Bas Batu Pahat Ke TBS Harga Tiket & Jadual Bas
Bas Batu Pahat ke TBS (Terminal Bersepadu Selatan) dari RM 18.70 dan informasi jadual bas menghubungkan kedua-dua destinasi tersebut. Memang ramai penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas express sama ada dari TBS ke Batu Pahat atau sebaliknya. Ini kerana Batu Pahat tidak kurang hebatnya dari segi produk-produk pelancongan di daerah tersebut.
Penumpang boleh beli tiket bas ke Batu Pahat secara online >> DI SINI
Tahun ini pergerakan penduduk agak terhad sepanjang tahun tetapi kita percaya keadaan akan pulih pada tahun akan datang.
Harga tiket bas dan jadual waktu perjalanan bas juga mungkin banyak berubah kerana pergerakan terkawal yang dilaksanakan oleh kerajaan. Jadi untuk urusan semakan harga tiket dan jadual bas, sebenarnya anda boleh rujuk di applikasi online yang banyak disediakan sekarang ini.
Kalau di Malaysia antara portal terkenal yang boleh anda gunakan untuk tujuan tersebut ialah easybook.com, busonlineticket.com dan redbus.my. Portal-portal ini menyediakan perkhidmatan yang sama.
Senarai Bas Express Batu Pahat Ke TBS
Agak banyak juga bas express yang menyediakan perkhidmatan untuk laluan ini. Informasi ini kami ambil dari portal easybook.com.
Anda boleh juga rujuk di sana untu informasi terkini perkhidmatan bas untuk kedua-dua destinasi tersebut.
- Mayang Sari Express
- Cepat & Cekap Express
- S&S International Express
- KKKL Sdn Bhd
- Sanwa Express
- Top Liner
Ketika ini ada 6 syarikat bas yang menawarkan perkhidmatan menghubungkan kedua-dua bandar tersebut. Mungkin ada bas express dari syarikat lain tetapi belum tersenarai di portal yang dimaksudkan di atas.
Perjalanan yang diambil bergantung kepada keadaan lalulintas ialah sekitar 3 jam 15 minit dengan jarak lebih kurang 243 KM.
Walau bagaimanapun penumpang janganlah bimbang kerana kebanyakan bas express memiliki kemudahan yang selesa untuk penumpang. Boleh layan FB dan IG sepanjang atau dengar musik sepanjang perjalanan.
Boarding & Dropping Point Di Batu Pahat
Kebanyakan bas express dari daerah ini ke TBS mengambil penumpang dan menurunkan penumpang di 8 lokasi terpilih seperti dalam senarai di bawah.
Pilihlah lokasi yang terdekat dengan destinasi anda. Walau bagaimanapun silalah tanya dulu atau semak dengan bas express terbabit sama ada mereka boleh turunkan anda di mana-mana lokasi pilihan anda di bawah.
Malas bertanya sesat jalan, kena rajin bertanya barulah tidak sesat.
- Batu Pahat Bus Terminal
- Batu Pahat
- BP (EH)
- BP (YS)
- Batu Pahat (Bus Stop MRSM)
- Batu Pahat (Bus Stop Sri Sulong)
- Batu Pahat (Balai Polis Parit Sulong)
- Batu Pahat (Pagoh)
Kebiasaanya pelancong lebih gemar untuk memilih Batu Pahat Bus Terminal untuk dropping point. Akses untuk ke mana-mana destinasi selepas lebih mudah dari bandar Batu Pahat.
Tarikan Pelancong
Seperti yang sudah ditulis tadi, Batu Pahat memiliki pelbagai tarikan pelancongan yang boleh anda lawati sendiri atau bersama keluarga.
Walaupun bandar ini tidaklah terkenal seperti Port Dickson atau Langkawi, tetapi ianya tetapi berbaloi untuk anda lawati.
Untuk melawat semua tarikan pelancongan ini anda kenalah peruntukan berberapa hari. Sehari tentu sekali tidaklah cukup.
Tarikan pelancong seperti BP Walk, Wet World Water Park, Perigi Batu Pahat, Pantai Minyak Beku, Hutan Lipur Sogo Perdana, Tugu Batu Pahat, Menara Jam, Tugu Peringatan Parit Sulong, Pantai Rekreasi Punggor dan Bangunan Bersejarah Batu Pahat adalah hanya sebahagian dari apa yang ada di sana.
Ada banyak lagi.
Anda boleh membaca maklumat lebih terperinci mengenai senarai dan informasi tempat-tempat menarik ini di website rasmi Majlis Perbandaran Batu Pahat.
Semoga informasi umum mengenai jadual dan harga tiket bas Batu Pahat ke TBS ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama memperkasakan dan menyokong industri pelancongan dalam negara kita.