Diploma Pengurusan Hotel Syarat Kelayakan & Peluang Pekerjaan
Diploma Pengurusan Hotel (Diploma in Hotel Management) informasi umum syarat kelayakan dan peluang pekerjaan atau kerjaya para graduan dalam bidang ini. Industri perhotelan adalah industri yang sangat berkembang pesat dan memerlukan banyak tenaga mahir dalam bidang tersebut.
Kali ini mari lihat sedikit informasi umum perkara-perkara berikut.
- Apa itu Diploma Pengurusan Hotel
- Syarat kelayakan kemasukan
- Peluang pekerjaan kerjaya masa depan
- Anggaran gaji dalam kerja bidang ini
- Subjek atau silibus pengajian
- pengalaman para pelajar yang ambil bidang tersebut
Mudah-mudahan anda akan berminat ambil bidang ini selepas membaca perkara asas di atas mengenai pengajian dalam bidang ini.
Sebelum ini kami ada menulis sedikit informasi mengenai Diploma Tourism Management (DTM) untuk pelajar lepasan SPM dan STPM. Boleh baca jika berminat dalam bidang tersebut.
Kini industri perhotelan di Malaysia semakin berkembang maju dan memerlukan ramai tenaga pekerja yang berkebolehan dan berkemahiran.
Terutamanya dalam bidang pengurusan bagi memastikan perkhidmatan dan pengurusan yang terbaik sahaja diberikan oleh industri hotel di Malaysia.
Sekaligus meningkatkan lagi kemajuan Malaysia dalam industri hospitaliti dan pelancongan.
Ramai berpendapat, kerja di bidang perhotelan tidak perlu belajar. Siapa kata pengurusan perhotelan tidak perlu pendidikan?
Tahukah anda sebenarnya bidang seperti inilah yang memerlukan pendidikan dan pendedahan bagi melatih pelajar cara dan teknik pengurusan hotel yang terbaik.
Di Malaysia terdapat banyak universiti yang menawarkan kursus pendidikan dalam pengurusan perhotelan.
Bagi mereka yang berminat dengan kursus ini, berikut kami kongsikan sedikit maklumat berkenaan dengan diploma dalam bidang ini.
Apa itu Diploma Pengurusan Hotel?
Ramai tanya, ambil diploma dalam bidang ini belajar apa nanti ya? Diploma dalam bidang ini adalah untuk pelajar-pelajar yang ingin bekerja atau memilih kerjaya masa depan dalam industri perhotelan.
Industri perhotelan sering dikaitkan dengan sektor pelancongan kerana ia berfungsi sebagai tempat kediaman ataupun tempat persinggahan sementara kepada pengunjung di destinasi pilihan masing-masing.
Pengajian diploma dalam bidang ini diwujudkan untuk membantu memenuhi keperluan industri perhotelan yang semakin berkembang dengan pesat di negara kita ini.
Program ini juga membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam perkhidmatan, penginapan, hotel dan perniagaan restoran.
Kursus ini juga bermatlamat untuk melengkapkan diri anda agar mempunyai asas dalam pengurusan hotel dan mempunyai pengetahuan khas dalam program ini untuk menceburkan diri dalam pekerjaan tersebut.
Sebab itu kursus ini disediakan subjek atau silibus pengajian yang benar-benar mampu memenuhi keperluan industri.
Sebab itu anda akan mendapat bahawa subjek atau silibus untuk pengajian peringkat diploma dalam bidang ini jika diteliti benar-benar untuk menyiapkan diri anda untuk kerjaya masa depan dalam bidang hospitaliti.
Subjek atau silibus pengajian boleh anda dapatkan di laman website IPT yang menawarkan kursus ini. Anda boleh request minta kalau mahu dari mereka.
Dengan itu, pelajar akan diberi latihan yang berkesan untuk menguruskan peringkat pertengahan dalam semua bidang dan membantu pelajar menjawat jawatan yang sesuai dalam bidang perhotelan kelak.
IPTA dan IPTS banyak menawarkan kursus ini. Kalau di Malaysia, IPTA yang paling popular dalam bidang pengajian tersebut ialah UiTM dan Politeknik.
Kedua-dua IPTA ini menjadi tumpuan ramai pelajar setiap tahun. IPTS juga banyak menawarkan pengajian dalam bidang ini. Kalau perlu disenaraikan terlalu banyak. Anda boleh cari sendiri kolej yang terdekat dan anda minat.
Syarat Kelayakan Kemasukan
Setiap bidang pengajian peringkat diploma ada syarat kelayakan kemasukan. Begitu juga bidang ini.
