Jadual & Harga Tiket Feri Langkawi Ke Koh Lipe

Harga tiket feri ke Koh Lipe dari Langkawi dari RM 168.00 sehala dan anda boleh check infomasi jadual ferry dan book tiket online.

Pernah sampai ke Thailand? Salah satu tempat yang pasti memikat perhatian pelancong ialah Koh Lipe.

Koh Lipe sering kali dibandingkan dengan Maldives dan sebab itu tempat ini terkenal dengan panggilan “Maldives of Thailand”.

Penumpang boleh book tiket feri secara online >> DI SINI

Koh Lipe terletak berdekatan dengan Pak Bara Pier dan Satun. Jarak perjalanan dari Langkawi ke Koh Lipe ialah sejauh 30 km.

Koh Lipe sangat popular untuk pantai- pantai cantik seperti pantai Pattaya, tempat snorkeling menarik serta makanan yang sedap.

Pelancong boleh berkunjung ke Koh Lipe dari Langkawi menggunakan feri.

Jika anda dari Malaysia, sebenarnya inilah cara terbaik untuk mengunjungi pulau peranginan yang cantik tersebut.

Baca juga: Harga tiket dan jadual feri Kuala Perlis ke Langkawi.

Feri Dari Langkawi Ke Koh Lipe

Terdapat dua syarikat utama yang menawarkan perkhidmatan feri dari Langkawi ke Koh Lipe iaitu, Telaga Terminal dan Bundhaya Speed Boat.

Kedua-dua syarikat ini mempunyai pengalaman yang banyak dalam menawarkan servis feri dari Langkawi ke Koh Lipe.

Tambahan pula, syarikat Bundhaya Speed Boat sangat terkenal untuk menawarkan servis feri dari Jeti Kuah ke Pantai Pattaya melalui Pak Bara Pier dan Satun ketika musim low season.

Terminal Ferry

Feri yang pergi ke Koh Lipe akan mengambil penumpang dari dua lokasi utama di Langkawi iaitu Jeti Kuah dan Jeti Telaga.

Pelancong yang mengambil feri syarikat Bundhaya Speed Boat dikehendaki mengambil feri dari Jeti Kuah manakala yang menaiki feri Telaga Terminal perlu menaiki dari Telaga Harbour International Terminal di Pantai Kok.

Feri-feri di Jeti Kuah hanya akan beroperasi ketika musim high season iaitu dari November hingga akhir April.

Manakala feri- feri di Jeti Telaga biasanya akan beroperasi dari Oktober hingga bulan Mei.

Tempat Ferry Mendarat Di Koh Lipe

Untuk pengetahuan pembaca, Koh Lipe tidak mempunyai sebarang jeti. Oleh itu, penumpang dikehendaki mengambil “long tail boat” untuk sampai ke Koh Lipe.

Tambang menaiki “long tail boat “ ialah sebanyak 50 baht (RM 5). Dan bagi mereka yang menaiki feri Telaga Terminal, tambang ini sudah termasuk sekali dalam harga tiket feri dari Langkawi ke Koh Lipe.

Bot ini akan membawa penumpang ke Pantai Pattaya untuk immigration clearance.

Harga Tiket & Jadual Ferry

Terdapat dua jenis tiket yang boleh ditempah oleh penumpang iaitu tiket sehala (one way) dan tiket dua hala.

Berikut merupakan anggaran harga tiket feri dari Jeti Kuah dan Jeti Telaga ke Koh Lipe sehala (one-way).

  • Satun Pakbara Speed Boat (Telaga Harbour Langkawi) – dari RM 168.00
  • Bundhaya Speed Boat (Jetty Kuah Langkawi) – dari RM 177.08

Harga tiket boleh berubah mengikut musim dan penumpang dinasihatkan agar sentiasa merujuk balik laman web portal popular yang menyediakan tempahan tiket online seperti Easybook.com.

