Jadual Feri Kuala Perlis Ke Langkawi & Harga Tiket

Jadual feri Kuala Perlis ke Langkawi dan harga tiket dari RM 17.00 tahun 2020 sebagai informasi umum para penumpang feri. Info ini mungkin bermanfaat jika anda merancang untuk melawat Pulau Langkawi semasa cuti-cuti yang akan datang. Pulau yang terkenal dengan gelaran ‘Pulau Lagenda’ ini sememangnya kaya dengan tarikan pelancong yang sukar dilupakan.

Penumpang boleh book tiket feri secara online >> DI SINI

Sebelum ini kamu ada buat perkongsian info mengenai perkhidmatan feri Kuala Kedah ke Langkawi. Memang ramai penumpang yang memilih untuk ke Langkawi dari Terminal Feri Kuala Kedah.

Kali ini kami akan kongsikan pula info mengenai jadual feri ke Langkawi dari Kuala Perlis untuk memudahkan anda merancang perjalanan melawat pulau yang indah tersebut.

Suka kami ingatkan anda bahawa biasanya akan berlaku peningkatan jumlah penumpang feri pada musim cuti sekolah dan perayaan. Kalau tidak mahu kehabisan tiket bolehlah tempah tiket ferry lebih awal.

Salah satu sebab mengapa ramai yang melawat pulau bebas cukai ini kerana ianya adalah ‘gateway’ ferry ke Koh Lipe Thailand yang terkenal dengan pantai yang cantik dan air yang jernih. Ramai berpendapat, pulau itu setanding dengan Maldives.

Jika anda bercadang menggunakan applikasi online untuk beli tiket, ada banyak portal yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Antara portal yang orang ramai sering gunakan untuk tempahah tiket feri ialah portal Easybook.com

Jadual Feri Langkawi Ke Kuala Perlis & Harga Tiket

FeriĀ  yang bertolak dari jeti Kuala Perlis ke Langkawi bermula seawal jam 7.00 pagi dan yang terakhir biasanya bertolak pada pukul 7.00 petang sebanyak lebih kurang 8 trip keseluruhannya melainkan ada disediakan extra trip kerana permintaan yang tinggi seperti semasa musim perayaan atau ada acara besar di Pulau Langkawi.

Antaranya yang sering diadakan di sana ialah Le Tour de Langkawi dan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi. Pada masa tersebut ramai pengunjung akan ke sana untuk menyaksikan acara tersebut.

Manakala feri yang bertolak dariĀ  Langkawi ke Kuala Perlis bertolak seawal jam 7.30 pagi dan yang terakhir pada pukul 7.00 petang.

Tambang atau harga tiket feri dari Kuala Perlis ke Langkawi dan sebaliknya adalah seperti di bawah;

  • Dewasa (Adult) – RM17.00
  • Kanak-Kanak (Children) – RM13.00

Nota: Harga tiket ini mungkin akan berubah dari masa ke semasa terutama semasa musim PKP ini. Jika perlukan maklumat terkini, ada baiknya berhubung terus dengan pihak pengusaha feri menggunakan contact number di bawah.

Untuk memudahkan anda sila rujuk jadual waktu perjalanan feri di bawah untuk panduan anda.

Jadual perjalanan feri dari Langkawi ke Kuala Perlis

Nota: Jadual feri Kuala Perlis ke Langkawi ini boleh berubah dari masa ke semasa. Kami akan cuba kemaskini maklumat terbaru jika ada di page ini.

Untuk perjalanan ke dan dari Langkawi terdapat 5 feri yang melakukan perjalanan dari Langkawi ke Kuala Perlis iaitu Ferry MY MASTER, STARCITY 5, LANGKAWI FERRY 3, MY MASTER 2 dan CORAL ISLAND 1.

Maklumat Perhubungan Jeti Kuala Perlis / Langkawi

Maklumat jadual feri dan harga tambang feri ini mungkin boleh berubah dari masa ke semasa. Untuk info terkini ada baiknya anda semak terus dengan pihak kaunter tiket feri di jeti Kuala Perlis atau Langkawi.

Jika anda perlukan maklumat lanjut dan terkini anda boleh menghubungi pihak Langkawi Ferry Line Venture menggunakan maklumat perhubungan di bawah atau layari website rasmi mereka. Di bawah ada maklumat perhubungan untuk kaunter tiket feri Kuala Perlis dan Langkawi.

Kaunter Tiket Feri Kuala Perlis
Jeti Penumpang Kuala Perlis
02000 Perlis Indera Kayangan
Tel : 04-985 2539 / 04-985 1899

Kaunter Tiket Feri Langkawi
Kaunter Langkawi No.1, 6 & 7, Kompleks Jetty Point
07000 Langkawi, Kedah Darul Aman
Tel : 04-966 5889 / 04-9665131

Kemudahan Parking Kenderaan Di Jeti Kuala Perlis

Jika anda memandu hingga ke jeti Kuala Perlis dan tidak berhasrat untuk membawa masuk kenderaan anda ke Langkawi terdapat banyak kemudahan tempat parking kereta di jeti Kuala Perlis yang boleh anda gunakan.

Jika anda berhasrat membawa masuk kenderaan anda ke Langkawi bolehlah gunakan perkhidmatan RO-RO dari Kuala Perlis. Kami ada menulis info terperinci mengenai perkhidmatan RORO Kuala Perlis tersebut untuk panduan anda.

Jika anda tidak membawa kereta anda masuk ke pulau tersebut, jangan risau kerana ada banyak perkhidmatan kereta sewa murah yang ditawarkan untuk pengunjung.

Sudah tentu, untuk meletakkan kenderaan di tempat-tempat tersebut anda terpaksa membayar harga parking setiap hari. Yang bestnya, pemilik tempat parking kereta akan menjaga kereta anda dengan baik sehingga anda mengambilnya semula.

Kami ada membuat sedikit perkongsian mengenainya di di sini. Anda boleh membacanya untuk info tambahan. Sebenarnya ramai pengunjung yang menggunakan perkhidmatan parking kereta yang disediakan kerana ianya lebih mudah dan murah berbanding membawa kereta anda ke Langkawi.

Pengunjung yang ingin mengetahui senarai tempat-tempat menarik di pulau peranginan tersebut boleh membaca informasi lengkap di website rasmi Langkawi Municipal Council. Di sana ada senarai lengkap yang boleh menjadi panduan sepanjang percutian anda di sana.

Semoga perkongsian info mengenai jadual feri Kuala Perlis ke Langkawi ini dapat membantu anda sedikit sebanyak. Marilah bersama memperkasakan dan menyokong industri pelancongan dalam negara kita.