7 Kelebihan Masuk Kolej Selepas SPM
Adakah anda masih memikirkan sama ada pilihan untuk masuk ke kolej adalah pilihan terbaik untuk anda? Ramai yang punya atau hadapi persoalan nie terutama adik-adik lepasan SPM.
Sesetengah orang ingin pergi ke kolej dengan harapan akan mendapatkan pekerjaan yang bergaji tinggi setelah mereka menamatkan pengajian mereka nanti.
Namun, yang terbaik adalah seseorang yang memilih untuk masuk ke kolej dengan niat untuk menimba ilmu pengetahuan dan mengembangkan kemahiran mereka, kerana mereka tahu dengan adanya ilmu pengetahuan dan kemahiran, mereka boleh mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih besar dan luas setelah tamat pengajian nanti.
Walau bagaimana pun, setiap individu mempunyai sebab mereka sendiri untuk melanjutkan pelajaran di kolej pengajian.
Perlu juga anda ketahui bahawa belajar di kolej atau IPTS / IPTA juga melayakkan anda memohon biasiswa untuk membiayai pengajian anda jika layak dan ada reziki dapat tajaaan pendidikan.
Jika anda sedang memikirkan sama ada ingin melanjutkan pelakaran ke kolej atau pun tidak, anda boleh teruskan membaca.
- Menemui Minat Sebenar Anda
Kehidupan di kolej sangat penuh dengan pelbagai jenis pendedahan tentang ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang kemahiran dan kerjaya.
Kolej juga memberi peluang untuk kita memilih sendiri minat yang ingin kita ceburi.
Setiap jurusan yang dipilih mempunyai kursus-kursus pendidikan am dan elektif tertentu yang mesti diikuti.
Jadi, di samping mempelajari tentang bidang yang dipilih, anda juga boleh serba sedikit mempelajari tentang asas jurusan yang lain.
Semasa dalam kelas pembelajaran, anda boleh saja didedahkan dengan subjek yang anda tidak pernah terfikir untuk mendalaminya, tetapi anda sebenarnya mememui minat anda dalam bidang tersebut.
2. Meningkatkan Peluang Mendapatkan Pekerjaan Yang Lebih Baik
Pada masa kini, kebanyakan pekerjaan memerlukan kelayakan ijazah yang diiktiraf daripada kolej.
Walau bagaimana pun, ia tetap bergantung terhadap jawatan yang diinginkan.
Sekiranya anda ingin bekerja dalam bidang tertentu atau memegang jawatan profesional, maka anda harus memerlukan ijazah di peringkat yang lebih tinggi seperti ijazah sarjana, Master, atau pun, Doktor Falsafah (PhD).
Bergantung terhadap industri yang dipilih, peringkat sijil ijazah mungkin akan memberi kesan terhadap peluang anda untuk diterima bekerja di syarikat mereka.
Penting, pastikan kursus anda mendapat pengiktirafan dari MQA. Check dahulu sebelum ambil apa-apa kursus keminatan anda.
3. Potensi Pendapatan Gaji Yang Tinggi
Pekerjaan yang memerlukan kelayakan ijazah mempunyai gaji permulaan yang lebih tinggi dan berpotensi untuk menjadi lebih tinggi secara beransur-ansur.
Ringkasnya lagi, semakin tinggi tahap pendidikan anda, semakin tinggi nilai gaji yang anda boleh capai.
Untuk menguatkan lagi pernyataan tersebut, kita boleh rujuk laporan Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyatakan bahawa seorang siswazah baharu lepasan diploma boleh mendapat pendapatan RM1,376 pada 2018 sementara pemegang ijazah sarjana RM2,923.
Perbezaan nilai sangat jauh bukan? Oleh itu jika anda memasuki kolej, anda boleh mencapai pendapatan yang jauh lebih baik berbanding jika anda tidak memasuki kolej.