Bagi yang menggunakan perkhidmatan syarikat Bundhaya Speed Boat, cukai pelabuhan tidak termasuk dalam tambang feri.

Jadi, anda dinasihatkan untuk membawa duit lebih ketika menaiki feri.

Koh Lipe merupakan sebahagian daripada Taman Negara Tarutao.

Pelancong dikehendaki membayar duit sebanyak 200 baht sebagai tiket masuk taman negara.

Tiket ini boleh digunakan untuk 5 hari dan pelancong bebas mengujungi mana- mana pulau yang terangkum dalam kawasan Taman Negara.

Jadual Feri

Biasanya, perkhidmatan feri ditawarkan sebanyak dua kali sehari pada setiap hari. Jika anda mengunjungi Koh Lipe sewaktu High season dan peak season, masa perjalanan biasa mengambil dalam satu jam 30 minit.

Berikut merupakan jadual perjalanan feri pertama dan terakhir dari Langkawi.

  • Syarikat Bhundhaya Speed Boat : 9.45 am dan 2.30 pm
  • Telaga Terminal: 9.30 am dan 2.30 pm

Jika anda mengunjungi Koh Lipe ketika musim low season, feri dari Langkawi akan melalui Satun dan Pak Bara Pier sebelum tiba ke Koh Lipe.

Oleh itu, masa diambil untuk sampai ke destinasi pilihan adalah dalam 4 hingga 5 jam.

Cara Beli Tiket

Bagi mereka yang mengambil feri dari Jeti Telaga, anda boleh membeli tiket secara online di laman web rasmi Telaga Terminal atau secara manual di ofis Jeti Telaga.

Bagi yang menaiki feri dari Jeti Kuah, anda boleh menempah tiket di portal tempahan tiket ferry online atau membeli di Terminal Jeti Kuah.

Biasanya, penumpang boleh melakukan penempahan tiket feri secara online di portal Easybook.com. Ia lebih mudah dan menjimatkan masa.

Maklumat Perhubungan

Berikut merupakan maklumat perhubungan syarikat Bundhaya Speedboat untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan perjalanan dari Langkawi ke Koh Lipe.

  • Nombor telefon : 081-6782826, 089-6562781
  • Email: bslipeh@hotmail.com

Bagi yang mengambil feri Telaga Terminal, ini maklumat perhubungan untuk anda.

  • Nombor telefon : 04-9592208
  • Email: office@teagaterminal.com
  • Laman web: http://telaga-terminal.com
  • Alamat: Lot 1, Telaga Harbour Park Pantai Kok, Langkawi Kedah.

Musim Terbaik Melancong Ke Koh Lipe

Map of Koh Lipe for tourist
Foto: Packthailand.com

Melancong pantai cantik seperti Koh Lipe menaiki feri bergantung pada musim yang sesuai. Terdapat tiga jenis musim untuk melancong di Koh Lipe.

Antaranya ialah musim low season yang bermula dari Mei hingga Oktober.

Biasanya pada musim ini, laluan dari Jeti Langkawi ke Jeti Koh Lipe tutup disebabkan ombak yang kuat.

Ketika musim ini, pelancong yang mengambil feri akan melalui Jeti Pak Bara Pier dari Langkawi untuk sampai ke Koh Lipe.

Namun, masa perjalanan menjadi lebih panjang iaitu dalam 4 hingga 5 jam. Pada masa ini tidaklah begitu sesuai untuk ke pulau peranginan tersebut.

Seterusnya ialah musim ‘high season’ yang merupakan musim terbaik untuk melancong Koh Lipe. Musim ini bermula pada bulan November, Mac dan bulan April.

Biasanya musim ini kurang sibuk dan kurang padat dengan orang ramai.

Musim peak season bermula dari bulan Disember hingga Februari.

Musim ini biasanya padat dan kalau anda merancang untuk mengunjungi Koh Lipe ketika musim ini, pastikan anda menempah tiket feri lebih awal untuk mengelakkan masalah tiket habis.