Bas Penang Ke Melaka Harga Tiket & Jadual Bas

Bas Penang ke Melaka harga tiket dari RM 45.00 sehala. Sebut Penang dan Melaka, kedua-duanya adalah destinasi pelancongan yang sama popular.

Tidak hairanlah ramai pengunjung yang berhasrat untuk mengunjungi destinasi tersebut.

Tambahan pula, Penang adalah kawasan di mana banyak industri besar dalam dan luar negara beroperasi di sana.

Pengunjung bukan sahaja ingin ke sana untuk bercuti tetapi juga mungkin untuk mencari peluang kerja.

Tapi kali ini kita akan bercerita sedikit informasi umum mengenai pengangkutan menggunakan bas dari Pulau Pinang atau lebih dikenali sebagai Penang ke Melaka atau bus dari Melaka ke Penang

Sebelum ini kami ada menulis mengenai perkhidmatan bas express Penang ke KL.

Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI

Siapa tidak kenal keunikan Melaka dengan jolokan bandaraya bersejarah. Time sekolah dulu kita mula-mula belajar mengenai sejarah Melaka.

Jarak antara Penang dan Melaka ialah lebih kurang 504 KM. Sememangnya agak jauh.

Menaiki bas dari mana-mana terminal di Penang ke Melaka akan mengambil masa perjalanan lebih kurang 7 jam 19 minit, bergantung kepada situasi lalulintas jalanraya dan juga keadaan cuaca.

Masa musim perayaan atau cuti-cuti umum dan sekolah akan berlaku pertambahan pergerakan di atas jalanraya dan akan berlaku kesesakan di plaza-plaza tol dan sebagainya.

Ini akan memanjangkan lagi masa perjalanan.

Tetapi jangan bimbang kerana kebanyakan bas express sekarang ini dilengkapi dengan kemudahan WiFi.

Bolehlah layan FB, youtube dan sebagainya.

Masa perjalanan yang lama itu tidak akan anda rasa. Jika letih online, boleh tidur.

Senarai Bas Express Dari Penang Ke Melaka

Kebanyakan bas express akan bertolak dari Terminal Bas Sungai Nibong, Komtar atau Butterworth.

Tetapi selalunya dari Sungai Nibong kerana ianya adalah terminal bas utama di Pulau Pinang.

Drop-off point di Melaka pula ialah di Melaka Sentral

Mungkin kerana ada begitu banyak permintaan penumpang untuk ke destinasi ini, jumlah bas express yang beroperasi juga agak banyak antaranya ialah sepertti senarai di bawah.

  • Billion Stars
  • Intercity Coach
  • KKKL Sdn Bhd
  • KPB Ekspress
  • Pancaran Matahari
  • Penang Billion Stars
  • Supernice Grassland
  • YK HEE Enteprise
  • Cepat & Cekap Express

Ini bermakna anda ada banyak pilihan dan tidak perlu risau untuk kehabisan bas. Tetapi mungkin berbeza situasinya semasa musim perayaan, anda mungkin akan kehabisan tiket bas.

Sebab itu adalah menjadi satu tindakan bijak jika anda beli tiket bas secara online lebih awal. Ada banyak applikasi online yang menyediakan tempahan tiket bas secara online.

Antara yang agak popular ialah easybook.com dan juga busonlineticket.com.

Applikasi ini memberi anda kelebihan untuk memilih bas, masa atau jadual bas yang bersesuaian dengan perjalanan anda dan juga harga tiket.

Semua maklumat tersebut itu tersedia dalam satu paparan di screen, lebih mudah untuk anda.

Boleh lihat contoh paparan bas menggunakan applikasi easybook.com ke destinasi tersebut di bawah.

Kadang-kadang anda akan dapat diskaun jika beli tiket menggunakan applikasi tersebut.

Jom tengok dekat bawah nie sedikit informasi harga tiket bas penang ke Melaka.

Jadual bas express dari Penang ke Melaka online

Ramai yang minat naik bas express Pancaran Matahari. Kalau nak dapatkan jadual perjalanan bas pancaran matahari layari laman website rasmi bas express tersebut.

Memang mudah bukan? Anda tidak perlu ke mana-mana atau buang masa dan tenaga mencari kaunter tiket bas seperti sebelum ini.

Tarikan Pelancong Di Melaka

Topik ini sebenarnya tidak perlu cerita lagi. Banyak tempat anda boleh cari maklumat mengenainya.

Antaranya jika anda ada masa boleh baca maklumat yang terperinci dan terkini di laman website rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

Di sana semua tarikan pengunjung ada disenaraikan berserta informasi lain seperti lokasi, waktu buka dan tutup dan sebagainya.

Semoga sedikit informasi umum mengenai harga tiket dan jadual bas Penang ke Melaka ini bermanfaat kepada anda.

Marilah bersama kita menyokong dan memperkasakan industri pelancongan dan pengangkutan awam di negara kita.