Harga Tiket Cable Car Langkawi Terkini

Harga tiket cable car Langkawi dari RM 33.00 mengikut kategori iaitu SkyCab Admission, SkyCab Combo dan SkyCab Private, VIP atau Glass Bottom Gondola untuk pengunjung yang berminat mencuba menaiki kereta kabel tersebut.

Sempena cuti-cuti sekolah tentu ramai yang sedang mencari destinasi percutian bukan? Jadikan pengalaman naik cable car Langkawi ini sebagai salah satu pengalaman paling manis anda tahun ini.

Apa kata jadikan Pulau Langkawi ini sebagai destinasi pilihan anda tahun ini.

Langkawi adalah destinasi yang menawarkan banyak aktiviti menarik. Salah satu tarikan yang wajib anda cuba ialah menaiki cable car atau dalam Bahasa Melayu Kereta Kabel.

Jika anda ke Langkawi dan tidak menaiki cable car, ianya satu kerugian.

Walaupun harga tiket agak mahal tetapi ianya berbaloi kerana pemandangan dari atas amatlah cantik dan pelbagai aktiviti menarik yang lain menanti anda.

Baca juga: Harga Tiket Feri Kuala Kedah – Langkawi dan Kuala Perlis – Langkawi

Sebelum ini kami ada kongsikan maklumat harga untuk menaiki cable car di Genting Highland. Anda boleh baca info tersebut jika anda hendak melawat Genting Highland nanti.

Selain Langkawi dan Genting Highland, Bukit Bendera (Penang Hill) juga ada cable car atau Kereta Api Kabel untuk sampai ke puncak gunung.

Senarai Harga Tiket Cable Car Langkawi Terkini

Harga tiket cable car Langkawi terbahagi kepada 3 kategori utama. Maksudnya pengunjung kena memilih pakej cable car yang sesuai dengan keperluan dan badget masing-masing.

Nak jimat, pilihlah pakej yang lebih murah walaupu terpaksa berbaris atau menunggu giliran dan berkongsi gondola dengan pengunjung yang lain.

Yang penting hasrat untuk naik cable car dan menikmati pemandangan sekitar pulau dari atas tercapai. Pengalaman yang jarang anda boleh dapatkan ditempat lain.

Rujuk senarai pakej harga tiket kereta kabel Langkawi di bawah untuk memilih pakej yang sesuai dengan badget dan keperluan anda.

Nota: Sebelum anda membaca lebih lanjut ingin kami sampaikan berita baik ini. Sekarang ini ada promosi dan mereka menawarkan harga istimewa (diskaun) berbanding harga normal.  Layari laman website rasmi Panorama Langkawi untuk informasi lengkap mengenai promosi terkini mereka.

A. Harga Tiket ‘SkyCab Admission’ Cable Car

Pakej ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu ‘Normal’ dan ‘Express Lane’. Pakej ini adalah yang termurah dan sesuai untuk ramai pengunjung. Mungkin ramai yang akan memilih pakej ini, dan terpaksa beratur panjang.

Kalau kesuntukan masa boleh pilih pakej Express Lane yang harganya bermula dari RM83.00 sahaja.

Jika anda punya banyak masa dan tidak kisah menunggu, boleh pilih pakej ‘Normal’ ini sahaja. Rujuk gambar di bawah untuk spesifikasi dan harga tiket.

Senarai harga tiket cable car Langkawi terkini

B. SkyCab Combo

Pakej SkyCab Combo ini pula terbahagi kepada 3 kategori iaitu Combo A, Combo B dan Combo C. Dalam setiap kategori itu ada perbezaan tawaran pengalaman / aktiviti yang pengunjung akan dapat. Contohnya Combo B ada 6D CineMotion berbanding Combo A yang tidak tawarkan.

Pakej SkyCab Combo memerlukan anda beratur tunggu giliran kecuali jika anda sanggup membayar RM50 / pax untuk convert tiket anda ke ‘Express Lane’.

Harga tiket SkyCab di Langkawi

C. SkyCab with Private, VIP or Glass Bottom Gondola

Pakej kategori ini yang termahal untuk naik cable car di Langkawi. Ianya untuk individu atau rombongan yang perlukan privasi semasa menaiki cable car. Kalau badget lebih boleh pilih pakej ini bersama keluarga.

