Biasiswa Tunku Abdul Rahman & Syarat Kelayakan
Biasiswa Tunku Abdul Rahman ini merupakan biasiswa berprestij yang ditawarkan kepada para pelajar yang bakal melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi awam (IPTA) serta institut pengajian tinggi swasta (IPTS). Para pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kegiatan kokurikulum serta memiliki sifat kepimpinan diri yang tinggi boleh memohon untuk biasiswa ini.
Biasiswa ini disediakan bagi pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Untuk pengetahuan anda, para pelajar yang sedang menuntut pengajian di universiti secara sepenuh masa turut boleh memohon untuk biasiswa ini.
Pastikan tahun pengajian pemohon masih berbaki sekurang- kurangnya 2 tahun. Tunku Scholars merupakan gelaran yang diberikan kepada para penerima biasiswa Tunku Abdul Rahman.
Selain tajaan pendidikan ini, anda juga boleh membaca senarai tajaan pendidikan paling terkini dan popular di Malaysia ketika ini.
Syarat Kelayakan Biasiswa Tunku Abdul Rahman
Terdapat beberapa syarat kelayakan umum yang harus dipatuhi oleh para pelajar sebelum memohon biasiswa ini. Ada baiknya sebelum memohon anda ambil sedikit masa membaca dengan teliti syarat-syarat tersebut.
Berikut merupakan senarai syarat kelayakan umum untuk memohon biasiswa ini.
- Calon merupakan warganegara Malaysia.
- Umur calon harus tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
- Calon perlu memiliki sifar kepimpinan diri yang tinggi
- Calon harus mempunyai rekod akademik cemerlang serta mempunyai penyertaan aktif dalam kokurikulum di peringkat luar sekolah dan universiti.
Syarat Kelayakan Akademik
Selain syarat kelayakan umum, para pemohon perlu mematuhi dan memenuhi kelayakan akademik. Ini juga penting kerana pemohon mestilah juga menepati syarat kelayakan dari segi akademik yang diperlukan untuk layak memohon.
Berikut merupakan kelayakan minimum yang wajib dipenuhi untuk melayakkan diri memohon tajaan pendidikan dari Yayasan Tunku Abdul Rahman.
- Pelajar lepasan STPM, asasi, matrikulasi dan diploma harus memperoleh PNGK 3.50 dan ke atas.
- Graduan yang sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa di peringkat Ijazah Sarjana Muda perlu memperoleh minimum PNGK 3.50.
- Calon memiliki kepujian dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di peringkat SPM.
Syarat kelayakan yang lebih spesifik dan terperinci boleh anda baca langsung di laman website rasmi Yayasan Tunku Abdul Rahman melalui link di bawah.
Maklumat Tambahan
Para pemohon yang disenarai pendek perlu mengikuti Program Pemerhatian Ciri Kepimpinan. Seterusnya, mereka turut perlu menghadiri sesi Temuduga Pemilihan. Temuduga ini diaturkan oleh pihak Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR).
Untuk menyediakan anda dengan tips-tips menghadapi sesi temuduga biasiswa, anda boleh baca Panduan Temuduga Biasiswa. Mungkin info dan tips yang ada di sana boleh membantu anda sedikit sebanyak menyediakan diri menghadapi sesi temuduga tajaan pendidikan dari YTAR.
Amaun Tajaan
Kadar biasiswa yang dianugerahkan kepada Tunku scholar bergantung pada kadar yang berkuatkuasa semasa yang ditetapkan oleh Lembaga Pemegang Amanah. Tunku Scholars perlu mengekalkan PNGK 3.50 unutk mengekalkan taraf prestij dan eksklusif.
Calon yang gagal mengekalkan PNGK 3.50 akan dikenakan penalti dengan diturunkan taraf kepada skim Dermasiswa Tunku Abdul Rahman (DTAR), Pemberian Pengajian Tunku Abdual Rahman (PPTAR), Biasiswa Khas Yayasan Tunku Abdul Rahman (BKYTAR) atau dalam situasi paling teruk, calon ditamatkan penawaran tajaan pendidikan dan gelaran Tunku Scholar akan dilucutkan.
Cara Memohon
Para pemohon perlu memohon biasiswa ini dengan memuat turun borang permohonan dari laman website rasmi pihak penaja iaitu YTAR. Borang permohonan ada dalam versi fail pdf.
Calon dikehendaki melengkapkan semua bahagian dalam borang permohonan dan borang tersebut perlu dihantar ke alamat berikut: Yayasan Tunku Abdul RahmanA-10-10, Menara UOA Bangsar59000 BangsarKuala Lumpur.
Selain itu, hanya para pemohon yang telah mengikuti program Pemerhatian Ciri Kepimpinan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi Temu duga Pemilihan.
Jika pemohon tidak dihubungi selepas 3 bulan daripada tarikh permohonan, maka anda dianggap gagal memperoleh biasiswa YTAR.
Amaun yang diberikan cukup untuk digunakan bagi membayar yuran pengajian, sara hidup, elauns thesis, elauns buku rujukan, elauns laptop dan lain- lain lagi.
Maklumat Perhubungan
Mungkin anda ingin berhubung dengan pihak YTAR sebelum memohon. Anda boleh gunakan maklumat perhubungan di bawah. Berikut merupakan maklumat perhubungan bagi Yayasan Tunku Abdul Rahman.
Anda boleh menghubungi nombor di bawah untuk sebarang pertanyaan.
Alamat: Yayasan Tunku Abdul RahmanA-10-10, Menara UOA Bangsar59000 BangsarKuala Lumpur.
Nombor telefon: 03-22836063/ 6073
Email: yayasantar@gmail.com
Laman web: https://www.yayasantar.org.my
Faks: 03-22836052
Semoga sedikit informasi mengenai Biasiswa Tunku Abdul Rahman ini bermanfaat kepada anda. Kepada yang memohon kami ucakan All The Best!