4. Meningkatkan Kemahiran Diri
Kursus-kursus di kolej menawarkan dan mengajar pelbagai jenis kemahiran. Secara umumnya, kemahiran boleh sahaja sama ada hard skills atau pun soft skills.
Hard skills merujuk kepada pekerjaan yang cenderung dilakukan secara tekninal, contohnya jika anda ingin seorang web developer, maka kemahiran yang anda akan pelajari adalah kemahiran pengekodan.
Soft skills pula adalah kemahiran peribadi seseorang termasuk kemahiran berkomunikasi, mendengar, pengurusan masa, kerja berpasukan dan sebagainya.
Kolej akan mengajarkan kedua-dua jenis kemahiran tersebut dan anda sendiri juga berperanan untuk mengambil peluang yang diberikan di kolej.
Kemahiran-kemahiran tersebut sangat penting dan berguna ketika masuk ke alam pekerjaan nanti.
5. Membina Rangkaian Dengan Orang Ramai
Pelajar di kolej mempunyai peluang untuk bertemu dan berkenalan dengan ramai orang daripada pelbagai latar belakang dari seluruh negara.
Kolej bukan sahaja mengajarkan akademik semata-mata, tetapi ia juga mengajar tentang nilai rangkaian dan hubungan baik sesama manusia.
Rangkaian yang dibina bersama pelajar, pensyarah, fakulti, dan alumni boleh membantu anda di masa akan datang semasa hendak memohon pekerjaan atau pun memulakan hubungan perniagaan.
Jika anda sudah mengenali rakan-rakan yang mempunyai kerjaya dan prestasi yang mantap, ia akan memudahkan anda untuk mengambil peluang dan mendapatkan pekerjaan.
6. Membangunkan Keperibadian Yang Lebih Mantap
Masuk ke kolej juga akan membina kebolehan diri dan keyakinan diri yang tinggi.
Selepas menamatkan pengajian, graduan kolej akan cenderung mempunyai tahap keyakinan diri dan perasaan pencapaian yang lebih tinggi.
Ia sangat memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan seharian dan ia juga dapat membimbing anda semasa di tempat kerja agar lebih yakin menghadapi apa jua situasi.
Selain itu, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di kolej boleh membantu pelajar dalam kemahiran pengurusan masa.
Di peringkat kolej lagi, pelajar telah dilatih untuk mengatur masa pembelajarn, beraktiviti di luar kelas, kokurikulum, dan menyiapkan tugasan kursus.
7. Membangunkan Kemahiran Teknikal
Sesetengah bidang pengajian di kolej menekankan kemahiran teknikal yang boleh membantu kejayaan pelajar dalam pekerjaan pertama mereka.
Sebagai contoh, kelas statistik boleh mengajar anda cara menggunakan perisian statistik atau kelas komunikasi boleh mengajar anda cara terbaik untuk memberikan pembentangan yang paling berkesan.
Mempelajari cara membangunkan aplikasi, menghasilkan video dan bekerja dengan AI ialah kemahiran teknikal lain yang boleh menjadikan anda mempunyai nilai yang tinggi dipasaran kerja.
Apabila anda memilih bidang kursus, pastikan anda mempertimbangkan kursus yang mengajar anda kemahiran teknikal untuk kerjaya masa depan yang anda inginkan.
Melanjutkan pelajaran ke kolej adalah pengalaman yang berbeza bagi setiap pelajar.
Jika anda ingin bekerja dalam bidang tertentu dan membina kerjaya yang lebih profesional, maka ijazah daripada kolej sangatlah penting.
Tidak kira apa pun keputusan akademik anda, anda harus mempunyai strategi sendiri untuk memaksimumkan peluang anda untuk memasuki kolej.
Memasuki kolej mengajarkan banyak kemahiran, pengalaman, dan memberi impak yang besar terhadap potensi pendapatan anda kelak – Penulis: Nuaimah Darmis
penulisan dan penerangan yg baik serta mudah utk di fhmi
Terima kasih, kami akan cuba yang terbaik untuk artikel-artikel seterusnya.