Syarat Kelayakan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Scholarship
Biasiswa Tunku Abdul Rahman scholarship ini merupakan biasiswa berprestij yang ditawarkan kepada para pelajar yang bakal melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi awam (IPTA) serta institut pengajian tinggi swasta (IPTS).
Para pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kegiatan kokurikulum serta memiliki sifat kepimpinan diri yang tinggi boleh memohon untuk biasiswa ini.
Selain tajaan pendidikan ini, anda juga boleh membaca senarai tajaan pendidikan paling terkini dan popular di Malaysia ketika ini.
Syarat Kelayakan Biasiswa Tunku Abdul Rahman
Terdapat beberapa syarat kelayakan umum yang harus dipatuhi oleh para pelajar sebelum memohon biasiswa ini.
Ada baiknya sebelum memohon anda ambil sedikit masa membaca dengan teliti syarat-syarat tersebut.
Berikut merupakan senarai syarat kelayakan umum untuk memohon biasiswa ini.
- Calon merupakan warganegara Malaysia.
- Umur calon harus tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
- Calon perlu memiliki sifar kepimpinan diri yang tinggi
- Calon harus mempunyai rekod akademik cemerlang serta mempunyai penyertaan aktif dalam kokurikulum di peringkat luar sekolah dan universiti.
Syarat Kelayakan Akademik
Selain syarat kelayakan umum, para pemohon perlu mematuhi dan memenuhi kelayakan akademik. Ini juga penting kerana pemohon mestilah juga menepati syarat kelayakan dari segi akademik yang diperlukan untuk layak memohon.
Berikut merupakan kelayakan minimum yang wajib dipenuhi untuk melayakkan diri memohon tajaan pendidikan dari Yayasan Tunku Abdul Rahman.
- Pelajar lepasan STPM, asasi, matrikulasi dan diploma harus memperoleh PNGK 3.50 dan ke atas.
- Graduan yang sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa di peringkat Ijazah Sarjana Muda perlu memperoleh minimum PNGK 3.50.
- Calon memiliki kepujian dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di peringkat SPM.
Syarat kelayakan yang lebih spesifik dan terperinci boleh anda baca langsung di laman website rasmi Yayasan Tunku Abdul Rahman melalui link di bawah.
Maklumat Tambahan
Para pemohon yang disenarai pendek perlu mengikuti Program Pemerhatian Ciri Kepimpinan.
Seterusnya, mereka turut perlu menghadiri sesi Temuduga Pemilihan. Temuduga ini diaturkan oleh pihak Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR).
Untuk menyediakan anda dengan tips-tips menghadapi sesi temuduga biasiswa, anda boleh baca Panduan Temuduga Biasiswa.
Mungkin info dan tips yang ada di sana boleh membantu anda sedikit sebanyak menyediakan diri menghadapi sesi temuduga tajaan pendidikan dari YTAR.
Amaun Tajaan
Kadar biasiswa yang dianugerahkan kepada Tunku scholar bergantung pada kadar yang berkuatkuasa semasa yang ditetapkan oleh Lembaga Pemegang Amanah.
Tunku Scholars perlu mengekalkan PNGK 3.50 unutk mengekalkan taraf prestij dan eksklusif.
Calon yang gagal mengekalkan PNGK 3.50 akan dikenakan penalti dengan diturunkan taraf kepada skim Dermasiswa Tunku Abdul Rahman (DTAR), Pemberian Pengajian Tunku Abdual Rahman (PPTAR), Biasiswa Khas Yayasan Tunku Abdul Rahman (BKYTAR) atau dalam situasi paling teruk, calon ditamatkan penawaran tajaan pendidikan dan gelaran Tunku Scholar akan dilucutkan.
Cara Memohon
Untuk memohon, anda boleh menghantar permohonan secara online di laman website rasmi Yayasan Tunku Abdul Rahman.
LINK: https://www.yayasantar.org.my/biasiswa-tar
Sila baca semua maklumat cara memohon dengan teliti sebelum mengemukakan permohonan.
Jika pemohon tidak dihubungi selepas 3 bulan daripada tarikh permohonan, maka anda dianggap gagal memperoleh biasiswa YTAR.
- Yuran Universiti – Tajaan penuh yuran pengajian di mana-mana universiti awam atau swasta yang diiktiraf MQA untuk melanjutkan pengajian di Malaysia.
- Elaun Bulanan – Elaun sara hidup akan diberikan pada setiap bulan sepanjang tempoh penerimaan biasiswa.
- Elaun Tahunan – Elaun pembangunan profesional untuk peningkatan diri penerima biasiswa. Dana ini juga boleh dimanfaatkan untuk projek komuniti (rujuk di bawah). Elaun alat tulis dan buku juga turut disediakan.
- Elaun Sekali – Bagi menampung perbelanjaan lain seperti pembelian komputer riba, kos tesis, pakaian formal atau penerbangan (untuk penerbangan antara Malaysia Timur dan Semenanjung sahaja).
Tarikh tutup permohonan 8 April 2024.
Maklumat Perhubungan
Mungkin anda ingin berhubung dengan pihak YTAR sebelum memohon. Anda boleh gunakan maklumat perhubungan di bawah. Berikut merupakan maklumat perhubungan bagi Yayasan Tunku Abdul Rahman.
Anda boleh menghubungi nombor di bawah untuk sebarang pertanyaan.
Alamat: Yayasan Tunku Abdul RahmanA-10-10, Menara UOA Bangsar 59000 Bangsar Kuala Lumpur.
Nombor telefon: 03-22836063/ 6073
Email: yayasantar@gmail.com
Laman web: https://www.yayasantar.org.my
Faks: 03-22836052
Email: contactus@yayasantar.org.my
Telefon: +603 2283 6063