Melaka River Cruise Aktiviti Wajib Buat Bila Berkunjung Ke Melaka
Melaka ialah sebuah negeri yang penuh bersejarah, di sinilah letaknya kebanyakan bandar-bandar tamadun silam yang dibina.
Malaysia memang banyak negeri yang menjadi destinasi pelancongan utama terutamanya negeri Melaka.
Anda tahu tak apa yang menjadi tarikan utama pelancong di Melaka ni?
Jika anda mengatakan Melaka River Cruise, jawapan anda memang tepat!
Inilah satu-satunya pelayaran yang membawa anda melalui sungai di Asia Tenggara dan mengimbau kembali sejarah 600 tahun lalu.
Bagi peminat sejarah, pengalaman ini mesti adalah yang paling menyeronokkan!
Istimewanya lagi tentang Melaka ialah negeri ini tersenarai sebagai Warisan Dunia UNESCO.
Sungai Melaka inilah yang menjadi titik tumpuan kapal-kapal perdagangan berlabuh dan barang-barang dagangan.
Dengan adanya Melaka River Cruise, sesiapa pun berpeluang untuk rasai pengalaman berlayar di Sungai Melaka.
Jadi tidak hairanlah kalau Melaka ini menjadi salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia!
Memang seronok berlayar di Sungai Melaka ini sebab anda akan melalui pusat tapak warisan UNESCO.
Semasa berlayar, anda boleh lihat di bahagian kiri adalah bahagian budaya bandar, manakala di sebelah kanan anda akan lihat bangunan warisan yang dibina dalam pemerintahan Melayu, Portugis, Belanda, dan Inggeris.
Seronok betul boleh berlayar sambil mengenang kembali sejarah negara kita kan!
Rasa nak pergi Melaka River Cruise ni, teruskanlah membaca kalau nak tahu lagi tentang tempat ni!
Jadual Operasi Melaka River Cruise
Tempat ini beroperasi setiap hari bermula dari jam 9 pagi sehingga 11 malam.
Masa Terbaik Untuk ke Melaka River Cruise
Tempat ini memang dibuka dari jam 9 pagi, tapi kalau nak lagi seronok naiklah Melaka River Cruise pada waktu malam, sambil naik bot boleh layan pemandangan lampu warna-warni dan angin sepoi-sepoi bahasa.
Tambahan lagi kalau pergi pada waktu malam, mesti cuaca lebih sejuk untuk nak naik bot.
Masa menaiki bot pelayaran ini adalah kira-kira 45 minit sahaja di sepanjang Sungai Melaka yang berukuran kira-kira 9km.
Walau bagaimana pun, operasi mereka bergantung terhadap cuaca semasa juga.
Kalau keadaan cuaca hujan, ribut petir, ataupun paras air sungai tinggi, mereka terpaksa hentikan operasi mereka sehingga cuaca kembali baik.
Lagipun kurang selamat dan berisiko untuk para pengunjung kalau nak naik bot ketika cuaca hujan lebat dan petir.
Jadi kalau anda nak pergi ke sini, lebih baik anda periksa dahulu ramalan cuaca sebelum datang.
Harga Tiket Melaka River Cruise
Harga tiket di Melaka River Cruise ini tidak sama tau untuk semua orang, masing-masing ada kategori pelawat dan harga yang dah ditetapkan.
Harga tiket masuk dikategorikan kepada beberapa bahagian, contohnya kategori pelancong luar negara dan pelancong tempatan.
Yang pastinya harga untuk penduduk tempatan mestilah lebih murah!
Menariknya lagi, kategori pelawat untuk orang OKU, warga emas, dan pelajar IPT pun ada tau!
Memang seronok boleh dapat harga murah daripada orang lain kan!
Yang penting anda perlu tunjukkan saja kad OKU ataupun kad pelajar anda sebagai bukti.
Berikut adalah senarai harga tiket masuk mengikut kategori:-
Cara Booking Tiket Melaka River Cruise Secara Online
- Pertama sekali, anda perlu layari laman web mereka di pautan Book Tiket Online untuk tempah tiket.
- Setelah pergi ke pautan tadi, anda akan terus lihat pilihan untuk tarikh yang anda nak pergi ke sana.
- Selepas tentukan tarikh, anda perlu pilih kategori pelawat dan bilangan orang yang nak pergi ke sana. Ada banyak kategori tau, kategori pelancong luar negara, pelacong tempatan, pelajar IPT, golongan OKU, dan warga emas.
- Dah selesai pilih 2 perkara tadi, tekan butang ‘continue’ untuk ke proses yang seterusnya.
