Lokasi & Contact Number Homestay Melaka Ada Kolam Renang

Homestay ada kolam renang di Melaka sedikit informai contact number dan lokasi penginapan tersebut. Melaka menawarkan pelbagai pengalaman percutian yang menarik. Berkunjung ke sana berberapa hari lebih baik.

Jika anda berkunjung dengan keluarga, menginap di homestay adalah pilihan terbaik.

Melaka bukan sahaja sebuah negeri yang penuh bersejarah, malah turut popular dengan pelbagai tempat menarik dan juga kemudahan homestay yang cantik dilengkapi dengan kolam renang.

Book tiket bas ke Melaka secara online >> DI SINI

Kebanyakan pelancong terutama yang sudah berkelaurga lebih gemar atau memilih untuk menginap di homestay terutama yang ada kolam renang berbanding hotel disebabkan harga lebih murah dan selesa.

Anda juga boleh memasak, boleh buat macam rumah sendiri.

Kepada yang anda yang ingin berkunjung ke Melaka menggunakan bas express, boleh baca info jadual perjalanan dan harga tiket bas dari Kuala Lumpur ke Melaka Sentral.

Senarai Homestay Ada Kolam Renang Di Melaka

Di sini ada senarai beberapa homestay popular di Melaka yang ada kolam renang. Ramai yang inginkan tinggal di homestay yang ada kolam renang.

Selepas seharian berjalan atau bersiar-siar bersama keluarga menikmati suasana percutian, boleh pula nanti hilangkan penat mandi di kolam renang.

Ianya kombinasi yang baik untuk percutian anda.

Untuk booking homestay anda boleh datang terus anda hubungi mereka menggunakan contact number (nombor telefon) yang ada.

Kebanyakan homestay ini juga ada dalam senarai booking.com, agoda.com dan portal-portal booking hotel online.

Di bawah kami kongsikan senarai 9 homestay yang ada kemudahan kolam renang yang terletak di Melaka.

1. Canaan House

Canaan House homestay ini bukan sahaja popular dalam kalangan pelancong malah antara yang terdekat dengan shopping malls seperti Dataran Pahlawan.

Anda yang ingin menetap di homestay ini turut berpeluang melawat tempat-tempat menarik seperti Klebang Coconut Shake, Pantai Klebeng serta Jonker Walk.

Selain itu, panaroma kolam di homestay ini amat unik dan luas untuk para pelancong.

Kemudahan: Pendingin hawa, Televisyen dengan sambungan ASTRO, peti sejuk, kolam renang, tempat letak kenderaan dan pemanas air.

  • Kadar bayaran: dari RM 338 per malam.
  • No. pax: 5
  • Bilik: 2
  • Lokasi: Lagenda Condominium Klebang, Jalan Klebang Besar, 75200 Melaka Malaysia

2. Element Mall Studio B36

Homestay ini terletak di kawasan bandar di bangunan tertinggi di Melaka. Jika anda ingin merasai homestay yang mewah, ini haruslah jadi pilihan anda.

Kemudahan: kolam renang, pendingin hawa, peti sejuk, alatan BBQ, jim, gelanggang skuash serta peralatan memasak.

  • Kadar bayaran: dari RM 198 per malam
  • Bilik: 1
  • No. pax: 4
  • Lokasi: B3606, Jalan Melaka Raya 32, Hatten City Silverscape, 75000 Melaka
  • No. Telefon: 0377244368

3. Bella Vista Seaview Element Mall B28

Homestay ini teletak di Hatten City Silverscape, Melaka. Bagi sesiapa yang melancong Melaka dalam kumpulan besar dalam 10 orang, maka homestay ini sesuai untuk anda.

Di sini, anda turut boleh mengakses wifi precuma dan dapur dilengkapi dengan alatan perkakas dapur seperti cerek dan periuk.

Kemudahan: Kolam renang, pendingin hawa, peralatan memasak, televisyen dengan sambungan ASTRO serta WiFi percuma.

  • Kadar bayaran: dari RM 530 per malam.
  • No. pax: 10
  • Bilik: 3 buah
  • Lokasi: Jalan Melaka Raya 32, Hatten City Silverscape, 75000 Melaka.
  • No. Telefon: 012-293 7077

4. Tea Hill Homestay

Ingin merasai homestay yang bercirikan suasana luar bandar, pilihlah homestay Teal Hill di Malaka. Homestay ini terletak di Tehel dan berdekatan dengan Ayer Keroh dan bandaraya Melaka.

