Cara Buat Rayuan UPU STPM Secara Online

Rayuan UPU STPM permohonan boleh dilakukan secara online. Bolehkah buat rayuan? Tentu sahaja boleh, malah anda hanya perlu melakukannya secara atas talian.

Pelajar lepasan STPM yang tidak atau belum berjaya mendapat tempat di mana-mana IPTA boleh membuat permohonan rayuan UPU secara online.

Jika nama anda tidak terpilih, bukanlah bermaksud dunia pendidikan anda sudah berakhir.

Selain anda boleh mencuba peluang memohon terus secara langsung dengan IPTA/IPTS yang lain, anda sebenarnya boleh membuat rayuan untuk semakan kedua.

Rayuan UPU Lepasan STPM Online

Cara membuat rayuan upu dan tarikh rayuan untuk lepasan STPM biasanya akan dibuka sekitar bulan Jun/Julai setiap tahun.

Anda boleh buat rayuan di portal rayuan UPU STPM Login. Anda bolehlah semak di portal rasmi UPU dari masa ke semasa untuk maklumat terbaru mengenai perkara ini.

Rayuan UPU STPM Login online

Biasanya mereka akan buat hebahan.

Semasa membuat permohonan, ikuti 5 langkah penting seperti di bawah.

  1. Langkah 1 – Layari Portal UPUOnline. Klik link UPUOnline yang diberi di atas.
  2. Langkah 2 – Login ID. Gunakan No.Kad Pengenalan
  3. Langkah 3 – Pilih hanya 4 pilihan program sahaja dibenarkan
  4. Langkah 4 – Klik ‘SAH & HANTAR’
  5. Langkah 5 – Cetak slip permohonan

Semakan Rayuan UPU

So berapa cerah peluang dapat rayuan upu dan macam mana caranya buar semakan keputusannya?

Pelajar lepasan STPM yang telah memohon kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik Premier, Konvensional/METro, Kolej Komuniti dan ILKA boleh membuat semakan keputusan UPU mereka melalui applikasi online.

Untuk membuat semakan pelajar boleh layari portal khas yang disediakan oleh pihak UPU.

Layari link-link yang diberikan di bawah untuk membuat semakan.

  • http://upu.mohe.my
  • http://jpt.uum.edu.my
  • http://jpt.ums.edu.my
  • https://jpt.utm.my
  • https://jpt.unimas.my

Semakan status permohonan UPU juga boleh diakses melalui link postal UPUonline.

Sila ikut proses semakan seperti berikut.

  1. Layarai laman web UPU : http://upu.moe.gov.my/web/#
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan. (klik enter)
  3. Pilih kategori yang hendak disemak.
  4. Klik masuk.

Proses semakan result rayuan UPU secara online ini mungkin akan sedikit perlahan kerana pengguna yang ramai mengakses laman portal yang sama.

Ini berlaku terutama semasa keputusan baru sahaja diumumkan.

Sebagai alternatif anda boleh buat semakan melalui SMS. Ianya lebih pantas dan mudah.

Semakan Keputusan UPU Melalui SMS

Semakan keputusan UPU menggunakan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) ini lebih mudah dan cepat.

Walau bagaimanapun jika anda ingin maklum balas dengan maklumat yang lebih terperinci anda digalakkan untuk buat semakan secara online.

Untuk membuat semakan result rayuan secara SMS ikuti langkah-langkah di bawah;

Panduan semakan keputusan UPU secara SMS

Taip UPU<jarak>RESULT<jarak>No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888

Maklumat Perhubungan UPU

Untuk maklumat terkini dan terperinci mengenai tarikh rayuan boleh dibuat dan juga cara buat semakan result rayuan  anda boleh berhubung terus dengan pihak UPU dengan melayari website rasmi mereka di sini.

Permohonan Universiti Tanpa UPU

Memang ada IPTA yang membuka intake untuk pelajar baru secara terus tanpa perlu memohon melalui UPU.

Biasanya dibuka selepas semua intake melalui UPU telah selesai dilaksanakan.

Antara IPTA yang membuka permohonan kepada pelajar ialah UiTM dan berberapa IPTA lain.

Anda kenalah rajin-rajin semak untuk maklumat terkini di portal-portal IPTA yang ada di Malaysia nie.

Kalau malas, alamat anda ketinggalan maklumat dan peluang.

Peluang Biasiswa Pelajar

Jika anda berjaya mendapat tempat untuk ke IPT, perkara penting yang anda perlu fikirkan ialah mengenai pembiayaan pengajian anda.

Tidak salah jika anda mencuba memohon biasiswa dari pelbagai sumber untuk meningkatkan peluang anda mendapat biasiswa.

Anda boleh baca info setiap satu biasiswa dari senarai tersebut untuk mencari yang bersesuaian dengan anda.