Tarikh Kemaskini BSH 2020 Online
Tarikh kemaskini BSH 2020 online Bantuan Sara Hidup Rakyat. Tahun ini Kementerian Kewangan Malaysia ada membuat pengumuman yang mana program BSH akan diteruskan dan pembayaran akan dibuat bermula 20 Januari nanti. Kita harap BSH ini diteruskan untuk ke tahun hadapan untuk membantu rakyat menghadapi kemelut ekonomi ekoran penularan COVID-19 yang sedang dihadapi dunia ketika ini.
Kali ini kami ingin kongsikan sedikit infomasi umum mengenai tarikh kemaskini BSH tahun ini. Maklumat ini penting sebagai panduan anda mengenai tarikh-tarikh penting program BSH tersebut.
Mungkin ramai yang perlukan info cara buat kemaskini permohonan BSH secara online. Penting untuk membuat kemaskini kerana mungkin ada perubahan maklumat mengenai pemohon.
Baca juga: Layari cara buat semakan status permohonan BSH.
Kepada yang tidak sempat berbuat demikian, inilah masa untuk anda ambil kesempatan membuat update maklumat dalam permohonan BSH anda. Jika ada pertambahan anak / jumlah tangunggan semunya perlu di update.
Maklumat-maklumat tersebut penting untuk dinilai oleh kerajaan untuk tujuan proses pembayaran BSH anda.
Cara Kemaskini BSH
Bagaimana pula caranya untuk mengemaskini maklumat untuk BSH anda? Caranya senang sahaja. Pihak kerajaan akan memaklumkan bila tarikh untuk tujuan tersebut. Selepas ianya diumumkan anda bolehlah mengunjungi pejabat LHDN yang terdekat untuk mengemaskini.
Untuk proses kemaskini, anda boleh pergi terus ke kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang terdekat dengan anda. Anda juga boleh berbuat demikian di kaunter LHDN di UTC yang terdekat dengan anda.
Pegawai LHDN nanti akan berikan anda borang yang perlu diisi lengkap dengan maklumat terkini anda dan tanggungan di bawah jagaan anda berserta maklumat pendapatan terkini.
Gambar di bawah adalah contoh borang kemaskini / rayuan BSH yang perlu anda isi untuk tujuan kemaskini permohonan BSH anda.
Selain menggunakan borang kemaskini/rayuan atau secara manual, anda juga boleh membuat kemaskini melalui sistem applilasi online.
Cara Kemaskini Secara Online
Bolehkan proses kemaskini dilakukan secara online? Sebenarnya boleh, cuma kami belum berpeluang mencubanya. Jika anda ingin mencubanya dan prosesnya lancar mohon kongsikan pengalaman anda diruangan komen. Ianya mungkin berguna untuk pandua orang lain kelak.
Seperti yang dinyatakan di atas, anda boleh juga membuat proses kemaskini secara online menggunakan sistem applikasi online. Pihak LHDN ada menyediakan portal untuk tujuan membolehkan anda membuat kemaskini BSH anda.
Untuk tujuan ini pemohon BSH boleh layari portal https://bsh.hasil.gov.my/LogMasuk.aspx
Applikasi kemaskini akan diaktifkan apabila ianya diumumkan untuk dibuka kepada orang ramai. Pada ketika ini button / butang kemaskini belum diaktifkan.
Ini bermaksud anda kena rajin-rajin melawat portal BSH untuk membaca apa-apa update terkini dari kerajaan.
Semoga perkongsian info mengenai tarikh kemaskini BSH 2020 ini bermanfaat kepada anda. Mohon like dan share info ini kepada rakan-rakan yang lain.