- Di bahagian seterusnya barulah anda boleh lihat berapa jumlah bayaran yang anda perlu bayar.
- Sebelum anda membuat pembayaran, anda perlu lengkapkan satu lagi bahagian yang terakhir iaitu alamat yang anda boleh dihubungi. Bahagian untuk tulis sebarang permintaan pun ada! Kalau anda apa-apa nak pesan kepada mereka bolehlah tulis di bahagian permintaan tersebut.
Apa nak buat lepas dah buat booking?
Untuk pengetahuan anda, lepas buat bayaran booking anda tidak akan dapat tiket terus tau!
Tapi anda akan dapat resit pembayaran dari mereka melalui e-mail anda.
Resit inilah yang penting sebab anda perlu tunjukkan resit tersebut di kaunter untuk tebus semua tiket anda.
Jadi anda perlu jaga baik-baik lah resit anda sampai ke hari anda nak tebus tiket. Jangan terpadam e-mail pula ya!
Melaka River Cruise Ada Pakej ‘Cruise Dan Makan Durian Sampai Puas’!
Biar betul boleh makan durian selepas berlayar di Sungai Melaka! Pakej ini bukan selalu ada tau, tahun 2022 ini pun hanya diadakan pada awal bulan Jun hingga awal bulan Julai.
Jadi memang bertuah bagi sesiapa yang dapat pakej ni.
Menariknya lagi, anda boleh makan durian sepuas-puasnya tetapi dalam masa 40 minit sahaja tau! 40 minit adalah masa yang agak lama, memang bertuah bagi yang dapat pakej ini.
Berapa pula harga pakej ni? Mesti anda tertanya-tanya kan.
Anda boleh lihat senarai harga pakej di bawah.
Harga pakej makan durian termasuk tiket menaiki bot:
- Pengunjung tempatan dewasa = RM50
- Pengunjung tempatan kanak-kanak = RM30
- Pelancong asing dewasa = RM55
- Pelancong asing kanak-kanak = RM40
Harga pakej untuk pengunjung yang datang untuk makan durian saja:
- Pengunjung tempatan dewasa = RM35
- Pengunjung tempatan kanak-kanak = RM25
Berbaloi kan! Kalau nak beli sendiri di tempat lain pasti tak akan dapat harga yang berbaloi macam pakej di Melaka River Cruise ni.
Jadi, pada musim durian, rajin-rajinlah periksa pakej ini lagi.
Dinner Cruise-Berlayar Sambil Makan Malam Di Sungai Melaka!
Teringin nak makan malam sambil berlayar di Sungai Melaka. Mereka pun ada sediakan perkhidmatan ini tau!
Menikmati makanan yang lazat sambil layan pemandangan lampu warna-warni pada waktu malam dan angin dari pelayaran, seronoknya!
Bukan itu sahaja, untuk pengetahuan anda mereka bukan saja sediakan tempahan makan malam untuk individu, tapi tempahan untuk majlis perkahwinan, majlis korporat, majlis hari jadi, sarapan pagi, dan acara makan tengah hari pun mereka sediakan!
Banyak rupanya aktiviti yang boleh dibuat di Melaka River Cruise ni bukan setakat pelayaran biasa saja.
Apa-apa pun, mereka hanya terima tempahan yang awal sahaja. Kalau nak tempah ‘last minute’ mungkin mereka tidak terima.
Jadi kalau anda ada nak merancang makan malam sambil berlayar di Sungai Melaka, buatlah tempahan awal.
Untuk tempahan, hubungi saja mereka melalui pautan berikut Book Dinner Cruise ataupun e-mail booking@melakarivercruise.my.
Masa Operasi Dinner Cruise
Setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 11 malam.
Info Lanjut Melaka River Cruise:
Kalau anda ada sebarang kemusykilan tentang perkhidmatan ataupun pakej yang mereka tawarkan, anda boleh rujuk di alamat berikut:
(PPSPM) Aras 9, Bangunan Graha Maju,
Jalan Graha Maju,
75300 Melaka.
Tel: 06-2814322/23
E-Mail: Booking@Melakarivercruise.My
Kesimpulannya, pelayaran Sungai Melaka adalah lawatan yang paling seronok bagi sesebuah bandar bersejarah.
Nak lihat satu bandar bersejarah pun mudah, naik bot saja sambil menghayati pemandangan sekeliling. Memang jimat masa dan tenaga kan!
Tempat ini memang sangat disyorkan untuk anda yang nak makan angin sambil mengenali sejarah Malaysia. Nak tempah tiket pun dah ada panduan kan, jadi memang mudah lah untuk anda. Paling penting jangan lupa bawa kamera anda ya!