  • Kemudahan: kolam renang, pendingin hawa, pemanas air, alatan BBQ, televisyen, peti sejuk dan lain-lain.
  • Kadar bayaran: dari RM 240 per malam
  • No. pax: 4 orang per chalet
  • Bilik: 1
  • Lokasi: 2036 Lorong Azizi 2, Kg. Solok Serompong, Tehel 77000 Jasin, Melaka
  • No. Telefon: 016-471 5271

5. Ginger Homestay

Homestay ini sangat sesuai untuk mereka yang suka pantai. Lokasi homestay ini terletak sangat berdekatan dengan kawasan pantai dengan jarak 8 minit jalan kaki.

Kemudahan: WiFi percuma (100Mbps), kolam renang, pendingin hawa, parkiing kenderaan dan lain- lain.

  • Kadar bayaran: dari RM 498 per malam.
  • No. pax: 12
  • Bilik: 3
  • Lokasi: Straits Court Condominium, Jalan Ujong Pasir, Taman Aman, 75050 Melaka.
  • No. Telefon: 010-268 1281

6. Homestay Kampung Pak Ali

Homestay ini berdekatan dengan Portuguese Square, Dataran Pahlawan Melaka Megamall serta Porta de Santiago. Homestay ini dilengkapi dengan semua kemudahan serta sesuai dengan semua jenis event.

Kemudahan: Kolam renang, TV, WiFi percuma, pendingin hawa, tempat parking kereta, peralatan BBQ dan lain-lain.

  • Kadar bayaran: dari RM 71 per malam
  • Bilik: 1
  • Bilangan tetamu: 20 orang
  • Lokasi: Batu 12, Lebuh AMJ Tiang Dua, Paya Dalam Kampung, 75460 Bukit Durian, Melaka
  • No. Telefon: 011-1140 3367

7. Silverscape Luxury Residence

Kawasan ini terletak di atas kawasan Element Malls dan sangat berdekatan dengan pelbagai tempat tarikan di Melaka seperti Taming Sari dan Melaka River Cruise.

Kemudahan: Tempat parkir, kolam renang, pendingin hawa, dan lain-lain.

  • Kadar bayaran: dari RM 180 per malam.
  • Bilangan pax: 5 orang
  • Bilik: 2
  • Lokasi: A27-14, Jalan Merdeka 23, Bandar Hilir, 75000 Melaka
  • No. Telefon: 06-282 1828

8. Villa Atok Den

Homestay Villa Atok Den terletak berdekatan dengan A’ Famosa Resort dan sesuai untuk bilangan tetamu yang ramai.

Seramai 25 orang boleh dimuatkan di homestay ini.

Villa ini mempunyai 4 bilik yang luas serta 2 bilik air untuk tetamu serta kolam renang yang cantik.

  • Kadar bayaran: dari RM 650 per malam
  • Bilangan tetamu: 25
  • Lokasi: 946 D’Faro, Jalan Kemus, Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka
  • No. Telefon: 018-380 4946

9. Casugria Boutique Residence

Homestay ini terletak di tengah-tengah bandar Melaka dan pelbagai tempat seperti kedai makanan, pusat beli-belah, klinik serta Jonker Walk terletak berdekatan dengan kawasan ini.

Walaupun terletak di tengah-tengah bandar, namun tempat ini sangat cantik dengan hijauan seperti pokok kelapa.

Homestay ini sangat sesuai untuk pelancong dalam kumpulan besar serta popular dalam kalangan honeymoon couple.

Kemudahan: Wifi, kolam renang, peti sejuk, pendingin hawa, peralatan BBQ, peti sejuk, tempat parkir dan lain- lain.

  • Kadar bayaran: dari RM 400 per malam
  • No. Pax: 7
  • Bilik: 3
  • Lokasi: 946 D’Faro, Jalan Kemus, Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka
  • No. Telefon: 012-326 6089

Tarikan Pelancong Di Melaka

Sudah sebut tadi yang Melaka merupakan negeri yang memiliki yang amat popular kerana memilik tarikan pelancong yang agak banyak sesuai untuk semua golongan.

Negeri yang terkenal dengan destinasi pelancongan tempat bersejarah ini pasti sesuai untuk anda dan keluarga.

Anda boleh baca senarai lengkap dan info tempat-tempat tarikan pengunjung di Melaka melalui website rasmi Tourism Melaka.

Anda boleh lihat lokasi tempat-tempat menarik di Melaka di sini.

Untuk pengangkutan anda boleh pandu kereta sendiri, teksi atau gunakan Grabcar untuk ke tempat-tempat menarik tersebut.