RORO Kuala Perlis Ke Langkawi: Jadual & Harga Tiket

RORO Kuala Perlis ke Langkawi setiap hari. Kali ini kami ingin cerita sedikit informasi mengenai harga tiket dan jadual perjalanan RO-RO dari Kuala Perlis ke Langkawi. Ingin merasai pengalaman baharu melancong Langkawi dengan membawa kereta sendiri? Cubalah menggunakan perkhidmatan feri Ro-ro yang boleh diambil dari Kuala Perlis.

Baca juga: Jadual feri ke Langkawi dari Kuala Perlis

Melawat Langkawi dengan menaiki kenderaan sendiri seperti kereta bukan sahaja menjimatkan wang malah turut memudahkan pelancong untuk membawa barangan banyak yang dibeli sewaktu shopping di Langkawi dengan mudah.

Cuba bayangkan situasi mengangkat barangan yang banyak menaiki feri yang padat dengan pelancong lain. Sudah pasti membawa kereta sendiri menaiki perkhidmatan feri Ro-ro merupakan idea terbaik. Antara syarikat yang popular untuk menawarkan perkhidmatan feri Ro-ro ialah Langkawi Ro-Ro Feri Services Sdn Bhd.

Syarikat ini bukan sahaja terkenal dalam kalangan para pelancong malah turut popular dalam kalangan para pedagang yang menuju ke Langkawi. Feri ini menuju ke jeti Dermaga Tanjung Lembah di Langkawi dan perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi menaiki perkhidmatan ini mengambil masa selama 2 jam 30 minit.

Sementara itu mungkin ramai tidak tahu apa tu RORO / RO-RO. RORO sebenarnya adalah ringkasan bagi Roll On / Roll Off. Biasanya kapal yang menjalankan perkhidmatan RORO adalah membawa kargo beroda seperti kereta, trailer atau gerabak keretapi.

Para pelancong yang ingin menggunakan servis ini dinasihatkan untuk menempah tiket lebih awal di laman web syarikat ini terutama yang mengunjungi Langkawi pada musim cuti sekolah bagi mengelakkan masalah tiket habis.

Untuk pengetahuan anda, tempat di feri ini agak terhad. Pastikan anda menempah tiket penumpang lebih awal.

Harga Tiket / Tambang Ro-Ro Ferry Services

Terdapat dua jenis tambang tiket yang perlu dibayar oleh pelancong yang ingin menggunakan perkhidmatan feri Ro-ro iaitu tambang tiket penumpang dan tambang tiket kenderaan dibawa.

Penumpang boleh menempah tiket “one way” (sehala) atau “return ticket” (pergi-balik).

Anda dinasihatkan untuk menempah tiket untuk pergi- balik terus disebabkan agak sukar untuk menempah tiket balik terutama pada musim cuti. Anda boleh mendapatkan tiket melalui penempahan di online atau secara manual di kaunter.

Berikut merupakan harga tambang untuk kenderaan dibawa:

1. Kereta Sedan

Bagi mereka yang membawa kereta sedan, harga tambang bergantung pada CC (kapasiti engine kereta) kereta. Kereta memiliki CC besar dikenakan tambang yang tinggi. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk jadual di bawah.

Senarai harga tambang RORO Kuala Perlis ke Langkawi untuk kereta kategori sedan

2. Kereta SUV, MPV, PICK UP, VAN dan 4X4

Senarai di bawah pula adalah untuk kereta kategori SUV, MPV, PICK UP, VAN dan 4X4 untuk mengangkut kenderaan anda dari Kuala Perlis ke Langkawi.

Senarai harga tambang untuk kereta jenis SUV MPV PICK UP VAN dan 4x4

3. Kereta Mewah (Luxury Car)

Pelancong yang membawa kereta mewah biasanya dikenakan tambang tiket yang lebih mahal berbanding dengan kereta sedan. Contoh kereta mahal adalah berikut: Mercedes, Audi, BMW, Jaguar dan Volvo. Berikut merupakan harga tambang dikenakan bagi kereta- kereta mewah.

  • Sehala (Kaunter): RM 321
  • Dua hala (Kaunter): RM 622
  • Sehala (tempah online): RM 311
  • Dua hala (tempah online): RM 602

4. Super Car

Bagi mereka yang ingin membawa supercar ke Langkawi dengan menggunakan perkhidmatan feri roro, berikut adalah harga tambang ditetapkan.

  • Sehala (Kaunter): RM 402
  • Dua hala (Kaunter): RM 804
  • Sehala (tempah online): RM 392
  • Dua hala (tempah online): RM 784

Mungkin kerana Super Car perlukan proses perhatian/pengendalian yang lebih banyak dan rumit, sebab itu mahal dari jenis kereta yang lain.