Berikut adalah syarat kelayakan bagi Diploma Pengurusan Perhotelan :
Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Warganegara Malaysia
- Lulus dalam SPM
- Lulus Sejarah
- Mendapat lima kepujian dalam mana-mana mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Dan Dua mata pelajaran yang lain yang belum diambil kira kepujiannya tidak cacat anggota badan yang tidak menyukarkan kerja amali.
Walau bagaimanapun untuk IPTS, pelajar biasanya diterima atau layak untuk mengikuti program ini dengan kelayakan minimum SPM 3 kredit (apa-apa subjek), lulus dalam Bahasa Melayu dan juga Sejarah.
Peluang Pekerjaan Atau Kerjaya
Nanti habis pengajian ada kerja ke? Jangan bimbang kerana terlalu banyak kerja menanti anda. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan hotel-hotel sentiasa kekurangan kakitangan.
Sebab itulah hotel sering menjadi tempat pelajar buat kerja part-time kerana ada masa-masa tertentu mereka tidak cukup pekerja terutama dalam service line.
Bahagian operasi hotel terdiri daripada empat buah jabatan yang utama seperti :
Jabatan pengemasan atau housekeeping department, jabatan dapur atau kitchen department, jabatan kaunter hadapan atau front office departmet dan jabatan makanan dan minuman atau beverage department.
Skop kerja setiap jabatan:
1. Jabatan Pengemasan atau dikenali sebagai Housekeeping Department
- Membantu membersihkan bilik air sehingga hilang kekotoran dan tidak berbau.
- Membantu membuang sampah dan menggantikan plastik sampah yang baru serta memastikan kebersihan hotel dalam keadaan yang memuaskan.
- Menggantikan sarung cadar dengan sarung yang bersih selepas ia digunakan oleh pelanggan.
- Menyusun semula perabot-perabot dalam hotel tersebut kepada tempatnya yang asal.
2. Jabatan Dapur atau dikenali sebagai Kitchen Department
- Memastikan setiap menu makanan yang telah dirancang akan dimasak berdasarkan jadual yang telah dirancang.
- Memastikan setiap makanan yang dihidangkan dalam keadaan bersih dan berkualiti.
- Memastikan makanan yang akan dihidangkan mengikut masa yang telah ditetapkan.
- Memastikan bahan mentah yang diperolehi mestilah daripada pembekal hotel untuk mengelakkan sebarang masalah berlaku.
3. Jabatan Kaunter Hadapan atau dikenali sebagai Front Office Department
- Membantu dan memastikan pelanggan membuat pemilihan bilik yang sesuai bagi menjaga keselesaan pelanggan.
- Menjelaskan kemudahan yang telah disediakan oleh pihak hotel bagi mengelakkan berlaku salah faham.
- Memastikan bilik dalam keadaan yang lengkap dan sedia digunakan untuk dijual.
- Memastikan pelanggan check-in dan check-out tepat pada masa yang ditetapkan bagi memudahkan pekerja housekeeping melakukan tugas mereka.
4. Jabatan Makanan dan Minuman atau dikenali sebagai Food & Baverage Department
- Menyambut tetamu dan memberikan khidmat pelanggan yang baik untuk tetamu yang hadir di restoran hotel.
- Memastikan setiap makanan yang dihidang cukup dan sentiasa disusun rapi.
- Membersihkan meja apabila pelanggan selesai makan.
- Membantu pelanggan mengambil pesanan menu yang lain bagi pelanggan yang tidak menginginkan menu yang telah disediakan.
Sebenarnya kerja-kerja di dalam bidang perhotelan tidaklah terhad kepada 3 department di atas sahaja.
Semakin anda berpengalaman, role atau peluang anda naik pangkat semakin tinggi begitu juga dengan tahap gaji anda nanti.
Kerjaya dalam bidang perhotelan sangatlah luas lebih-lebih lagi kepada graduan baru yang sedang mencari pekerjaan dalam bidang ini.
Lebih-lebih lagi industri pelancongan semakin berkembang dan memerlukan individu yang berpotensi tinggi dalam melaksanakan setiap tugas yang diberikan.
Anggaran Yuran Pengajian
Tempoh pengajian bagi program pengurusan perhotelan ialah 3 tahun atau 6 semester.
Anggaran yuran pendaftaran bagi program ini ialah RM550.00. Bergantung kepada IPT itu sendiri.
Manakala yuran pengajian dianggarkan dalam RM19,1300.00 namun yuran tersebut belum melingkungi yuran asrama. Ada juga yang lebih mahal dari itu.
