Beli Tiket Bas & Tours Dengan BusOnlineTicket.com

Beli tiket bas & tours guna portal BusOnlineTicket.com. Adakah anda pernah menggunakan portal atau applikasi online untuk melakukan penempahan tiket? Tahukah anda, BusOnlineTicket.com merupakan salah sebuah portal online yang amat popular di Malaysia dan menjadi pilihan ramai untuk melakukan penempahan tiket bas ekspres selain RedBus.com dan Easybook.com.

Anda boleh book tiket bas & Tours Pakej online di >> BusOnlineTicket.com

Penempahan tiket bas, ferry atau pakej tours atas talian bukan sahaja mudah, malah turut menjimatkan masa dan tenaga pengguna. Selain menempah tiket bas, BusOnlineTicket.com turut boleh digunakan untuk menempah pakej lawatan yang menarik.

Cara Beli Tiket Bas Di BusOnlineTicket.com

Untuk beli tiket bas / ferry atau tours online anda boleh ikut langkah-langkah berikut untuk melakukan booking menggunakan portal BusOnlineTicket.com. Caranya amat mudah sahaja dan mesra pengguna.

1. Membuat Carian Laluan Perjalanan Bas

Pengguna perlu mengisi maklumat seperti destinasi turun, tempat asal bertolak dari, tarikh perjalanan, jumlah penumpang serta pilih sama ada ingin membeli tiket untuk perjalanan sehala atau pergi balik. Klik pada bahagian carian untuk meneruskan kepada bahagian lalaun perjalanan.

Anda akan melihat paparan seperti di bawah.

Cara buat booking tiket bas online

2. Memilih Syarikat Bas Serta Tempat Duduk

Paparan terperinci mengandungi segala maklumat jadual perjalanan bas bagi destinasi dipilih pada langkah 1 akan dipaparkan. Pengguna boleh memilih masa perjalanan serta operator bas mengikut kesesuaian badget dan jadual perjalanan anda

Klik “Pilih” pada perjalanan yang sesuai untuk meneruskan proses memilih tempat duduk dalam bas dipilih. Paparan senarai tempat duduk dalam bas dipilih akan dikemukakan. Pengguna perlu klik pada bahagian tempat duduk ikut kesesuaian masing- masing, dan tekan pada bahagian “Teruskan”.

3. Isikan Maklumat Peribadi

Pengguna dikehendaki untuk mengisikan maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor telefon, nombor kad pengenalan dan alamat emel seperti diminta. Pengguna boleh menyemak maklumat dimasukkan, dan pastikan destinasi perjalanan yang dipilih betul.

4. Pilih Kaedah Bayaran

Terdapat empat kaedah bayaran yang ditawarkan untuk pengguna melakukan pembayaran tiket. Pilihan pertama ialah melibatkan pembayaran menggunakan Visa & Mastercards serta pembayaran bank secara atas talian (online internet banking). Manakala, pilihan kedua merupakan pembayaran menggunakan PayPal. Pilihan ketiga adalah untuk mereka yang membayar secara GrabPay e- wallet dan pilihan keempat ialah untuk pembayaran Alipay.

Pilih kaedah pembayaran yang sesuai dan pastikan anda “tick” setuju pada bahagian polisi BusOnlineTicket.com. Pengguna perlu klik pada bahagian “Bayar Sekarang”. Seterusnya, laman pembayaran akan dipaparkan dan anda perlu mengisi maklumat seperti yang diminta.

Setelah melakukan pembayaran dan jika pembayaran berjaya diterima oleh pihak BusOnlineTicket.com, satu emel pengesahan penempahan “Order Summary” akan dihantar kepada akaun emel pengguna dalam masa 30 minit.

Order Summary mengandungi maklumat lanjut dan langkah- langkah perlu diambil dan diikuti oleh pengguna sebelum menaiki bas pada hari perjalanan. Pengguna yang gagal menerima emel pengesahan penempahan dalam 30 minit selepas melakukan pembayaran dikehendaki menghubungi pejabat BusOnlineTicket.com atau menghantar emel pada alamat emel sales@busonlineticket.com.

Pengguna dinasihatkan untuk mencetak pengesahan tempahan dihantar ke akaun e-mel. Sesetengah operator bas tidak mewajibkan untuk mencetak pengesahan tempahan. Mereka hanya memerlukan nombor rujukan tempahan dan IC untuk mendapatkan pas masuk.

Cara Booking Pakej Tour

Terdapat pelbagai jenis pakej lawatan di Malaysia dan Singapura ditawarkan oleh BusOnlineTicket.com untuk para pelanggan. Jika ada mana-mana tour pakej yang anda berminat, berikut merupakan cara- cara untuk menempah pakej lawatan menggunakan portal ini.

1. Pilih Pakej Tour Yang Diminati

Terdapat beberapa kategori pakej lawatan ditawarkan oleh BusOnlineTicket.com. Paparan senarai tempat serta harga pakej akan dipaparkan. Pilih tempat atau pakej yang ingin dilawati.

Maklumat mengenai tempat lawatan dipilih akan dikemukakan untuk pengguna. Segala aktiviti menarik dan tarikan tempat dipilih akan dinyatakan. Seterusnya, di bahagian kiri, terdapat maklumat penempahan dikemukakan.

Pengguna dikehendaki memasukkan maklumat seperti tarikh lawatan dan bilangan penumpang pada bahagian tersebut. Seterusnya, klik pada butang “Book Now”untuk meneruskan proses penempahan.

2. Isikan Maklumat

Pengguna perlu mengisi maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor telefon, emel dan kewarganegaraan.

3. Pilih Kaedah Pembayaran

Pengguna perlu memilih kaedah pembayaran yang sesuai dan “tick“ pada pilihan yang disenaraikan. Seterusnya, klik pada bahagian “Proceed to Payment” untuk meneruskan proses pembayaran.

Pengguna akan menerima emel pengesahan penempahan dalam 30 minit jika pembayaran anda berjaya diterima. Pengguna dikehendaki menghubungi BusOnlineTicket.com jika gagal menerima emel dalam masa 30 minit.

Sebenarnya cara buat booking tour pakej senang sahaja. Portal itu ada menunjukkan step-by-step proses yang dilalui. Anda hanya perlu ikut dengan berhati-hati agar tidak tersilap memasukkan maklumat yang diperlukan.

Maklumat Perhubungan

Mungkin anda perlukan maklumat lanjut atau yang terkini. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi maklumat perhubungan portal tersebut di bawah.

Alamat perjabat: VO3-11-19, Designer Office (VO3), Lingkaran SV, Sunway Velocity, 55100 Kuala Lumpur.
Nombor telefon: +603 – 2027 – 4626/ +65 – 3159 – 1663
Laman Web: https://my.busonlineticket.com/

Semoga info cara beli tiket bas dan tour dengan busonlineticket.com ini bermanfaat dan dapat membantu anda sedikit sebanyak. Manfaatkan cuti-cuti dengan balik kampung melawat keluarga atau bawa keluarga melancong dalam negara.