Bas Ke Pulau Pangkor Harga Tiket & Jadual Bas Online

Bas ke Pulau Pangkor informasi harga tiket da jadual bas. Pernah berfikir untuk bercuti ke Pulau Pangkor? Tapi sehingga kini hajat itu belum tercapai. Mengapa? Iya lah macam mana mahu pergi bercuti ke Pulau Pangkor jika tidak mempunyai kenderaan sendiri.

Jangan risau, siapa kata anda tidak boleh pergi bercuti jika tidak mempunyai kenderaan sendiri.
Tidak mempunyai kenderaan sendiri bukanlah satu masalah yang sangat besar. Jangan biarkan ia menjadi penghalang kepada percutian anda.

Anda boleh book tiket bas secara online >> DI SINI

Artikel ini adalah sambungan dan kemaskini kepada artikel kami terdahulu mengenai harga tiket dan jadual feri ke Pulau Pangkor.

Di sinilah penggunaan pengangkutan awam akan memberi manfaat kepada anda. Bukan sahaja anda dapat pergi bercuti tapi anda juga turut dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan menggunakan pengangkutan awam.

Untuk pergi ke sini anda boleh sahaja menaiki bas dengan harga yang sangat berbaloi.
Jika dibandingkan dengan pengalaman percutian yang hebat yang bakal anda dapatkan di Pulau ini kos bukanlah suatu masalah yang sangat besar.

Bagi memudahkan anda berikut dikongsikan maklumat berkenaan penggunaan bas ke Pulau Pangkor.

Pulau Pangkor

Siapa yang pergi bercuti ke Pulau Pangkor ini pasti tidak akan menyesal kerana suasananya sendiri yang sangat menarik.

Pemandangannya yang indah dan suasana yang mendamaikan telah menjadikan Pulau ini antara pusat pelancongan utama yang terkenal di Malaysia.

Pulau Pangkor juga merupakan pulau ketiga terbesar yang terletak di negeri Perak,Malaysia di perairan Selat Melaka. Dengan keluasannya hanya 2,200 hektar mempunyai penduduk dengan anggaran jumlah 25,000 orang.

Katanya Pulau ini juga mempunyai sejarah yang tersendiri iaitu merupakan penempatan Belanda di nusantara ini.

Menarik bukan? Rugilah kepada mereka yang belum pernah berkunjung ke sini, tambahan pula jika anda hanya tinggal berdekatan dengan Pulau Pangkor.

Jangan risau jika anda belum pernah berkunjung ke sini, rancang percutian anda sekarang. Tidak mempunyai kenderaan? Menaiki bas sahaja pun anda boleh sampai ke detinasi yang menarik ini dengan harga yang sangat rendah.

Pastikan anda membaca artikel ini sehingga akhir untuk mengetahui lebih lanjut cara menaiki bas ke Pulau Pangkor. Barulah mudah untuk anda merancang perjalanan anda ke sini.

Cara Ke Pulau Pangkor Guna Bas Express

Jika anda ingin ke Pulau Pangkor, menaiki bas adalah antara langkah yang paling mudah untuk sampai ke sini.

Bagaimana? Berikut sedikit informasi umum panduan menaiki bas ke Pulau Pangkor.

Pertama sekali anda perlu pergi ke TBS iaitu Terminal Bersepadu Selatan untuk mengambil bas menuju ke Lumut.

Ya, anda perlu ke Lumut dahulu untuk sampai ke Pulau Pangkor. Tidak jauh daripada Lumut iaitu hanya 40 minit menggunakan Ferry anda akan tiba ke destinasi anda.

Senang sahaja, di TBS anda boleh menempah tiket ke Lumut secara fizikal atau orang kata face to face lagi mudah.

Tapi untuk pengetahuan anda, anda juga boleh menempah tiket secara online.

Jika anda membeli tiket secara online, pastikan anda menghubungi bahagian operasi bas untuk memastikan bas yang anda tempah itu tersedia jadi tidaklah anda membuang masa nanti.

Berikut adalah pautan untuk menempah tiket secara online menggunakan applikasi Easybook.com

Bagaimana pula jika anda bukan dari Kuala Lumpur?

Tidak menjadi masalah, anda hanya perlu naik bas ke Kuala Lumpur terlebih dahulu dan seterusnya barulah anda mengambil bas dari TBS ke Lumut.

Menggunakan applikasi online seperti busonlinetiket.com, anda boleh semak jika ada perkhidmatan bas menuju ke Lumut dari pekan atau bandar terdekat dengan anda dengan mudah.

Ketibaan Di Lumut

Selepas anda mengambil bas dari TBS anda akan tiba ke Lumut terlebih dahulu seperti yang diperkatakan sebelum ini.

Tiba sahaja anda di Terminal Lumut bertentangan dengan Terminal Lumut tersebut adalah sebuah jeti di mana anda akan menaiki feri dalam anggaran perjalanan 40 minit.