5. Bas Dan Coach

Untuk yang hendak menggunakan perkhidmatan RORO untuk bawa bas atau coach ke Langkawi, senarai di bawah adalah tambang yang dikenakan.

Senarai harga tambang RORO untuk bas dan coach ke Langkawi

6. Motorsikal (Motorcycle)

Untuk yang hendak bawa motorsikal ke Pulau Langkawi, boleh rujuk jadual tambang RORO di bawah sebagai panduan anda.

Senarai tambang RORO ke Langkawi untuk motorsikal

7. Tambang RORO Untuk Penumpang

Kalau hendak gunakan perkhidmatan ini ke Langkawi penumpang juga bayar tambang. Rujuk jadual di bawah untuk kadar tambang penumpang mengikut kategori.

  • Dewasa : RM 18/ RM 36 (sehala/ pergi- balik)
  • Kanak-kanak (2-11 tahun): RM 13/ RM 26 (sehala/ pergi- balik)
  • Warga Emas: RM 13/ RM 26 (sehala/ pergi- balik)
  • Orang Kurang Upaya (OKU): RM 13/ RM 26 (sehala/ pergi- balik)
  • Bayi (23 bulan ke bawah): RM 3/ RM 6 (sehala/ pergi -balik)

Note: Semua senarai harga tambang di atas adalah subject to (bergantung) kepada perubahan yang akan dilakukan oleh pengusaha (syarikat) RORO dari masa ke semasa. Untuk tambang RORO yang terkini ada baiknya rujuk terus ke website rasmi mereka.

Panduan Book Tiket RoRo Kuala Perlis Ke Langkawi

Bagi mereka yang berminat menggunakan perkhidmatan Langkawi Ro-Ro Feri Services Sdn Bhd, berikut merupakan panduan untuk menempah tiket.

Pastikan dokumen- dokumen penting perlu disediakan sebelum membuat penempahan tiket :
1. Salinan Geran kenderaan
2. Salinan IC pemandu
3. Maklumat penumpang (Nama dan nombor kad pengenalan)
4. Nombor telefon pemandu
5. Sebarang maklumat atau dokumen berkaitan

Bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan kereta sewa atau bukan pemilik sebenar kenderaan tersebut, pastikan anda menyertakan surat kebenaran menggunakan kenderaan daripada pemilik kenderaan. Semua dokumen perlu dihantar kepada syarikat ini melalui emailenquiry@langkawiroro.com atau faks 04-9855880.

Syarikat Langkawi Ro-Ro Feri Services Sdn Bhd. akan memproses dokumen- dokumen dihantar dan para penumpang akan memperoleh info tempahan melalui SMS atau email selepas pengesahan dokumen. Pastikan anda menghantar semula segala maklumat kepada syarikat tersebut sekurang- kurangnya 3 hari sebelum tarikh perjalanan. Bayaran haruslah dilakukan secepat mungkin dan harga tiket akan diberitahu melalui email atau SMS.

Para penumpang perlu memastikan kenderaan anda berada 2 jam lebih awal daripada waktu perjalanan untuk memudahkan urusan pemeriksaan kastam. Tiket anda akan dibatalkan jika tidak mematuhi syarat ini.

Bagi mereka yang berhasrat menggunakan perkhidmatan ini, anda boleh menghubungi nombor telefon di bawah untuk maklumat lanjut.

Nombor telefon: 04-9854881 (Kuala Perlis)
Nombor telefon: 04-9669881 (Langkawi)
Laman web: http://www.langkawiroro.com/

Semoga perkongsian info mengenai RORO Kuala Perlis ke Langkawi ini bermanfaat kepada anda. Bersama kita menyokong dan memperkasakan industri pelancongan dalam negara kita.

Maklumat Berkaitan

Adakah terdapat ferry kereta Kuala Perlis untuk ke Langkawi?

Ada. Anda boleh gunakan perkhidmatan RoRo dari menghubungkan kedua-dua destinasi tersebut.

Maklumat no telefon RORO Kuala Perlis

Anda boleh gunakan maklumat perhubungan atau contact number yang tertulis di atas.

Berapa harga RORO Kuala Perlis ke Langkawi?

Harga berbeza mengikut jenis kereta. Rujuk jadual harga di atas atau anda boleh berhubung terus dengan syarikat pengusaha perkhidmatan tersebut.

Jadual RoRo Kuala Perlis tahun ini?

Untuk jadual waktu perjalanan / perkhidmatan RoRo anda boleh semak terus dari website rasmi syarikat pengusana RoRo. Pautan ke website RORO Langkawi ada di atas.