Diploma Pengurusan Pelancongan Syarat Kelayakan & Peluang Kerjaya

Diploma Pengurusan Pelancongan (tourism management) syarat kelayakan & peluang pekerjaan (Kerjaya) selepas tamat pengajian. Pelancongan adalah antara sektor yang sangat penting di Malaysia kerana ia menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara kita.

Jika sektor ini penting sudah pasti tenaga kerja yang diperlukan dalam sektor ini adalah tinggi ataupun dalam erti kata lain peluang pekerjaan dalam sektor pelancongan adalah sangat luas di Malaysia.

Di Malaysia banyak IPTA / IPTS yang tawarkan program ini seperti di UiTM dan Politeknik, begitu juga di kolej-kolej swasta.

Pelajar yang sedang mencari biasiswa boleh layari senarai biasiswa terkini di Malaysia untuk lepasan SPM dan STPM.

Tahukah anda apa itu pelancongan?

Sebenarnya pelancongan ini adalah sangat menarik kerana ia melibatkan pengembaraan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Pelancongan juga boleh melibatkan pelbagai jenis penduduk, bukan sahaja dari Malaysia malahan penduduk dari luar negara seperti Korea, China, Thailand dan pelbagai lagi negara luar.

Menarik bukan? Siapa sahaja yang tidak tertarik untuk mempelajari bidang pelancongan ini anda bukan sahaja dapat ilmu pengetahuan tapi anda juga akan mendapat pengalaman yang menarik dalam bidang pelancongan.

Ini bermakna beruntunglah kepada mereka yang melanjutkan pelajaran dalam bidang pelancongan seperti pengurusan pelancongan kerana terdapat pelbagai kelebihan jika melanjutkan pelajaran dalam bidang ini.

Antaranya adalah seperti mempunyai peluang pekerjaan yang luas selepas tamat pengajian dan dapat memperoleh pengalaman yang menarik.

Bagi mereka yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pelancongan ataupun mempunyai minat dalam bidang pelancongan anda boleh mencuba untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat Diploma dalam bidang pengurusan pelancongan.

Bagaimana? Mudah sahaja, pada kali ini kami akan kongsikan kepada anda berkenaan dengan Diploma Pengurusan Pelancongan termasuklah kriteria yang diperlukan untuk menceburi bidang ini.

Apa Itu Diploma Pengurusan Pelancongan

Sebelum mengupas lebih lanjut mengenai program ini pertama sekali anda perlu tahu dan faham apa itu Diploma.

Diploma sebenarnya adalah peringkat pengajian dengan kelulusan lebih tinggi daripada peringkat sijil.

Untuk pengetahuan anda, diploma adalah peringkat pengajian yang merupakan peringkat separa profesional di mana pada peringkat ini pelajar memerlukan sekurang-kurangnya sijil bagi memohon kursus-kursus yang ditawarkan.

Apa yang lebih menarik adalah sijil peringkat diploma boleh digunakan dan di terima pakai untuk anda memohon pekerjaan selepas tamat pengajian.

Antara kursus Diploma yang agak popular dalam kalangan pelajar adalah Diploma yang berkaitan dengan Pelancongan dan perhotelan.

Program ini adalah antara kursus diploma yang sangat menarik dan mempunyai pelbagai kelebihan.

Kursus ini direka bagi mendidik dan memberi pengetahuan serta kemahiran yang lengkap kepada pelajar mengenai bidang yang berkaitan dengan industri pelancongan.

Ini termasuklah kemahiran dan pengetahuan dalam operasi pengembaraan serta pelancongan, pengurusan acara, pelancongan reakrasi,perkhidmatan interpretasi pengunjung, pelancongan rekreasi dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan industri pelancongan.

Sebenarnya memang banyak ilmu pengetahuan yang menarik akan anda akan dapat dari kursus ini jika anda melanjutkan pengajian dalam peringkat diploma dalam bidang ini.

Untuk Siapakah Program Ini?

Program ini sebenarnya merupakan program pengajian yang terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai minat dalam bidang pelancongan serta memenuhi syarat kelayakan.

Program ini juga direka bagi pelajar yang berhasrat untuk meluaskan pilihan kerjaya mereka.

Mengapa diploma dalam bidang ini dikatakan boleh meluaskan pilihan kerjaya?

Seperti yang anda tahu sektor pelancongan di Malaysia sememangnya maju dan mempunyai pelbagai cabang yang telah membuka peluang pekerjaan yang luas kepada pelajar pelancongan di luar sana.

Bukan itu sahaja, program ini juga sebagai persediaan bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pelancongan.

