Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) Online
Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) online. Mungkin ramai pelajar sekolah menengah yang tidak sedar dengan kemujudan biasiswa ini. Ramai yang layak tetapi tidak tahu cara untuk memohon. Biasiswa ini biasanya ditawarkan setiap tahun untuk pelajar. Sekolah anda tahu bila permohonan dibuka. Jika anda berminat kena selalu tanya dengan guru.
Artikel kali ini adalah perkongsian maklumat mengenai biasiswa BKP untuk makluman dan panduan pelajar.
Sebenarnya maklumat yang lebih terperinci dan lengkap boleh juga anda baca di sini.
Apakah Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)
Sebenarnya BKP telah mula diberikan / ditawarkan kepada para pelajar yang layak dan memerlukan sejak tahun 1970-an.
Biasiswa ini telah diperkenalkan sejak tahun 1970-an bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan memberi perangsang kepada murid dari golongan keluarga berpendapatan rendah supaya mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum sepanjang persekolahan di peringkat sekolah menengah.
Ramai pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dan mempunyai prestasi dan potensi pencapaian akademik yang cemerlang bermasalah untuk meneruskan pembelajaran kerana kekangan kewangan. Dengan adanya biasiswa ini diharapkan boleh membantu sedikit sebanyak meringankan beban tersebut.
Baca juga: Permohonan Biasiswa JPA Online
Jumlah Biasiswa BKP
Jumlah tajaan BKP yang diberikan kepada pelajar yang layak adalah berbeza-beza seperti berikut. Jumlah tajaan adalah mengikut tingkatan dan aliran pengajian pelajar terlibat.
- Tingkatan 1 – 4 : RM70.00 sebulan x 12 bulan.
- Tingkatan 5 : RM70.00 sebulan x 11 bulan.
- Tingkatan 6 Rendah (Aliran Sains) : RM110.00 sebulan x 7 bulan.
- Tingkatan 6 Atas (Aliran Sains) : RM110.00 sebulan x 11 bulan.
- Tingkatan 6 Rendah (Aliran Sastera) : RM90.00 sebulan x 7 bulan.
- Tingkatan 6 Atas (Aliran Sastera) : RM90.00 sebulan x 11 bulan.
Syarat Kelayakan Pemohon
Untuk memohon biasiswa BKP pelajar perlu memilik / memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah.
- Warganegara Malaysia.
- Tingkatan 1 – 6 yang bersekolah di SK & SBK.
- Pendapatan ibu bapa/penjaga RM1500 sebulan dan ke bawah.
- Cemerlang dalam akademik dan kokurikulum mengikut merit yang ditetapkan.
- Tidak menerima sebarang biasiswa atau elaun /insentif kewangan lain daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
Syarat / Kaedah Pembayaran
Biasiswa disalurkan oleh KPM terus ke akaun murid yang layak. Pelajar layak dikehendaki untuk membuat akaun bank untuk tujuan penyaluran bantuan biasiswa.
Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan – BKP
Kepada pelajar yang layak, perlukan bantuan tetapi belum membuat permohonan biasiswa BKP ini, anda bolehlah memohon dengan bimbingan pihak sekolah anda melalui laman portal rasmi yang disediakan di bawah.
Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan – https://sps1.moe.gov.my
Anda perlu mendaftar untuk dapatkan ID Pengguna dan kata laluan di laman portal yang disediakan untuk dapatkan akses. Selepas mendaftar akaun pengguna anda boleh mengemukakan permohonan anda.
Info Tambahan Berkaitan BKP
Pembayaran BKP kepada penerima biasanya akan dibuat sekitar bulan Mei setiap tahun. Tahun ini mengikut takwim pembayaran akan dibuat dari 11 – 29 Mei 2020. Pembayaran akan dibuat ke akaun penerima di Bank Simpanan Nasional (BSN)
Anda boleh baca dokumen pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di sini >> https://www.moe.gov.my/pekeliling/888-spk-bt-10-pengurusan-biasiswa-kecil-persekutuan-bkp/file
Pemohon boleh membuat semakan di portal di mana anda memohon secara online atau boleh bertanya kepada guru yang menguruskan biasiswa tersebut di sekolah anda.
Buku akaun bank pemegang biasiswa mestilah disimpan oleh pihak sekolah dan pengeluaran duit biasiswa oleh pelajar dibuat dengan mengisi borang permohonan pengeluaran wang biasiswa. Kad ATM BSN adalah dipegang oleh pelajar. Had maksimum yang boleh dikeluarkan melalui kad ialah RM150.00 sahaja dalam tempoh 2 bulan.
Sebagai mana yang telah dijelaskan pelajar hanya dibenarkan mengeluarkan wang biasiswa sebanyak RM150.00 sahaja untuk sebulan bagi tujuan yang berkaitan dengan pelajaran penerima biasiswa sahaja. Walau bagaimanapun Pelajar boleh mengeluarkan lebih daripada RM150.00 dengan syarat menunjukkan resit pembelian kepada guru biasiswa untuk pengesahan. Duit biasiswa tidak boleh dikeluarkan untuk tujuan selain dari berkaitan pelajaran penerima atau pelajar.
Semoga perkongsian mengenai permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) untuk sekolah menengah ini bermanfaat kepada anda. Mohon like dan share info penting ini.
Assalamualaikum W. B. T. Saya ingin bertanya, adakah kemasukan bantuan bkp kepada pelajar tingkatan 6 atas pada tahun ini tetap dilaksanakan seperti biasa atau berlaku perubahan akibat pandemik covid 19.
Saya juga ingin bertanya sekiranya bantuan bkp untuk pelajar tingkatan 6 berjalan seperti biasa, bilakah pengagihan bantuan bkp akan bermula?
Terima kasih
Anda boleh bertanya terus dengan pihak sekolah anda untuk maklumat terkini biasiswa BKP ini. Anda juga boleh dari masa ke semasa semak di website ini https://apb1.moe.gov.my/index_mula.cfm.
Asalammualaikum, saya ingin bertanya mcama mana ongin tahu jika saya mendapat biasiswa tahun ni selain dari tanya pada guru
pengeluaran duit biasiswa dibuat dengan mengisi borang permohonan pengeluaran wang biasiswa..maknanya borang tu kena minta kat pihak sekolah bila nak keluarkan duit ke?
saya nak bertanya . bsn akan block ke kad kita jika ambil duit rm150 tidak ckup tempoh dua bulan?