Senarai IPTA IPTS Terbaik Malaysia QS Ranking

Senarai universiti IPTA IPTS terbaik di Malaysia tahun 2020 menurut laporan QS Ranking. Rasanya isu memilih tempat sambung pengajian itu penting kepada pelajar.

Amat wajar jika pelajar sebelum mengambil keputusan kena buat sedikit penyelidikan tentang IPT yang ada di Malaysia sekarang ini.

Ada sesiapa yang sedang merancang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi?

Sudah tentu anda sedang menimbang dan berusaha memilih IPTA atau IPTS terbaik untuk anda.

Semua IPT itu cuba membuat iklan terbaik untuk IPT masing-masing kelihatan relevan dan menonjol untuk menarik minat pelajar agar memilih mereka.

Tempat paling baik untuk membuat pernilaian ialah merujuk kepada QS World University Rankings.

Kali ini kami kongsikan dengan anda senarai universiti mengikut pernilaian QS World University Rankings.

Semoga perkongsian maklumat ini akan dapat menjadi rujukan anda dalam memilih universiti kegemaran anda untuk sambung pengajian.

Baca juga: Semakan Pengiktirafan MQA Untuk IPTA/IPTS Di Malaysia

QS World University Rankings 2020

QS World Rankings adalah salah satu dokumen atau laporan tahunan yang perlu anda teliti.

Laporan ini mengandungi maklumat penting yang boleh menjadi rujukan anda.

Pernilaian yang dibuat oleh QS Rankings ini ialah dengan cara membuat perbandingan antara universiti berdasarkan empat (4) aspek penting.

  • Penyelidikan
  • Pengajaran
  • Kebolehpasaran graduan
  • Pengantarabangsaan (internationalization)

Universiti yang terletak di rangking lebih tinggi sudah tentu mempunyai prestasi yang baik untuk keempat kriteria pernilaian di atas.

Tidak hairanlah universiti yang mendapat QS World Ranking yang tinggi sering menjadi tumpuan pelajar untuk memohon masuk.

Selain itu kriteria lain yang diambil kira termasuklah fasiliti, pembelajaran jarak jauh (PJJ), tanggungjawab sosial (CSR), inovasi, seni dan budaya dan juga kepakaran.

Permohonan IPTA/IPTS

Untuk kemudahan para pelajar, permohonan untuk memasuki IPTA boleh dibuat melalui portal Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) yang dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) Malaysia.

Untuk maklumat lengkap mengenai IPTA sila rujuk senarai lengkap IPTA Malaysia.

Kemasukan ke IPTS pula boleh dibuat dengan berhubung terus dengan IPTS berkenaan.

Biasanya IPTS masing-masing ada menyediakan portal pendaftaran pelajar secara online.

Jika anda perlukan biasiswa bolehlah layari senarai Tawaran Biasiswa Terkini Malaysia.

Di sana anda boleh cuba memohon biasiswa tajaan kerajaan mahupun swasta.

Senarai IPTA/IPTS Terbaik Malaysia

Berikut adalah senarai 20 top universiti IPTA/IPTS terbaik di Malaysia berdasarkan laporan QS Rankings terbaru dunia.

Selain itu kita kongsikan juga maklumat rangking Asia untuk universiti yang tersenarai sebagai rujukan tambahan anda.

Berdasarkan QS Rankings ini kita melihat Universiti Malaya (UM) masih di tempat pertama di ikuti oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) dan disusuli oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dari pada IPTS kita mendapati UCSI University mendahului IPTS yang lain mengungguli tempat ke Enam dalam rangking keseluruhan.

Sila rujuk senarai di bawah untuk maklumat lanjut.

RANK MALAYSIA (2020)RANK DUNIA (2020)RANK ASIA (2019)NAMA UNIVERSITI
17019Universiti Malaya (UM)
215934Universiti Putra Malaysia (UPM)
316041Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
416543Universiti Sains Malaysia (USM)
521747Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
6442178UCSI University
748299Universiti Teknologi Petronas (UTP)
8511-520135Taylor's University
9541-550271-280Management and Science University (MSU)
10591-600128Universiti Utara Malaysia (UUM)
11651-700143Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
12651-700137Universiti Teknologi MARA (UiTM)
13701-750201Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
14751-800232Sunway University
15751-800188Universiti Malaysia Pahang (UMP)
16801-1000175Multimedia University (MMU)
17801-1000236Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
18801-1000234Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
19801-1000188Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
20801-1000206Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Semoga perkongsian info mengenai senarai IPTA IPTS terbaik di Malaysia berdasarkan laporan Quacquarelli Symonds (QS) ini bermanfaat kepada anda.

Tentunya anda ingin belajar di universiti sama ada IPTA atau IPTS terbaik. Sekali lagi pelajar dinasihatkan untuk membuat kajian IPT yang diminati sebelum mengambil keputusan.

Kalau dah buat keputusan, then anda berubah fikiran selepas itu besar kemungkinan anda akan rugi wang, tenaga dan masa.

Elakkan perkara itu dari berlaku.

Dengan adanya maklumat ini anda mudah membuat pilihan dan menetapkan hala tuju pengajian anda.