RoRo Langkawi Kuala Perlis Perkhidmatan Pengangkutan Kenderaan Dan Penumpang
Bercadang pergi Langkawi, dan nak bawa kereta sendiri ke sana, boleh ke? Anda mungkin perlukan kenderaan sendiri untuk bergerak di Langkawi ataupun anda mungkin risau untuk meletakkan kereta anda terlalu lama di tempat awam tanpa pengawasan anda kan?
Jadi anda mahu membawanya sekali ke sana.
Jawapannya sudah tentu boleh dengan Roro Langkawi!
Di Kuala Perlis, terdapat perkhidmatan pengangkutan feri Roro yang membawa penumpang bersama kenderaan ulang alik dari Kuala Perlis ke Langkawi setiap hari.
Anda mesti nak tahu tentang apa sahaja dokumen yang diperlukan untuk perkhidmatan feri Roro, berapa harga yang perlu dibayar, bagaimana nak tempah Roro Langkawi, apa panduan menaiki Roro Langkawi, dan banyak lagi persoalan.
Mari tengok sedikit info di bawah. Mungkin ianya sedikit sebanyak boleh membantu anda.
Waktu Operasi Roro Langkawi
Roro Langkawi beroperasi pada waktu pejabat 8.30am hingga 5.00pm
Tempahan Roro Langkawi Online (Atas Talian)
Rancang perjalanan anda sebaik mungkin! Lebih baik jika anda tempah awal sebulan dari tarikh perjalanan anda, ataupun paling lewat 3 hari sebelum anda ingin pergi ke Langkawi.
Risaulah kalau anda lewat menempah tiket, tiada kekosongan untuk anda pada hari tersebut.
Dengan beberapa panduan ini, pasti lebih mudah dan cepat jika anda membuat tempahan secara atas talian, yang paling penting tidak perlu untuk berbaris di kaunter.
- Pertama sekali, anda perlu layari pautan http://www.langkawiroro.com/about-us.html.
- Kemudian anda lengkapkan bahagian yang laman tersebut minta.
- Setelah anda selesai isi, klik ‘continue’.
- Laman seterusnya anda membawa anda untuk proses pembayaran.
- Akhir sekali, penting untuk anda cetak resit sebagai rujukan dan bukti tempahan anda.
Persiapkan dokumen ini sebelum menempah Roro Langkawi- Geran kenderaan.
– Sebelum tempah, pastikan anda sediakan salinan geran kenderaan anda. Fotostet hadapan dan belakang ya!
-Selepas itu anda boleh hantar sama ada melalui e-mail ataupun whatsApp ke:
E-mail langkawiroro@yahoo.com
whatsApp 013 – 749 5881 / 013 – 721 3881
- Geran kenderaan.
- Salinan kad pengenalan ataupun IC pemandu.
- Maklumat penumpang iaitu nama dan nombor kad pengenalan.
- Nombor telefon pemandu.
Bagaimana menempah untuk kenderaan yang bukan milik anda?
Anda mungkin ditugaskan oleh syarikat untuk menghantar kenderaan majikan ke Langkawi ataupun mungkin kenderaan tersebut adalah milik saudara atau rakan anda.
Jadi apa yang anda perlu lakukan adalah, anda perlu sertakan surat kebenaran daripada pemilik kenderaan dan IC pemandu.
Bagi kenderaan yang dari luar negara pula, anda mungkin memiliki kereta import seperti BMW ataupun Mercedes kan, jadi apa yang anda perlukan adalah insurans Malaysia.
Itu sahaja, mudah kan!
Kadar Tambang Roro Langkawi
Agak-agak mahal tak? Sebenarnya kadar harga ikut kepada jenis kenderaan juga, kadar harga bagi kereta tempatan pastinya lebih murah sedikit berbanding kereta import.
Untuk pengetahuan anda, caj tambang dan caj pelabuhan adalah berbeza. Anda boleh melihat senarai jenis kenderaan berserta caj yang dikenakan di bawah.
Kadar Tambang Kenderaan dari Kuala Perlis Ke Langkawi
Kadar Tambang Bagi Penumpang dari Kuala Perlis Ke Langkawi
Nota: Kadar tambang ini mungkin boleh berubah dari masa ke semasa. Semak dengan pihak pengusaha RoRo sebelum membuat sebarang tempahan.
Peringatan Sebelum Menaiki Roro Langkawi
Sebelum penumpang ataupun kenderaan menaiki feri, pihak kastam akan melakukan pemeriksaan terlebih dahulu, jadi pastikan anda tidak datang lewat ke jeti.
Anda dikehendaki tiba di jeti 2 jam sebelum feri berlepas ke Langkawi.
Borang kenderaan anda berkemungkinan akan dibatalkan oleh pihak Roro Langkawi jika anda tidak hadir dalam masa yang mereka tetapkan.
Jadi pastikan anda rancang masa anda sebaik mungkin untuk mengelakkan sebarang masalah.
Pembatalan borang pula bukan percuma tau, malah anda akan dikenakan kompaun sebanyak RM50 oleh pihak kastam!
Setelah tiba di Langkawi/Kuala Perlis, jangan lupa untuk buat pengesahan perjalanan pulang anda di kaunter Roro. Barulah proses perjalanan pergi dan balik anda pun akan menjadi mudah.
Maklumat Lanjut Roro Langkawi
Jika anda ingin berurusan secara terus dengan pihak Roro Langkawi, anda boleh catat alamat pejabat utama dan nombor telefon mereka yang anda boleh hubungi.
Pejabat utama
N0. 1 Blok B,
Kompleks Dermaga Tanjung Lembung,
Mukim Ulu Melaka
07000 Langkawi
Tel : 04-966 9881
Pejabat Operasi Kuala Perlis
Bersebelahan Masjid Al-Hussin,
Laman Brasmana,
02000 Kuala Perlis,
Perlis.
Tel : 04 985 4881
Selamat bercuti, marilah bersama menyokong industri pelancongan dalam negara kita.