Harga Tiket Cable Car Genting Highland Dewasa & Kanak-Kanak

Harga tiket Cable Car Genting Highland Awana Skyway Station. Sebenarnya pengunjung boleh drive sampai atas tetapi kebanyakan pengunjung akan parking kereta di Awana Skyway dan sambung naik ke atas guna cable car.

Pemandangan dan pengalaman menaiki cable car sesuatu yang tidak harus dilepaskan. Ramai yang belum pernah naik kereta kabel, inilah masanya.

Penumpang boleh book tiket bas ke Genting Highlands online >> DI SINI

Selain keindahan persekitaran dengan resort yang mewah dan cantik, pengalaman menaiki cable car tentunya harus jadi keutamaan anda.

Anda boleh ke Genting Highland menaiki kereta sendiri atau menaiki bas express. Pengunjung  yang menaiki bas akan diturunkan di Awana Bas Terminal. Pengunjung kemudiannya akan menaiki cable car ke atas.

Kali ini kami ingin kongsikan dengan anda info mengenai harga terkini tiket untuk menaiki cable car di Genting Highland.

Harga Tiket Cable Car Genting Highland

Harga tiket menaiki cable car yang kami kongsikan ini boleh berubah dari masa ke semasa bergantung kepada keputusan syarikat pengusaha kereta kabel tersebut.

Perkhidmatan Cable Car di Genting Highland ini diuruskan oleh Awana SkyWay yang terletak di Genting Premium Outlet (GPO). Perkhidmatan ‘Genting Cable Car’ dah lama tutup digantikan oleh Awana SkyWay sekarang ini.

Cable car di Genting ada 4 kategori. Terpulang kepada anda untuk ambil Gondola yang mana satu.

  1. Gondola Standard – Sehala RM10 / Pergi balik RM18
  2. Gondola Standard Ekspress – Sehala RM16 / Pergi balik RM30
  3. Gondola Lantai Kaca – Sehala RM21 / Pergi balik RM35
  4. Gondola Chartered (Peribadi) – Sehala RM300 / Pergi balik RM550

Untuk cara beli tiket cable car Genting Online, anda boleh terus ke portal di atas untuk pembelian tiket secara atas talian.

Pembayaran secara online boleh dibuat menggunakan kad debit dan kredit, QR Pay, atau e-wallet major.

Anda boleh parking kereta di Awana Skyway untuk jimat minyak kereta. Kawasan parking kereta ada disediakan di sana untuk kemudahan pengunjung.

Anda boleh beli tiket melalui tiket menaiki cable car melalui kiosk-kiosk tiket yang disediakan. Prosesnya mudah sahaja malah boleh menjimatkan masa dengan adanya kemudahan ini.

Untuk gambaran yang lebih jelas boleh rujuk gambar kiosk tiket layan diri menaiki kereta kabel.

Photo: Qaseh Dalia

Kalau datang awal bolehlah elak kesesakan masa beli tiket dan semasa menaiki cable car. Memang popular dan ramai pengunjung hendak mencuba pengalaman menaiki cable car ini.

Ada juga yang tanya boleh atau tidak bawa stroller naik cable car Genting Highland?

Boleh itu memang boleh, cuma pastikan stroller atau kerusi roda dilipat dengan kemas. Ruangan dalam kereta kabel itu tidaklah besar mana.

Untuk yang berkaki panjang, lutut boleh bertemu lutut dengan penumpang yang duduk depan kita.

Cable Car Awana SkyWay

Untuk rujukan anda di bawah ada sedikit info umum mengenai Awana SkyWay Cable Car di Genting Highland ini.

Di bawah adalah maklumat umum mengenai kereta kabel di Genting, mana tahu anda hendak mengetahui maklumat am ini.

  • Jumlah Tower: 22
  • Jumlah Gondola : 99
  • Jumlah Stesen : 3 stesen & Turning Point
  • Jumlah e-Kiosk Machines: 16 unit
  • Panjang kabel : 2.8km
  • Masa 1 perjalanan: 10 minit
  • Jumlah penumpang per gondola: 10pax
  • Jumlah penumpang per jam : 3,000pax

Memang banyak penumpang terutama semasa cuti-cuti dan hujung minggu yang menggunakan perkhidmatan cable car di Genting ini.

Pada hujung minggu dan public holiday ianya sesak dengan pengunjung.

Jika tidak mahu bersesak-sesak dan berbaris lama membeli tiket, boleh pertimbangkan mengunjungi Genting Highland pada hari berkerja.

Pengunjung yang menaiki cable car akan berpeluang untuk melihat / mengalami pemandangan ‘bird’s eye view’ hutan hujan yang berusia 130 juta tahun yang mengelilingi Resort World Genting dan juga lokasi Twentieth  Century Fox World Park.

Memang menarik bukan?

Penumpang mempunyai pilihan sama ada turun di Chin Swee Station untuk menikmati pemandangan sebelum meneruskan perjalanan ke SkyAvenue Shopping Mall.

Kebanyakan penumpang akan berhenti di sini sebelum sambung perjalanan naik ke atas atau turun ke bawah.

Menaiki cable car ke Chin Swee Station
Photo: Chin Swee Station (chinswee.org)

Ini pastinya pengalaman yang tidak akan anda dapat lupakan.

Aktiviti di Genting Highland

Pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik di Genting Highland. Memang meriah tempat ini untuk dikunjungi.

Apatah lagi sekarang ini Genting Highland sudah membangunkan outdoor dan indoor theme park dengan lebih besar dan cantik lagi.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan termasuklah melihat patung dinasour, taman tema indoor dan outdoor, menikmati cuaca sejuk dan tentunya menaiki cable car.

Lokasi Dan Contact Address

Awana SkyWay Genting Highlands terletak di lokasi berikut. Sila rujup map (peta) di bawah untuk maklumat lokasi dan perhubungan.

Perkhidmatan cable car Awana Skyway memang amat popular. Jika dilihat dari rating Google, mereka mendapat 4.5 bintang dengan jumlah reviews sebanyak 5,630 setakat ini.