Yuran asrama biasanya bermula dari RM1080 sehingga RM1320 untuk setiap semester bergantung dengan kategori bilik yang anda pilih.
Anggaran Tahap Gaji Graduan Kursus Perhotelan
Kerjaya dalam bidang perhotelan merupakan antara kerjaya yang menguntungkan bagi lepasan graduan.
Bukan sahaja persekitaran pekerjaan yang amat menyeronokkan kerana anda berada dalam sektor pelancongan malahan pendapatan gaji juga amat lumayan dan memuaskan bagi graduan baru dengan anggaran purata sebanyak RM4,500.
Apa yang lebih menarik lagi, selepas anda menjadi graduan lepasan industri perhotelan anda akan mendapat gelaran yang profesional seperti pengurus hotel, pengurus kepimpinan hotel dan banyak lagi yang menyebabkan anda berminat untuk menceburi bidang ini.
Kelebihan Diploma Pengurusan Hotel
Ramai tanya, apa yang bestnya atau kelebihan ambil bidang ini? Rasanya kita telah bercerita panjang mengenainya di atas.
Tapi tidak mengapa mari lihat 2 kelebihan di bawah.
- Banyak ilmu yang dipelajari
Terdapat banyak aspek yang terlibat dalam pengurusan sesebuah hotel.
Ia bermula dari aspek pemakanan sehingga kebersihannya, dari laporan kewangan sehingga keselesaan tetamu.
Dengan itu, pasti banyak ilmu yang akan dipelajari dalam bidang ini.
Pengurusan perhotelan perlu dipelajari kerana memudahkan pengurusan merekrut dan melatih individu sehingga dapat meningkatkan kemahiran yang sedia ada.
Penguasaan bahasa asing juga amatlah penting untuk berkomunikasi dengan tetamu dari luar negara yang menggunakan pelbagai bahasa.
Kemahiran Pengurusan kewangan juga merupakan aspek yang penting yang akan dipelajari oleh pelajar yang berada dalam kursus perhotelan kerana setiap urusan kewangan hotel hanya akan diuruskan oleh mereka yang berpotensi tinggi dalam kerjaya ini bagi menggelakkan sebarang kerugian berlaku.
Jelaslah bahawa lepasan graduan baru bagi program pengurusan hotel akan menghasilkan banyak ilmu bagi memudahkan segala pengurusan perhotelan berada dalam keadaan yang baik.
2. Peluang pekerjaan atau kerjaya yang tinggi
Pengetahuan yang diperolehi melalui program pengurusan perhotelan membekalkan para graduan ilmu yang pelbagai untuk membantu mereka memperolehi jawatan yang sesuai dalam bidang perhotelan.
Antaranya ialah, housekeeping, reception, tour leader sehingga ke hotel manager.
Lebih-lebih lagi, anda boleh membuka bisnes sendiri dengan ilmu yang diperolehi dari program ini seperti mendirikan travel agent kepunyaan anda sendiri.
Walaubagaimanapun, setiap kerjaya yang dipilih haruslah bersesuaian dengan bakat dan minat yang ada pada diri sendiri.
Pengalaman Pelajar
Masih ragu-ragu? Bukan anda seorang yang berfikiran begitu. Ada ramai lagi. Tetapi ramai juga yang telah berjaya menghilangkan keraguan mereka dan mengikuti pengajian ini.
Akhirnya mereka sangat berpuas hati sehingga ramai yang ada menulis dalam blog masing-masing pengalaman mereka mengambil bidang tersebut.
Antara blog yang ada menawarkan pengalaman mereka ialah blog Andre Llyod Stories, Rashid Shahar dan blog Inspirasi Kami.
Kalau ada masa anda boleh layari blog mereka berkenaan bidang pengajian ini. Banyak-banyak membaca untuk dapat lebih banyak informasi.
Semoga sedikit informasi umum mengenai peluang pekerjaan dan syarat kelayakan kemasukan Diploma Pengurusan Hotel ini bermanfaat kepada anda. All the best kepada yang ambil kursus ini.
nak tnya kalau subjek BI dn math sekadar lulus sahaja ada peluang tak untuk masuk bidang pengurusan hotel ini.
Biasanya kelayakan minimum untuk kursus dalam Diploma Pengurusan Hotel ialah SPM 3 kredit mana-mana subjek, lulus BM dan Sejarah. Kalau ada 3 kredit, lulus BI dan Math sepatutnya boleh ambil kursus tersebut. Cuma semak dengan mana-mana kolej terdekat yang ada tawarkan kursus dalam bidang pengajian tersebut.