Sewa Kereta Murah Langkawi: Harga & Contact Number

Sewa kereta murah Langkawi info harga dan maklumat perhubungan (contact number) untuk rujukan anda. Langkawi merupakan pulau yang paling popular dan penuh dengan misteri dan cerita mitos yang menarik. Malah ia merupakan destinasi pelancongan yang perlu dilawat oleh setiap individu sebelum mati.

Program melancong akan menjadi lebih bermakna jika pergi bersama keluarga dan kawan-kawan. Biasanya, para pengunjung yang datang dengan keluarga atau kawan-kawan lebih gemar menggunakan perkhidmatan kereta sewa untuk ke lokasi-lokasi tertentu. Memang banyak tarikan pengunjung di sini, dan ianya amat memudahkan jika anda sewa kereta.

Baca juga: Jadual perjalanan Feri Kuala Kedah -Langkawi

Sewa Kereta Murah Langkawi Online

Bagi sesiapa yang tengah mencari servis kereta sewa dengan harga murah di Langkawi, info ini mungkin bermanfaat untuk anda. Perlu diingat harga kereta sewa mungkin boleh berubah dari masa ke semasa terutama ketika musim perayaan dan cuti umum di mana permintaan adalah tinggi dari hari biasa.

Untuk lebih selamat dan tidak kehabisan kereta sewa anda dinasihatkan membuat tempahan kereta sewa secara online.

Untuk rent a car booking online bolehlah juga gunakan Portal Easybook yang ada menyediakan list atau senarai kereta sewa dengan pelbagai pilihan harga secara online. Anda hanya perlu book kereta yang bersesuaian dengan keperluan dan badget anda sepanjang berada di Langkawi. Motorsikal pun boleh anda booking melalui laman portal tersebut.

Sila rujuk contoh paparan result carian kereta sewa di bawah menggunakan portal online Easybook.com.

Check harga kereta sewa Langkawi di Easybook.com

Senarai Syarikat Dan Harga Kereta Sewa Langkawi

Jika anda kurang selesa atau tidak yakin membuat booking kereta sewa dari portal tersebut anda boleh gunakan info yang kami kongsikan di bawah.

Di sini kami kongsikan 4 syarikat sewa kereta yang biasa digunakan di sini. Anda boleh melawat laman web syarikat kereta sewa untuk maklumat lanjut.

1. Kereta Sewa Langkawi

Laman web: https://keretasewalangkawi.co/
Lokasi: Jeti Kuah, Langkawi dan kereta sewa Airport Langkawi
Minyak tidak termasuk.

Jenis Kereta Kemudahan Harga/ hari

  • Perodua Viva (5 penumpang) – harga dari RM 80 / hari
  • Perodua Axia (5 penumpang) – harga dari RM 100 / hari
  • Perodua Myvi (5 penumpang) – harga RM 100 / hari
  • Perodua Bezza (5 penumpang) – harga  dari RM 110 / hari
  • Honda City (5 penumpang) – harga dari RM 120 / hari
  • Toyota Vios (5 penumpang) – harga dari RM120 / hari
  • Nissan Almera (5 penumpang) – harga dari RM 120 / hari
  • Toyota Avanza (7 penumpang) – harga dari RM 150 / hari
  • Toyota Innova (8 penumpang) – harga dari RM 180 / hari
  • Nissan Urvan (12 penumpang) – harga dari RM 250 / hari

2. Zuhamtravel

No. tel: 012-4144408(Wan), 017-5699094(Disya)
Laman web: https://zuhamtravel.com/
Minyak tidak termasuk.
Harga boleh berubah pada musim puncak (cuti umum dan musim perayaan).

Jenis Kereta Kemudahan Harga/ hari

  • Honda City (5 penumpang) – harga dari RM 90 / hari
  • Nissan Urvan (15 penumpang) – harga dari RM 180 / hari
  • Proton Saga (5 penumpang) – harga dari RM 60 / hari
  • Mitsubishi Grandis (7 penumpang) – harga dari RM 140 / hari
  • Toyota Innova (8 penumpang) – harga dari RM 130 / hari
  • Nissan Serena (7 penumpang) – harga dari RM 130 / hari
  • Perodua Alza (7 penumpang) – harga dari RM 100 / hari
  • Nissan Latio (5 penumpang) – harga dari RM 80 / hari
  • Nissan Almera (5 penumpang) – harga dari RM 80 / hari
  • Myvi auto (4 penumpang) – harga dari RM 60 / hari
  • Perodua Viva (5 penumpang) – harga dari RM 50 / hari

3. BCR Langkawi Holidays Sdn. Bhd

Alamat: Lot 46, Kampung Bukit Nau, Padang Matsirat, 07100 Langkawi Kedah.
Email: sales.bcrlangkawi@gmail.com
No. Tel: 011 3567 8430
Hotline: 013- 3508430/ 013-3808430
Laman web: https://carrental.langkawi-bcrentcar.com/

