Syarat Permohonan Biasiswa JPA Lepasan SPM STPM & Cara Memohon
Biasiswa JPA degree dan diploma permohonan biasanya dibuka setiap tahun. Biasiswa JPA adalah biasiswa yang paling ramai diminati dan dipohon oleh para pelajar.
Sudah tentu kerana biasiswa tersebut adalah ditaja oleh kerajaan. Tahun ini ada lagi, permohonan sudah di buka.
Pastikan anda memohon sebelum tarikh tutup.
Tawaran Penajaan JPA – Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun Ini.
Permohonan & maklumat lanjut di:
http://jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.mySaluran pertanyaan:
☎️ 03- 8885 3297
Email: pidn2023@jpa.gov.my
Walau bagaimanapun bukan senang untuk dapatkan biasiswa tersebut kerana ianya akan diberi biasanya kepada pelajar dengan pencapaian akademik yang cemerlang, daya kepimpinan yang tinggi dan aktif dalam sukan dan ko-kurikulum.
Selain biasiswa JPA, pelajar juga boleh ambil informasi mengenai peluang biasiswa dari pelbagai pihak.
Layari senarai tawaran biasiswa terkini di Malaysia untuk peluang mendapatkan tajaan pengajian dari sumber lain.
Baca juga: Senarai Kedudukan QS Ranking Universiti Di Malaysia Yang Terkini
Jadi, Bagaimana caranya untuk memohon biasiswa JPA?
Kali ini kami ingin kongsikan sedikit informasi umum cara untuk memohon biasiswa tersebut untuk rujukan dan panduan anda.
Proses atau cara memohon biasiswa tersebut mungkin ada perubahan dari masa ke semasa, atas sebab itu penting untuk anda meneliti maklumat terkini di website rasmi pihak JPA untuk perkembangan terkini.
Link website rasmi ada di bawah.
Biasiswa JPA Degree Dan Diploma
Biasiswa JPA untuk degree dan diploma ini adalah terbuka kepada calon-calon yang sedang melanjutkan / mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama atau diploma di universiti awam, Politeknik Premier atau Government Linked University (GLU).
Untuk maklumat terkini dan lebih terperinci sama ada bidang pengajian anda boleh memohon atau tidak biasiswa ini sebaiknya anda berhubung terus dengan pihak JPA.
Kebiasannya bidang-bidang yang ditawarkan biasiswa adalah bidang pengajian dalam kategori klinikal, kesihatan, kejuruteraa dan teknologi, sains dan juga sains sosial.
Penerima penajaan di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) berbentuk Pinjaman Boleh Ubah.
Cara Memohon Biasiswa JPA
So, bagaimana cara memohon biasiswa JPA? Untuk memohon biasiswa JPA anda boleh melakukannya secara online.
Kini semua proses telah dipermudahkan.
Untuk memohon biasiswa ini sila layari portal rasmi JPA http://esilav2.jpa.gov.my/
Selepas anda klik link di atas, anda akan di bawa ke paparan seperti berikut;
Dari sana anda boleh membaca maklumat-maklumat terkini tentang biasiswa ini dan juga tawaran biasiswa yang basih dibuka untuk permohonan.
Anda hanya perlu klik link ‘Sila Klik Di Sini Untuk Memohon’ untuk tawaran biasiswa yang anda berminat untuk menghantar permohonan secara online.
Biasanya permohonan untuk tawaran biasiswa PIDN akan dibuka sekitar bulan April hingga Mei setiap tahun selepas keputusan peperiksaan SPM diumumkan.
Syarat Permohonan Biasiswa JPA
Sebaiknya pelajar ambil masa membaca syarat biasiswa JPA ini. Ianya penting kerana kefahaman yang lengkap dan menyeluruh di peringkat ini memudahkan anda membuat keputusan sama ada memohon atau tidak.
Jika memohon, ini dapat mengelak dari kesilapan semasa membuat permohonan.
Terdapat dua (2) syarat utama untuk memohon biasiswa ini iaitu;
A. Syarat Umum
- Warganegara Malaysia;
- Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan);
- Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak dalam tindakan undang-undang oleh JPA
- Mempunyai kesihatan yang baik; dan
- Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / SPMV untuk melayakkan lantikan ke Perkhidmatan Awam.
B. Syarat Khusus
Ini adalah bahagian perincian bagi syarat khusus mengikut bidang kursus yang ditetapkan oleh pihak JPA.
Di bahagian syarat-syarat khusus ini, anda boleh membuat tapisan sendiri sama ada anda layak atau tidak kerana semuanya ada dijelaskan dalam senarai syarat.
Anda hanya perlu membacanya dengan teliti di Syarat-Syarat Tawaran Biasiswa Persekutuan JPA (PDF)
Anda juga boleh berhubung dengan pihak biasiswa JPA menggunakan maklumat perhubungan di bawah untuk maklumat lanjut dan terkini.
Jika anda memerlukan maklumat lanjut mengenai program tajaan atau masalah teknikal anda boleh menghubungi pihak JPA di talian 03-8885 3049 setiap hari bekerja mulai jam 9:00 pagi hingga jam 5:00 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do.
Jumlah Biasiswa
Biasanya jumlah adalah mengikut jenis kursus pengajian dan di mana anda sambung pengajian.
Eloklah jika anda boleh semak informasi terkini mengenai jumlah tajaan di laman website rasmi penaja atau angkat telefon dan hubungi pihak mereka.
Dari masa ke semasa tentulah akan ada perubahan-perubahan terkini mengikut keputusan dan perancangan pihak penaja.
Kepada anda yang memohon biasiswa ini kami ucapakan All The Best!