Harga Tiket Wayang MBO & Promosi Terkini

Harga tiket wayang MBO terkini untuk panduan peminat-peminat wayang. Suka menonton wayang di pawagam? Mesti best menonton filem di skrin besar dengan sistem bunyi besar di bilik gelap sambil menikmati popcorn sedap. Sekarang ini pula pawagam sudah dibenarkan dibuka dengan kapasiti penonton terhad.

Pernah menonton wayang di MBO? MBO atau nama penuh dikenali sebagai MCAT Box Office Sdn. Bhd merupakan salah sebuah rantaian pawagam popular di Malaysia.

MBO merupakan syarikat pawagam ketiga terbesar di Malaysia selain GSC dan TGV. Terdapat 26 rangkaian pawagam MBO di Malaysia dan yang paling terbaru dibuka di Johor Bahru.

Baca juga: Harga tiket naik Cable Car di Genting Highland

Harga Tiket Wayang MBO Terkini

Biasanya harga tiket wayang bukan sahaja bergantung pada filem pilihan malahan mengambil kira jenis bilik pawagam dipilih.

Ketika menempah tiket wayang, biasanya mempunyai pilihan sama ada hendak tempat duduk khas seperti MXD4 dan Big Screen atau tempat duduk biasa (Standard 2D).

Bilik pawagam yang eksklusif dengan ciri- ciri khas seperti Premier berharga lebih mahal berbanding dengan pawagam jenis biasa seperti Standard 2D.

Berikut merupakan anggaran harga tiket wayang di pawagam MBO per tempat duduk.

Harga tiket wayang boleh berubah bergantung pada promosi ditawarkan oleh syarikat pawagam MBO. Untuk maklumat tepat tentang harga tiket, sila layari laman sesawang diberikan.

  • Standard 2D – (RM 6- RM 34)
  • Standard 3D – (RM 12- RM 34)
  • MXD4 – (RM 25- RM 32)
  • Big Screen – (RM 13- RM 43)
  • Premier – (RM 28- RM 50)
  • KECIL – (RM 9- RM 20)
  • Onyx – (RM 11 – RM 20)

Maklumat terkini ini boleh juga anda semak di laman website rasmi MBO. Biasanya mereka akan ada promosi-promosi khas dari masa ke semasa.

Harga Tiket Untuk Pelajar (Student Price)

Adakah anda masih belajar? Jika ya, anda sangat beruntung. MBO menawarkan tiket wayang dengan kadar RM 9.00 sahaja untuk para pelajar. Harga tiket ini hanya sah dari Isnin hingga Jumaat dari masa 10 am hingga 6 pm.

Para pelajar boleh menikmati semua filem di pawagam MBO dengan harga murah dengan syarat pelajar perlu membawa kad pelajar sewaktu membeli tiket di kaunter.

Bagi pelajar yang berumur bawah 18 tahun, anda dikehendaki menunjukkan MyKad sebagai pengesahan untuk mendapatkan harga tiket pelajar.

Ingat, keistimewaan ini tidak sah semasa cuti awam. Mungkin kerana masa itu ramai pelanggan kerana hari cuti.

Promosi “Happy Wednesday”

Pernah dengar promosi “Happy Wednesday” di MBO? Hari Rabu merupakan hari sangat special dalam kalangan ahli MBO ALLSTAR.

Ahli ALLSTAR merupakan pelanggan MBO yang berdaftar dalam kelab STARCLUB di MBO.

Semua ahli ALLSTAR boleh mendapatkan tiket wayang dengan harga RM 9 sahaja pada setiap hari RABU.

Mereka turut boleh menikmati keistimewaan ini hanya dengan menempah tiket di laman web MBO, kaunter box office atau menerusi aplikasi telefon MBO.

Bagi mereka yang membeli tiket di kaunter Box Office, anda dikehendaki menunjukkan kad MBO ALLSTAR terlebih dahulu sebelum membeli tiket.

Selain itu, ahli ALLSTAR turut boleh memperoleh mata (dua kali ganda) untuk setiap kali mereka membeli tiket pada hari Rabu. Promosi “Happy Wednesday” hanya terhad kepada tempat duduk biasa (Standard 2D dan Standard 3D).

Turut, keistimewaan ini tidak sah pada cuti umum serta cuti perayaan.

Bagi mereka yang tidak memiliki keahlian ALLSTAR, anda boleh medaftar di laman web MBO.

Tiket Wayang Percuma

Ahli ALLSTAR boleh memperoleh 2 tiket wayang percuma pada bulan hari lahir anda. Mohon jadi ahli MBO supaya anda boleh menikmati keistimewaan ini.

Ciri- ciri khas MBO

Berikut merupakan beberapa ciri- ciri khas yang terdapat di pawagam MBO.

1. Big Screen

MBO Big Screen merupakan bilik pawagam wayang terbesar di MBO dengan skrin khas. Skrin wayang di Big Screen boleh terbuka luas sehingga 20 meter lebar dan 11 meter tinggi.

Antara pawagam MBO yang memiliki Big Screen ialah Starling, Damansara Utama, Falim Ipoh serta Kuantan City Mall.

2. MBO Premier

MBO Premier menawarkan perkhidmatan menarik dan istimewa kepada pelanggan MBO. Antara servis yang dimiliki ialah kerusi sofa bersandar, Lounge serta perkhidmatan butang panggilan antara setiap dua tempat duduk.

MBO Premier hanya terdapat di Starling, Damansara Uatma dan The Spring Shopping Mall, Kuching.

3. MXD4

Pawagam ini menawarkan perkhidmatan yang unik kepada pelanggan. Kerusi di pawagam ini akan bergerak dan bergegar mengikut jalan cerita filem.

Selain itu, pelanggan turut boleh menikmati beberapa efek khas sambil duduk di kerusi begerak seperti angin, bau, kabus dan sebagainya.

Jika dalam filem itu ada angin kencang, maka penonton turut boleh merasai efek tersebut. Namun, pawagam ini tidak sesuai untuk beberapa individu seperti ibu mengandung dan pesakit jantung.

Special efek daripada kerusi bergerak mungkin tidak sesuai untuk golongan dinyatakan.

4. KECIL

KECIL merupakan pawagam pertama di Malaysia khas untuk kanak- kanak di wayang MBO. Bilik pawagam KECIL merangkumi beberapa ciri seperti audio yang lembut, tempat permainan, tilam saiz keluarga dan lain- lain lagi.

Di sini, kanak- kanak dibenarkan untuk bertanya soalan, menjerit atau mengeluargkan bunyi, serta bermain di temat permainan disediakan pada bila- bila masa.

Ibu bapa tidak perlu risau jika anak- anak mereka menangis atau menjerit. KECIL terdapat di Falim Ipoh, Kuantan City Mall, Square One Batu Pahat serta Starling, Damansara Utama.

Semoga perkongsian info mengenai harga tiket wayang MBO ini bermanfaat kepada anda pengemar wayang. Jika ingin rasa puas hati menontonlah di pawagam yang terdekat dan elakkan menonton cetak rompak.