Jika anda mempunyai minat dalam bidang pelancongan dan berminat untuk mempelajari dengan lebih dalam berkenaan dengan sektor pelancongan serta berhasrat untuk menceburi bidang pelancongan maka program ini sangat sesuai untuk anda.

Matlamat Program

Matlamat program ini adalah seperti berikut:

  • Bermatlamat untuk menyediakan pelajar yang lengkap dengan kemahiran teknikal dan praktikal serta ilmu pengetahuan yang luas dalam sektor pelancongan.
  • Menyediakan pelajar secara menyeluruh untuk menghadapi persekitaran dunia luar yang sebenar dengan lebih yakin.
  • Bagi membentuk pelajar yang berusaha lebih gigih serta bijak bagi menghadapi cabaran serta persaingan dalam industri pelancongan.
  • Menyediakan tenaga yang mahir dan berpengetahuan dalam bidang pelancongan.
  • Bagi meningkatkan masa depan serta kemajuan industri pelancongan negara.

Syarat Kelayakan

Untuk memasuki program ini terlebih dahulu anda perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah di tetapkan.

Bagi memudahkan anda berikut dikongsikan syarat-syarat kelayakan bagi program diploma dalam bidang tersebut bagi Institusi awam dan Institusi swasta.

1. Syarat Kelayakan Institusi Awam

Berikut adalah syarat kelayakan program bagi Institusi awam:

A. SPM/SPMV

  • Pelajar perlu lulus SPM/SPMV dengan sekurang-kurangnya 5 kredit termasuklah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  • Memperoleh Gred B dalam matematik atau matematik tambahan serta mana-mana dua subjek lain.

B. Pra Diploma

  • Pelajar perlu lulus program Pra Diploma Perdagangan (PD002/PD003) daripada universiti yang sama.

Sijil

  • Pelajar perlulah lulus sijil Pengendalian urusan Pelancongan.

Syarat kelayakan di atas adalah merujuk kepada syarat kelayakan bagi UiTM, syarat ini kemungkinan berbeza dengan syarat kelayakan institusi awam yang lain.

2. Institusi Swasta

Berikut adalah syarat kelayakan program bagi Institusi swasta:

  • Pelajar perlulah lulus dalam SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dengan sekurang-kurangnya memperoleh 3 kredit dalam mana-mana 3 subjek.
    Atau,
  • Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan memperoleh sekurang-kurangnya Gred B dalam mana-mana 3 subjek termasuklah subjek matematik serta lulus dalam subjek Bahasa Inggeris.
    Atau,
  • Mempunyai sijil atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dalam apa-apa bidang berkaitan dengan memperoleh CGPA sekurang-kurangnya 2.00.
    Atau,
  • Kelayakan lain yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Syarat Kelayakan di atas adalah merujuk kepada syarat kelayakan bagi Cosmopoint College.

Syarat kelayakan ini kemungkinan berbeza dengan syarat kelayakan institusi swasta yang lain.

Tempoh Pengajian

Bagi menyediakan pelajar yang berkemahiran serta berpengetahuan yang lengkap dalam bidang pengurusan pelancongan, tempoh pengajian yang bagi program ini adalah 6 hingga 8 Semester.

Di mana pada semester ke 5 pelajar diperlukan untuk menjalani Latihan Industri bagi memberikan pelajar kemahiran praktikal yang sebenar dalam sektor pelancongan.

Ini bagi menyediakan pelajar secara menyeluruh bagi menempuh alam pekerjaan dalam sektor pelancongan kelak.

Peluang Kerjaya

Berikut adalah antara bidang kerjaya bagi pelajar yang Berjaya menamatkan pengajian dalam program Diploma Pengurusan Pelancongan:

  1. Operasi penerbangan
  2. Industri tour & leisure
  3. Pemasaran pelancongan
  4. Event manager
  5. Pengurus projek eko-pelancongan
  6. Pengurus pemasaran pelancongan
  7. Pengurus eksekutif

Sebenarnya banyak lagi bidang kerjaya yang boleh diceburi oleh pelajar dalam bidang pengurusan pelancongan memandangkan pelancongan adalah antara sektor yang maju di Malaysia.

Kursus pengurusan pelancongan sememangnya memberi pelbagai manfaat kepada pelajar yang mengikuti kursus tersebut.

Bagi mereka yang berminat dengan kursus ini jangan lepaskan peluang anda untuk memohon bagi mendaftarkan diri anda dalam kursus tersebut.

Semoga sedikit informasi berkenaan peluang pekerjaan dan syarat kelayakan Diploma Pengurusan Pelancongan ini memberi manfaat kepada pelajar yang berminat sambung pengajian dalam bidang ini.