Jenis kereta Kemudahan Harga/ hari

  • Perodua Viva (M) (5 penumpang) – harga dari RM 50 / hari
  • Perodua Viva (A) (5 penumpang) – harga dari RM 60 / hari
  • Mitsubishi Mirage (A) (5 penumpang) – harga dari RM 70 / hari
  • Perodua Axia (A) (5 penumpang) – harga dari RM 70 / hari
  • Perodua Myvi (A) (5 penumpang) – harga dari RM 75 / hari
  • Nissan Almera (A) (5 penumpang) – harga dari RM 80 / hari
  • Toyota Vios (A) (5 penumpang) – harga dari RM 90 / hari
  • Perodua Alza (A) (6 penumpang) – harga dari RM 90 / hari
  • Toyota Avanza (A) (7 penumpang) – harga dari RM 100 / hari
  • Toyota Innova (A) (8 penumpang) – harga dari RM 140 / hari

4. Big Thumb Rent a Car Ventures (Langkawi Island)

Alamat: No. 89 Langkawi Mall, Jalan Kelibang MK Kuah, 07000 Pulau Langkawi, Kedah.
No. Tel: +604-2250003/+604-618 0242
Email: info@bigthumbgroup.company
Laman Web: https://www.i1rentcar.com/langkawi/

Jenis kereta Kemudahan Harga/ hari

  • Perodua Axia (A) (5 penumpang) – harga dari RM 80 / hari
  • Perodua Myvi (A) (5 penumpang) – harga dari RM 92 / hari
  • Proton Saga (A) (5 penumpang) – harga dari RM 99 / hari
  • Proton Persona (A) (5 penumpang) – harga dari RM 109 / hari
  • Nissan Almera (A) 5 penumpang – harga dari RM 119 / hari
Tarikan Pengunjung Di Langkawi

Langkawi sememangnya menawarkan banyak tarikan kepada pengunjung. Di bawah kami kongsikan sedikit mengenai tarikan utama, tetapi selain itu ada banyak lagi. Kalau tulis satu persatu dalam artikel ini tentu perkongsian ini amat panjang. Tarikan-tarikan seperti Langkawi SkyBridge dan Kilim Geopark adalah antara yang tidak harus anda ‘skip’ jika berpeluang berkunjung ke Langkawi.

Untuk memudahkan anda, layari laman website The Crazy Tourist untuk senarai tarikan pengunjung yang lengkap.

1. Underwater World Langkawi

Minat dengan hidupan laut? Underwater world merupakan tempat yang paling popular dalam kalangan pengunjung khususnya kanak-kanak. Akuarium di sini merupakan akuarium yang terbesar di Malaysia dan memiliki luas sebanyak 60000 kaki persegi. Lebih 500 spesis hidupan laut terdapat di lokasi ini. Selain hidupan laut, para pengunjung turut tertarik dengan terowong dalam air, teater 3D dan galeri hidupan liar di tempat ini.

2. Kereta Kabel (Langkawi Cable Car)

Adakah anda antara kalangan manusia yang suka cabaran? Pastikan mungunjung kereta kabel yang paling curam di Asia dan terpanjang di dunia yang terletak di Gunung Mat Cincang, Langkawi. Kereta kabel ini memiliki ketinggian sebanyak 709 meter di atas paras laut. Para pelancong dapat menghayati panaroma puncak bukit yang indah dari kereta kabel ini. Anda boleh baca maklumat lebih terperinci di harga tiket menaiki kereta kabel Langkawi.

3. Taman Buaya Langkawi

Kepada peminat-peminat binatang eksotik, Taman Buaya di Langkawi ialah antara tempat yang perlu ada dalam “bucket list” anda. Sebanyak 1000 ekor buaya dipamerkan di taman ini untuk para pengunjung. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang harus dicuba oleh para pengunjung di tempat ini. Yang paling popular adalah menyaksikan pertandingan gusti antara pelatih dan buaya. Selain itu, para pelancong pasti akan terkagum dengan buaya unik bernama Bujang kawi. Buaya ini tidak mempunyai gigi serta berukuran 13 kaki dengan berat badan sebanyak 450 kilogram.

4. Pantai Cenang

Siapa yang tidak suka berehat di tepi pantai sambil menghirup udara segar? Pantai Cenang merupakan salah sebuah pantai yang cantik dan meriah di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis aktivit air yang menarik yang boleh dilakukan oleh para pengunjung di sini. Jet ski, bananan boat, dan parasailing merupakan antara aktiviti yang popular dalam kalangan pelancong.

5. Kota Mahsuri

Pernah dengar legenda Mahsuri? Mahsuri dikatakan seorang wanita cantik di Langkawi yang telah dibunuh setelah difitnah berlaku curang kepada suaminya.

Mengikut cerita mitos ini, darah putih Mahsuri mengalir keluar sewaktu dibunuh membuktikan dia tidak bersalah. Jenazah Mahsuri telah dikuburkan di sini. Pengunjung turut berpeluang untuk malawat makam Mahsuri serta bekas tapak rumahnya di kawasan ini.

Semoga perkongsian info sewa kereta murah Langkawi ini bermanfaat kepada anda. Mohon like dan share info ini kepada rakan-rakan yang berhasrat untuk berkunjung ke Langkawi.