Cara Tukar Kad Debit Maybank Tamat Tempoh Atau Hilang

Cara tukar kad debit Maybank tamat tempoh atau hilang. Adakah kad debit Maybank anda sudah luput atau hilang? Mesti ramai pernah mengalami masalah nie. Kali ini kita sembang sedikit mengenainya, mana tahu bermanfaat.

Terdapat pelbagai cara untuk tukar kad debit Maybank bagi kad yang sudah hilang atau tamat tempoh.

Pembaharuan kad debit yang tamat tempoh

Cawangan Bank ATM

Anda boleh membuat pembaharuan kad atau penukaran kad debit secara manual di mana-mana cawangan bank Maybank.

Pastikan anda membawa kad pengenalan serta kad debit anda yang lama semasa berkunjung ke mana-mana cawangan bank.

Secara Atas Talian (online)

Kini anda turut boleh membuat pembaharuan kad atau penukaran kad debit secara atas talian di laman web Maybank2u kecuali bagi kes melibatkan kehilangan atau kecurian kad.

Cara ini amat mudah dilakukan dan menjimatkan masa pengguna. Anda perlu log masuk ke dalam akaun Maybank2u, dan pilih profil di penjuru kanan diikuti dengan bahagian “settings”.

Seterusnya, anda perlu pilih tab “cards” dan pilih jenis debit kad yang ingin ditukar.

Kemudian, klik pada butang titik tiga dan klik pada bahagian “replace card”.

Sila lengkapkan info seperti alamat dan klik T&C dan bahagian “replace card”. Pengguna perlu tekan “request SMS TAC” dan masukkan TAC yang diterima di ruang disediakan dan klik butang “Confirm”.

Setelah melengkapkan proses permohonan kad debit baharu, kad debit akan dihantar ke alamat diberikan dalam tempoh 9 hari bekerja dari tarikh permohonan.

Untuk pengetahuan pengguna, caj sebanyak RM 12 akan dikenakan bagi setiap pertukaran kad baharu. Amaun ini akan ditolak terus dari baki akaun anda.

Tukar Di Kiosk

Tahukah anda, anda boleh menukar kad debit baharu di kiok sahaja tanpa perlu beratur panjang di bank.

Cara ini bukan sahaja mudah, malah turut menjimatkan masa dan tenaga anda.

Pertama sekali, anda perlu pergi ke bank yang memiliki Express Debit Card Replacement kiosk and masukkan kad bank lama serta no pin kad tersebut.

Seterusnya, pilih jenis kad baharu yang anda suka dan kemudian, masukkan MyKad. Imbas ibu jari anda.

Selepas itu, dalam beberapa minit sahaja, anda akan memperoleh kad debit baharu.

Pengaktifan Kad Debit

Setelah menerima kad debit baharu, anda perlu mengaktifkan kad tersebut sebelum sebarang penggunaan.

Terdapat dua cara untuk mengaktifkan kad debit, iaitu, pengaktifan kad debit di ATM Maybank dan secara online.

Pengaktifan Di ATM

Masukkan kad debit ke dalam mesin ATM dan masukkan nombor PIN anda.

Seterusnya, tekan transaksi lain dan tekan pilihan perkhidmatan lain. Pilih skrin berikutnya dan tekan pada pengaktifan kad.

Pengaktifan Kad Secara Atas Talian

Bagi pengaktifan kad debit, anda perlu log masuk ke dalam akaun Maybank di laman web Maybank2u.

Pilih bahagian settings dan klik pada bahagian kad.

Setelah itu, tekan “Manage Debit Cards” dan akhirnya klik pada bahagian “Activate”.

Kad Debit Yang Hilang

Bagi kad debit yang hilang, terdapat beberapa prosedur yang perlu dibuat.

Pertama kali anda perlu menyekat kad tersebut dengan menghubungi customer service Maybank di nombor 1300886688.

Sekiranya pengguna berada di luar negara, anda perlu menghubungi normbo +60378443696.

Menyekat kad dapat memastikan wang baki dalam bank selamat. Seterusnya, anda perlu pergi ke cawangan bank Maybank berdekatan untuk membuat pembaharuan kad.

Sila membawa dokumen penting kad pengenalan, buku bank dan sejumlah wang untuk penggantian kad baru (RM 15).

Harap sedikit informasi mengenai cara tukar kad debit maybank tamat tempoh atau hilang ini dapat membantu anda sedikit sebanyak. Mungkin ada perubahan dibuat oleh pihak bank dari masa ke semasa. Silalah berhubung dengan pihak bank berkenaan untuk maklumat lebih terkini.