Berikut adalah tambang feri dari jeti ke Pulau Pangkor :

  • Dewasa : RM14.00
  • Kanak-kanak : RM5.00

Murah betul, berbaloilah perjalanan anda ke Pulau Pangkor. Tidak perlu berbelanja mahal pun dapat bercuti ke lokasi yang sangat menarik dan merupakan antara pusat pelancongan utama di Malaysia.

Senarai Bas

Terdapat pelbagai bas yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan daripada TBS ke Lumut yang boleh anda gunakan.

Berikut adalah antara bas yang bergerak dari TBS ke Lumut :

  • Arwana Express
  • Kesatuan Express
  • Maju Express
  • Plusliner
  • Star Coach Express (Larkin)
  • Star Coach Express Sdn Bhd
  • Starmart Express
  • Transnasional

Apa yang berbeza antara kesemua bas tersebut? Tidak banyak perbezaan sangat pun sama sahaja akan membawa anda ke destinasi Lumut yang anda tuju.

Tapi terdapat sedikit perbezaan iaitu berbeza dari segi tambang , bilangan perjalanan dan jam bertolak.

Anda boleh pilih bas yang anda mahu mengikut keselesaan dan kemahuan anda.

Jadual Bas

Bagi memudahkan anda merancang masa anda, anda boleh merujuk kepada jadual perjalanan bas daripada TBS, Kuala Lumpur ke Lumut.

SYARIKAT BASBAS PERTAMABAS TERAKHIRJUMLAH TRIP
Arwana Express8.5022.5029
Kesatuan Express8.0019.005
Maju Express2.0014.302
Plusliner9.3020.303
Star Coach Express16.0016.001
Starmart Express8.0018.003
Transnasional8.2020.158

Bas yang tersenarai di atas tersedia setiap hari iaitu pada hari Isnin sehingga hari Ahad.

Anda boleh memilih hari apa-apa sahaja mengikut masa terluang anda yang penting anda mengikut masa bergerak yang telah ditetapkan.

Harga Tiket Bas

Bagi harga bas pula anda boleh rujuk kepada senarai harga di bawah bagi memudahkan anda merancang kos perjalanan anda ke Pulau Pangkor.

Sebenarnya harga tiket bas adalah berbeza mengikut jenis bas seperti berikut:

SYARIKAT BASHARGA TIKET
Arwana ExpressRM 27.10
Kesatuan ExpressRM 27.00
Maju ExpressRM 27.00
PluslinerRM 27.10
Star Coach ExpresssRM 26.00
Starmart ExpressRM 27.50
TransnasionalRM 27.10

Nota: Harga tiket ini boleh berubah dari masa ke semasa, bergantung kepada keputusan syarikat bas itu sendiri. Jika hendak check harga tiket terkini, boleh semak menggunakan applikasi online

Tempat Menarik Di Pulau Pangkor

Setibanya anda di Pulau Pangkor terdapat beberapa tempat menarik yang anda boleh kunjungi jika anda bercuti di sini.

Antaranya adalah Kota Belanda, Batu Bersurat, Pantai Puteri Dewi, Pantai Pasir Bogak dan Teluk Nipah.

Tahukah anda, tempat-tempat tersebut adalah antara tarikan utama pelancong yang berkunjung ke Pulau Pangkor.

Siapa sahaja yang pergi ke Pulau ini untuk bercuti pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mengunjungi tempat-tempat tersebut.

Apa tidaknya, bukan sahaja suasana yang mendamaikan malahan anda boleh menjelajahi Pulau Pangkor ini dengan hanya berjalan kaki sahaja, anda juga boleh menaiki kenderaan dan laut mengikut kesesuaian anda.

Anda boleh juga membaca maklumat terperinci mengenai tarikan pelancong di Pulau Pangkor di laman website rasmi Majlis Perbandaran Manjung.

Anda boleh mula merancang perjalanan anda ke Pulau Pangkor dengan menaiki bas. Kini masalah kenderaan bukanlah lagi penghalang untuk anda bercuti.

Nikmati percutian anda di Pulau Pangkor dengan mengunjungi tempat-tempat tarikan utama pelancong yang menarik dengan harga yang terendah.

Di mana lagi anda ingin merasai percutian dengan harga yang berbaloi seperti di Pulau Pangkor. Sudahlah mudah dengan hanya menaiki bas sahaja pun anda boleh menikmati percutian yang menarik.

Bagi mereka yang bakal bercuti di Pulau Pangkor kami ucapkan selamat bercuti! Dan bagi mereka yang baru merancang semoga anda segera tiba di Pulau yang penuh keindahan ini.

Semoga sedikit perkongsian informasi mengenai jadual bas dan harga tiket bas ke Pulau Pangkor ini bermanfaat kepada anda. Marilah bersama memperkasa dan menyokong industri pelancongan dan pengangkutan awam di negara kita.