Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) Online

Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) online. Mungkin ramai pelajar sekolah menengah yang tidak sedar dengan kemujudan biasiswa ini.

Ramai yang layak tetapi tidak tahu cara untuk memohon. Biasiswa ini biasanya ditawarkan setiap tahun untuk pelajar.

Sekolah anda tahu bila permohonan dibuka. Jika anda berminat kena selalu tanya dengan guru.

Belanjawan 2024 Biasiswa Kecil Persekutuan

Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dalam Belanjawan 2024

Menurut Belanjawan 2024 yang dibentang baru-baru ini, mulai tahun depan kerajaan telah bersetuju untuk meluaskan kriteria pendapatan ibubapa untuk permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan mengikut PGK yang baru.

Sebelum ini garis pendapatan kemiskinan (PGK) ialah RM1,500. Bermula tahun depan PGK akan dinaikan ke RM2,589.

Dengan syarat baru tersebut ini akan memberi peluang kepada tambahan 35,000 anak bangsa dari keluarga kurang mampu untuk menikmati biasiswa BKP.

“Bagi memastikan anak-anak keluarga miskin tidak tercicir daripada pendidikan, kerajaan turut bersetuju memperluas pemberian bantuan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin kepada murid sehingga tingkatan tiga berbanding sehingga tingkatan satu sebelum ini.

“Keseluruhannya, sejuta murid akan menerima manfaat dengan peruntukan RM150 juta,” kata Perdana Menteri semasa membentang belanjawan di Dewan Rakyat. – Utusan Malaysia

Apakah Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)

Sebenarnya BKP telah mula diberikan / ditawarkan kepada para pelajar yang layak dan memerlukan sejak tahun 1970-an.

Biasiswa ini telah diperkenalkan sejak tahun 1970-an bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan memberi perangsang kepada murid dari golongan keluarga berpendapatan rendah supaya mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum sepanjang persekolahan di peringkat sekolah menengah.

Ramai pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dan mempunyai prestasi dan potensi pencapaian akademik yang cemerlang bermasalah untuk meneruskan pembelajaran kerana kekangan kewangan.

Dengan adanya biasiswa ini diharapkan boleh membantu sedikit sebanyak meringankan beban tersebut.

Baca juga: Permohonan Biasiswa JPA Online

Jumlah Biasiswa BKP

Jumlah tajaan BKP yang diberikan kepada pelajar yang layak adalah berbeza-beza seperti berikut. Jumlah tajaan adalah mengikut tingkatan dan aliran pengajian pelajar terlibat.

  • Tingkatan 1 – 4 : RM70.00 sebulan x 12 bulan.
  • Tingkatan 5 : RM70.00 sebulan x 11 bulan.
  • Tingkatan 6 Rendah (Aliran Sains) : RM110.00 sebulan x 7 bulan.
  • Tingkatan 6 Atas (Aliran Sains) : RM110.00 sebulan x 11 bulan.
  • Tingkatan 6 Rendah (Aliran Sastera) : RM90.00 sebulan x 7 bulan.
  • Tingkatan 6 Atas (Aliran Sastera) : RM90.00 sebulan x 11 bulan.

Syarat Kelayakan Pemohon

Untuk memohon biasiswa BKP pelajar perlu memilik / memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah.

  • Warganegara Malaysia.
  • Tingkatan 1 – 6 yang bersekolah di SK & SBK.
  • Pendapatan ibu bapa/penjaga RM1500 sebulan dan ke bawah.
  • Cemerlang dalam akademik dan kokurikulum mengikut merit yang ditetapkan.
  • Tidak menerima sebarang biasiswa atau elaun /insentif kewangan lain daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Syarat / Kaedah Pembayaran

Biasiswa disalurkan oleh KPM terus ke akaun murid yang layak. Pelajar layak dikehendaki untuk membuat akaun bank untuk tujuan penyaluran bantuan biasiswa.

Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan – BKP

Kepada pelajar yang layak, perlukan bantuan tetapi belum membuat permohonan biasiswa BKP ini, anda bolehlah memohon dengan bimbingan pihak sekolah anda melalui laman portal rasmi yang disediakan di bawah.

Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan – https://sps1.moe.gov.my

Anda perlu mendaftar untuk dapatkan ID Pengguna dan kata laluan di laman portal yang disediakan untuk dapatkan akses. Selepas mendaftar akaun pengguna anda boleh mengemukakan permohonan anda.

Info Tambahan Berkaitan BKP

Bagaimana cara buat semakan biasiswa BKP sama ada berjaya atau gagal?

Pemohon boleh membuat semakan di portal di mana anda memohon secara online atau boleh bertanya kepada guru yang menguruskan biasiswa tersebut di sekolah anda.

Berapa had pengeluaran Biasiswa BKP yang dibenarkan?

Buku akaun bank pemegang biasiswa mestilah disimpan oleh pihak sekolah dan pengeluaran duit biasiswa oleh pelajar dibuat dengan mengisi borang permohonan pengeluaran wang biasiswa. Kad ATM BSN adalah dipegang oleh pelajar. Had maksimum yang boleh dikeluarkan melalui kad ialah RM150.00 sahaja dalam tempoh 2 bulan.

Apa sebab kenapa duit biasiswa tidak boleh dikeluarkan oleh penerima?

Sebagai mana yang telah dijelaskan pelajar hanya dibenarkan mengeluarkan wang biasiswa sebanyak RM150.00 sahaja untuk sebulan bagi tujuan yang berkaitan dengan pelajaran penerima biasiswa sahaja. Walau bagaimanapun Pelajar boleh mengeluarkan lebih daripada RM150.00 dengan syarat menunjukkan resit pembelian kepada guru biasiswa untuk pengesahan. Duit biasiswa tidak boleh dikeluarkan untuk tujuan selain dari berkaitan pelajaran penerima atau pelajar.

Semoga perkongsian mengenai permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) untuk sekolah menengah ini bermanfaat kepada anda. Mohon like dan share info penting ini.