Untuk pakej ini pengunjung tidak perlu queue, tidak perlu menunggu boarding time dan banyak lagi. Harganya sudah tentu agak mahal. Rujuk gambar pakej di bawah.

Harga SkyCab VIP Cable Car Langkawi

Maklumat Perhubungan

Rasanya maklumat yang ada di sini semua sudah cukup lengkap, tetapi kalau rasa perlukan maklumat lebih terperinci atau maklumat lain anda boleh berhubung terus dengan pihak Panorama Langkawi menggunakan maklumat perhubungan di bawah.

Perkhidmatan tarikan pengunjung cable car ini dikendalikan oleh Panorama Langkawi Sdn Bhd.

Panorama Langkawi Sdn Bhd
Cable Car Station, Oriental Village,
Burau Bay,
07000 Langkawi,
Kedah, MALAYSIA
T:[6]04-959 4225/1225
F:[6]04-959 1121/4121
E: info@panoramalangkawi.com

Selain aktiviti menaiki cable car pengunjung juga boleh menaiki Langkawi Sky Bridge yang menawarkan pemandangan alam sekitar dan lautan di bawahnya.

Langkawi Sky Bridge ini salah satu lagi tarikan pengunjung yang paling popular di Langkawi ketika ini.

Nikmati pengalaman menaiki jabatan terapung di udara dan ambil gambar pemandangan pulau dari atas. Rasanya ini adalah satu-satunya jambatan yang sedemikian di Malaysia ketika ini.

Pengunjung yang ke Langkawi pasti mencuba kedua-dua aktiviti ini iaitu menaiki cable car dan juga Sky Bridge. Pengalaman yang pasti tidak akan anda dapat lupakan.

Cara Ke Langkawi Cable Car

Secara keseluruhannya lokasi tempat-tempat menarik di Langkawi tidaklah berjauhan antara satu sama lain. Kebanyakan tempat menarik boleh dilawati dalam masa 1 hari.

Untuk ke Langkawi Cable Car anda boleh ambil perkhidmatan teksi atau panggil Grab Car.

Jika punya badget lebih, sewa kereta (rent a car) atau motorsikal adalah yang paling sesuai kerana anda bebas pergi ke mana-mana mengikut masa dan jadual anda.

Banyak perkhidmatan kereta sewa atau car rental ditawarkan di sana dengan harga yang agak berpatutan.

Untuk cari kereta sewa, anda boleh baca tips cari kereta sewa murah di Langkawi. Anda boleh mendapat pilihan kereta sewa yang lebih murah dan banyak.

Pastikan anda menyewa kereta atau motorsikal dengan kedai yang berlesen untuk mengelak apa-apa perkara yang kurang menyeronokkan nanti.

Memandu di Langkawi agak selamat kerana jumlah kereta yang tidak begitu banyak dengan jalan raya yang baik.

Kami selalu ambil perkhidmatan sewa kereta setiap kali berkunjung ke Langkawi. Kami akan kemaskini page ini dengan senarai kereta sewa yang boleh dipercayai dan murah di Langkawi nanti.

Maklumat Berkaitan

Adakah menaiki cable car ini selamat?

Cable car atau kereta kable Langkawi agak curam, tetapi janganlah risau kerana ianya dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi.

Menaiki cable car, anda boleh melihat pemandangan 360 darjah sekitar Pulau Langkawi berserta 22 pulau di sekitarnya.

Berapa lama masa diambil menaiki cable car?

Pengalaman menaiki cable car mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk sampai ke puncak. Anda akan berpeluang menikmati pemandangan sekitar Pulau Langkawi yang cantik.

Berapa ketinggian cable car di Langkawi?

Anda akan mencapai ke ketinggian 708 meter ke puncak Gunung Mat Cincang dalam masa 15 minit. Pengalaman menaiki cable car ini menjanjikan pemandangan yang menakjubkan sepanjang masa.

Bagaimana cara untuk ke Langkawi Cable Car?

Anda boleh menaiki kereta sewa, teksi atau Grab. Kos menaiki teksi dari Pantai Cenang ke Oriental Village adalah lebih kurang RM26, perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit.

Semoga perkongsian info mengenai harga tiket cable car Langkawi ini bermanfaat kepada anda. Gunakan cuti-cuti anda dengan melancong dalam negara. Selamat bercuti.