunyai perkhidmatan bantuan pelanggan 24 jam di lebih 20 bahasa.
Kemudahan ini banyak membimbing dan menyelasaikan masalah dan kemuskilan pengguna baru.
- Download dan Install MetaTrader secara percuma
- Memasuki pasaran/trading forex secara online real-time
- Mensimulasikan trading forex demo anda supaya ia kelihatan 100% sebenar
- Menguji dan memperbaiki strategi trading anda
- Ikuti perkembangan pasaran
- Menggunakan khidmat Penasihat pakar (EA) yang menjalankan membeli buy / sell untuk anda secara automatik
- Mempunyai sokongan teknikal dalam talian sepenuh masa lebih 20 bahasa
- Menguruskan akaun anda dengan selesa dan mudah
- Mempunyai akses kepada lebih 30 penunjuk teknikal untuk menganalisis harga pasaran
- Menjalankan banyak posisi trade atau dagangan pada masa yang sama
- Trade di pelbagai mata wang seluruh dunia
- Mengambil kesempatan menggunakan ciri-ciri perdagangan satu klik (one-click trading feature)
XM Forex Malaysia Demo Account
Sebenarnya anda boleh bermula dengan mendaftar sebagai pengguna Demo Account sahaja dulu. Anda boleh berbuat demikian diapplikasi demo akaun.
Melalui demo akaun ini anda akan dibenarkan trade forex seperti wang sebenar, bezanya yang anda gunakan di demo akaun ialah “Virtual Money”.
Ianya selamat untuk anda berlatih trading kerana anda untung atau tidak tidak melibatkan nilai wang yang sebenar.
Anda boleh praktis teknik-teknik trade forex dan berlatih mengawal mental anda di bahagian demo akaun ini.
Apabila anda sudah pakar dan yakin dengan pengalaman dan pengetahuan trading forex anda boleh beralih ke ‘Real Account” pada bila-bila masa.
Platform Forex Trading Di XM Forex
Yang bestnya XM Forex ini ialah anda boleh trade di mana-mana anda berada dan pada bila-bila masa.
Anda hanya perlu download perisian applikasi XM Forex Trading Platform ke dalam PC anda atau smartphone anda.
Sebagai seseorang yang sentiasa sibuk dan travel sini sana, download dan install trading platform dalam smartphone, notebook atau iPad anda adalah pilihan yang amat sesuai.
Untuk paparan yang lebih besar, menggunakan iPad adalah amat ideal.
Anda bolehlah pilih mana-mana iPad murah yang dijual online di Malaysia dan menjadikannya alat untuk anda trading forex di mana-mana anda berada dan pada bila-bila masa sahaja.
Apa Yang Telah Saya Pelajari?
Ada berberapa pengajaran dan pelajaran yang telah saya pelajari dalam perbincangan topik XM Forex Penipu kali ini.
- Forex Trading adalah amat menguntungkan jika anda tahu cara dan teknik melakukannya
- Ada begitu ramai orang diluar sana yang tidak dapat membezakan forex trading yang baik/betul dan yang bertujuan hanya untuk menipu. Anda harus berhati-
- XM Forex adalah yang paling baik, popular dan diminati ramai trader forex di Malaysia.
- Adalah penting malah SANGAT PENTING untuk membuat penyelidikan terperinci sebelum anda mendaftar dengan mana-mana broker forex di luar sana selepas ini.
Nah… jika anda sedang berfikir untuk mencari platform forex terbaik. XM Forex adalah yang terbaik setakat ini. Forex ini anda perlu banyak belajar, belajar dan belajar. Anda juga kena sentiasa tenang dan bersabar. Ini buka skim cepat kaya.